Mirza mengatur langkah ke arah perpustakaan. Hari ini terasa seperti ingin membaca buku disana. Tidak lama lagi dia dan semua pelajar tingkatan lima akan menduduki SPM. Gementar itu sudah pasti. Awal awal lagi papanya sudah berpesan agar belajar bersungguh sungguh. Jika dia dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara, syarikat papanya akan diserahlan kepada dirinya. Jika difikirkan semula, sedih itu pastinya ada jika suatu hari nanti dia terpaksa berjauhan dengan Dian.
"Hai Mirza"Dia mendongak melihat gerangan yang menegurnya. "Hai Liya."
Gadis itu selalu menegurnya. Bukannya dia tidak tahu, gadis itu menaruh perasaan terhadapnya. Tapi, dia tidak berapa berkenan dengan cara gadis itu, gedik. Jika dibandingkan Dian dan Liya,sudah pasti Dian yang paling menarik di matanya."Tengah baca buku apa?"
Tanpa segan silu, dia menarik kerusi di sebelah Mirza."Buku sains.lagipun nantikan dah nak exam"
"Oh ya. Ermmm....Mirza,boleh tak kalau awak ajar saya ?"
"Kenapa nak saya yang ajarkan? Awak pun pandaikan?" Pening juga dia dengan sikap Liya. Apa yang nak diajarkan lagi sedangkan mereka berdua berada di kelas pertama. Sudah pasti gadis itu pandai.
"Tapi kalau Dian yang mintak awak ajarkan,sanggup pula awak ajarkan."
"Mesti la saya ajarkan dia. Jika nak dibandingkan awak dengan Dian,pastinya awak yang lebih memahami. Sedangkan Dian, dia berada di kelas kedua."
Kalau Dian kelas sekali dengan aku pun, aku sanggup ajarkan. Cuma kau tu ,aku tak nak. Tapi kata kata itu hanya mampu diucapkan di dalam hati. Tidak pasal pasal nanti ada yang meroyan dekat sini.Tanpa melengahkan masa,Mirza meminta diri untuk beredar. Tidak mahu berlama lama disini. Selepas keluar dari perpustakaan,Mirza ingin menuju ke arah taman bunga. Pastinya Dian berada disana.
DARI jauh,kelihatan Mirza sedang berjalan ke arah sini. Sudah beberapa bulan persahabatan kami berdua. Walaupun dia tahu Mirza sangat menyukainya, itu tidak menjadi sebab untuk dirinya bercinta dengan lelaki itu. Apa salahnya jika mereka berkawan dahulu. Kalau ada jodoh, pasti tidak akan kemana.
"Hai Dian"
"Hai Mirza" balasku
"Awak sibuk tak petang ni?" Tanpa sempat aku berkata apa apa dia menyambung ,"kalau boleh,saya nak awak teman saya pergi latihan bola sepak petang ni."
"Insyaallah kalau saya boleh pergi,saya pergi."
"okay, jumpa nanti Dian. Bye"
Pergi sahaja syed Mirza dari situ, baru Dian teringat, dia belum makan ubat!
Hmm, math tak ada cikgu, jadi apa salahnya jika dia tidak masuk kelas. Menikmati keindahan di taman sekolah, pasti mampu membuat jiwa setiap orang tenang. Bagi Dian, hidupnya penuh dengan kepahitan. Dilahirkan dari keluarga yang penuh dengan kekurangan, hutang hutang yang perlu ditanggung oleh ibunya selepas ayahnya meninggal, ibu saudara yang bagaikan ahli sihir, hidup Dian bukanlah seperti cinderella. Tiada putera raja mahupun ibu tiri. Yang ada hanyalah seorang Dian Mikayla.
Dia cuma mampu berdoa, agar berjaya suatu hari nanti. Pasti ibu bahagia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tepat jam 4.00 petang Dian sudah berada di hadapan pagar sekolah. Dari jauh sudah lihat Syed Mirza dengan motosikalnya itu. Penuh bergaya! Itu yang membuatkan dia jatuh hati. Auchh!
"Hai sayang" senyum manis dilemparkan oleh Mirza.
"hai Mirza" bohonglah jika hatinya tidak berbunga. Jika orang lain mendengar, pasti riuh di sekolah soal hubungan mereka.sedangkan,mereka cuma berteman.
"awak datang dengan apa Dian? Jalan kaki?" hairan juga Mirza melihat, takkan jalan kaki?
"taklah, saya naik basikal. Saya letak basikal dekat tempat letak basikal"
Selepas Mirza meletakkan motosikalnya, mereka terus berjalan ke arah padang.Kecekapan Mirza bermain bola, sungguh luar biasa. Tidak hairanlah jika dia mewakili negeri. Malahan, bulan pelbagai jenis sukan dia terlibat.