bab 1

5 1 0
                                    

'Hensem!'itu lah perkataan pertama yang keluar dari mulut DIAN MIKAYLA setelah melihat jejaka tersebut. Sudah pasti pelajar baru.Dari pemakaian jejaka itu,seperti pelajar biasa biasa sahaja. Yang menarik perhatian orang sekeliling adalah, senyuman manis si dia. Untung sesiapa yang dapat memiliki hati jejaka itu.
   Jika dibandingkan dengan dia,pastinya tidak sesuai. Bagai langit dengan bumi! Tiada apa yang menarik tentang dirinya. Rupa hanya biasa biasa. Jika dibandingkan dengan jejaka itu,tidak layak.

"Dian. Tengok apa ?"soal Zara kepada Dian. Pelik sungguh melihat sahabatnya itu. Tiba tiba sahaja mengelamun.
     Tersedar dari lamunan,cepat cepat Dian menggeleng"takde ape pun. Teringat dekat mak aku je"nafi Dian. Padahal hatinya ingin mengatakan yang dirinya sudah tertarik dengan jejaka itu. Tetapi, dia sedar siapa dirinya.

"Kau nak ikut aku pergi kantin tak?aku lapar ni"Zara menyoal sambil itu matanya tidak lepas dari melihat Dian. Apabila dilihat Dian dari dekat,gadis itu tidaklah selekeh. Malah,Dian cantik. Sangat cantik apabila mempunya raut wajah yang ayu. Tambahan pula, gadis itu mempunyai lesung pipit di kedua dua belah pipi.

"Kau pergi lah.aku nak pergi taman"katanya. Sebenarnya dia ingin mencari ketenangan. Akhir akhir ini,banyak yang harus ditanggungnya.

SYED MIRZA menuju ke arah taman bunga yang terletak di tepi bilik rawatan. Kerana tidak ramai yang berada disitu. Di sudut yang hujung, dia terlihat seorang gadis bersendirian. Entah mengapa, kakinya ingin menghampiri gadis tersebut. Semakin dekat,sayup sayup kedengaran suara gadis itu menyanyikan sebuah lagu.

'Merdu'

Itu apa yang dikatakan oleh hati Mirza. Melihat langkah gadis itu hendak pergi, dia berundur. Entah mengapa, ada satu rasa aneh yang mengalir dalam dirinya saat ini. Ini kali pertama dia merasakan perasaan seperti itu. Hatinya berbunga.

"Bro. Kau nak jalan jalan dekat mana lagi?"

"Tak kisah. Aku ikut je." Muaz mengangguk.

 MASIH terbayang bayang wajah gadis itu di fikirannya. Sudah tiga hari dia bersekolah di sini. Tetapi,masih tiada bayang gadis itu. 'Adakah gadis itu sakit?' Itu yang difikirnya. Baginya,gadis itu menarik berbanding gadis lain. Mata gadis itu yang bulat dan bersinar sinar kelihatan cantik. Kedua dua belah pipinya ada lesung pipit,hidungnya juga agak mancung. Keningnya terbentuk elok dan teratur,sementara itu wajahnya pula berbentuk bujur sirih. Gadis itu tinggi lampai serta berkulit putih pucat.'ya,pucat!'. Seperti sakit.

  Disaat dia ingin menoleh ke arah luar kelas,dia terlihat gadis itu. Benar, itu gadis yang telah mencuri hatinya.
   Melihat gadis itu berada ditepi koridor,dia lantas bangun menuju ke arah gadis itu.

------------------------------------
"Boleh saya tahu nama awak?"

Dian mendongak lalu memandang ke hadapan.

Lelaki itu.

Ya. Lelaki yang dia lihat tempoh hari.
       
   Mirza masih menanti jawapan yang keluar dari mulut gadis itu.

"Dian Mikayla. Panggil je Dian." Jawab Dian dengan tenang. Hakikatnya,hatinya tidak senang. Jejaka itu menegurnya. Gayanya saja sudah menunjukkan yang dia ingin mengenali dirinya. Dian tidak mahu. Ada sahaja pelajar baru yang ingin mengenalinya. Semua yang ingin mengenalinya tidak tahu asal usul Dian. Dia tidak mahu. Cukuplah yang hadir sebelum ini hanya mahu mengambil kesempatan. Lantas dia mengucapkan selamat tinggal,Dian ingin pergi.

    Baru sahaja kakinya ingin pergi,lelaki itu berkata,"saya Mirza. Dari hari pertama saya tengok awak,saya nak sangat berkawan dengan awak." Ya.itu kata hatinya. Dan sekarang, dia sudah meluahkan kepada empunya badan.

    "hah? "

    " kenapa awak mengeluh?" Soal Mirza.

  "Maaf ya Mirza.saya tak berminat." Selepas mengatakan ayat itu,Dian terus pergi.

               SUDAH SEBULAN dia menegur gadis itu.tetapi, gadis itu masih menjauhkan diri darinya. Nak cakap dia tak hensem, itu tipu sangat. Ramai sahaja yang ingin berkawan dengannya. Entah mengapa,keluar satu keluhan kecil dari mulutnya. Dia betul betul ingin mengenali gadis itu.

  
 Dia mengatur langkah ke arah taman bunga. Sudah pasti ada gadis itu disitu. Melihat gadis itu berada di situ,dia melangkah ke arah gadis itu. Dia harus mencuba memikat hati gadis itu lagi. Tiada erti putus asa dalam hidup Syed Mirza.

   "Emm ..hai Dian"dia menegur gadis itu.

    "Hai" hanya itu yang mampu Dian ucapkan. Tidak putus asakah jejaka itu?
Sudah berkali dia menolak untuk berkawan dengan lelaki itu.

  Mirza menarik kerusi di hadapannya.setelah duduk,dia meneruskan bicaranya." Dah sebulan Dian. Saya cuba untuk mengenali awak. Saya mohon, tolong bagi saya peluang untuk berkawan dengan awak"

  Sayu sahaja kedengaran suara lelaki itu. Tidak tahu mengapa, hatinya turut sedih melihat raut wajah itu.

    "Saya nak berkawan dengan awak ikhlas Dian. Bukan main main. Bukan niat saya untuk ambil kesempatan atas awak. Sedikit pun tak terlintas di fikiran saya." Baginya,mengenali Dian adalah satu keindahan dalam dirinya.

  "Awak ikhlas nak berkawan dengan saya ?"

    " dari pertama kali saya tengok awak, saya ikhlas nak mengenali awak"itu jawapan jujur dari hatinya.

  Dian tersenyum. Lelaki itu membuatkan dirinya tersenyum. Jujur,ini kali pertama dia merasa seperti ini. Segala masalah yang ada dalam dirinya hilang sekelip mata.

  
           

~~~~~~~~~~~~~~~

             Pertemuan yang terindah,          
        Disulami derita.      
Andai pertemuan ini satu kesilapan,
Maka, berpisah itu jalan terbaik.

Kembalikan Cinta ItuWhere stories live. Discover now