Bab 4

5 1 0
                                    

   Setibanya dia dirumah, kelihatan mama dan papanya di rumah itu. Pastinya ada benda yang hendak dibincangkan.
   Sejak bersekolah disitu, dia tinggal bersama nenek dan datuknya. Pada mulanya, papanya tidak mengizinkan dia berpindah sekolah. Tapi selepas dipujuk rayu, akhirnya dia dapat tinggal bersama nenek dan datuknya. Tapi dengan satu syarat, dia harus berjanji untuk menyambung pelajaran ke luar negara selepas tamat SPM. Dan sekarang, papanya sudah ada disitu.

"assalamualaikum" setelah memberi salam dan  salamnya dijawab, Mirza terus pergi ke arah keluarganya. "papa dengan mama sihat?" soalan diajukan kepada orang tuanya.

"mama dengan papa sihat je. Mir tu macam mana? Okay tak sekolah selama ni?
  " okay je"Tanpa membuang masa, Tan Sri Izham memberitahu tentang apa yang mereka bincangkan sebelum ini. Papanya ingin dia menyambung pelajaran ke luar negara. Dan dimana, itu terpulang kepada anak lelakinya. Dalam fikiran Mirza, hanya satu. Bagaimana nasib gadis itu? Dia tidak sanggup meninggakan gadis itu. Dia terlalu mencintai Dian. Benda yang paling dia takuti, akhirnya berlaku.     Bagaimana dia hendak memberitahu gadis itu, sedangkan dia yang berjanji tidak akan berjauhan dari gadis itu. Gadis yang sejak mula, sudah mencuri hatinya. Dan kali ini, dia terpaksa melukai hati kecil itu.

 

AKHIRNYA, hari ini mereka semua telah hadir ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM mereka semua. Dian Dan Zara antara orang yang paling gembira. Zara memperoleh straight A dalam peperiksaannya. Manakala Dian, dia kecundang satu B. Itupun dah cukup menggembirakan dirinya. Tidal sabar untuk menunjukkan keputusan itu kepada ibunya. Cuma sampai sekarang dia masih tercari cari kelibat Mirza. Tidak datangkah dia?

"cari siapa Dian?"

"tak ada lah Zara. Aku tak nampak lagi Mirza dari tadi" sedang dia mencari, terlihat satu susuk tubuh menghadapnya. Dia berjalan ke arah itu.

"Mirza"

"Dian"

"awak dapat berapa? Okay tak keputusan? Lepasni nak belajar mana?" walau berpuluh soalan yang dilontarkan, hanya satu yang dibalas. Dan itu, menghancurkan hati dia.

"jangan cari saya lagi"

Terkejut.

Terpaku.

Mengapa? Mengapa ayat itu yang dia lontarkan?

"ke.. Kenapa cakap macam tu?" dia sangat terkejut saat ini. Apa salah dirinya? Sedangkan kemarin mereka baru sahaja bergelak ketawa.

"jangan cari saya, sebab saya taknak ada kaitan dengan awak lagi." pedih hati jantannya saat mengungkapkan kata itu.

"apa salah saya?"

" jangan banyak tanya Dian. Saya nak kita takda apa apa kaitan. Lagipun saya nak belajar jauh Dian, dan saya tak nak lukakan hati awak. Saya tak jamin untuk setia dengan awak. Saya taknak tengok awak tersiksa tunggu saya."

"Mirza"luluh hatinya

" jangan jadi budak budak Dian, dalam dunia ni, tak semua orang akan sentiasa ada dengan awak."selepas menuturkan ayat itu, dia terus pergi dari situ meninggalkan Dian seorang diri. Jatuh air mata dia melihat Dian juga turut menangis kerana dirinya.




Selepas mendapat keputusan yang bagus, Dian menyambung pelajarannya ke universiti di kawasan terdekat. Manakala Zara menyambung belajar ke terengganu. Sepanjang berada disini, dia mempunya ramai teman yamg baik dan sanggup memberi tunjuk ajar.

"boleh saya tahu nama awak?" terkejut Dian tiba tiba seorang lelaki menghulurkan tangan. Situasinya sama sewaktu dia dan Mirza. Ya, lelaki itu. Bagaimana agaknya keadaan dia?
   Dian tidak menjawab, malahan dia terus bangun dari situ dan pergi.

"tak dapat ke bro?" Ezwan memandang sahabatnya yang satu itu. Menyakitkan hati bertul. Dari hari pendaftaran lagi, dia sudah tertarik dengan gadis bernama Dian itu. Tapi susah bebenor untuk mendapatkan gadis itu. Baginya, gadis itu lain dari yang lain.

"kenapa lah susah sangat nak dapat dia? Aku  ni tak cukup hensem ke?"

" kau hensem bro. Cuma aku rasa dia mesti jenis yang tak layang lelaki. "
Tapi, namapun Ezwan, dia tidak akan sesekali berputus asa. 'Dian! I lolove you lah sayang!'
    Jika ada yang melihatnya saat ini, pasti sudah dicop gila.

   KELASNYA bersama Puan Mel akhirnya tamat. Sepanjang masa Puan Mel mengajar, matanya sungguh mengantuk. Baru sahaja dia hendak keluar dari kelas, tiba tiba ada tangan yang menghalang laluannya.

  "hai wak"

Aduh.

Lelaki itu lagi. Apa masalah dia? Sudah beberapa kali asyik mengganggu dirinya. Kadang dia rimas dengan lelaki itu.
"awak nak apa? Jangan kacau boleh tak?"

"nak kenal je. Mintak nombor boleh"? "

Malas hendak melayan, terus dia berjalan melepasi lelaki itu. Baru sahaja beberapa la gkah, telefon di tangannya dirampas oleh lelaki itu.

Biadap!

" okay ni nombor saya, dan saya dan save nombor awak dalam fon saya. Nanti saya call eh? Tak pun kita chit chat. Bye" selepas menuturkan kata kata, dia terus meninggalkan Dian bersama kenyitan sebelah mata. Jika perempuan lain yamg lihat pasti tergoda. Tapi, tidak bagi Dian. Walaupun lelaki itu kacak dan bergaya, dia tidak tertarik. Niatnya untuk belajar, bukannya bercinta.

Setelah pulang ke rumah, Dian terus berehat. Malam pula, dia hanya menonton filem sahaja di laptopnya. Kerja juga tiada. Ibunya Puan Intan sedang melipat kain baju. Dia ada meminta untuk menolong, tapi ibunya tidak bagi. Katanya sedikit sahaja yang hendak dilipat.
   Sedang asyik dia menonton filem, tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada yang menelefon.
Selepas menekan butang menjawab, terdengar suara lelaki memberi salam dicorong telefon.
"assalamulaikum"

"waalaikumussalam, siapa ya?" siapakah yang menelefon dirinya malam malam begini.

"saya Ezwan. Saya ambik nombor awak tadi. Ingat tak?" oh. Lelaki gila itu.

  Sudah beberapa jam dia bercakap telefon bersama Ezwan. Tidaklah gila, okay sahaja orangnya. Sebenarnya dia ingin menamatkan awal awal lagi, tapi lelaki itu yang berkeras ingin bercakap dengan dirinya. Katanya ubat kerinduan. Tidaklah gatal orangnya, cuma dia seorang yang kelakar. Baru sehari kenal, dia sudah tahu tentang keluarga lelaki itu. Beria ria dia menceritakan tentang keluarganya. Katanya buat suai kenal dengan bakal keluarga. Gila!


~~~~~~~~~~~~

'Kenagan yang sudah tercipta,
Tidak akan sama seperti kenangan baharu.
Dan,
Permulaan cerita dahulu,
Tidak akan sama dengan permulaan cerita baharu. '

Kembalikan Cinta ItuWhere stories live. Discover now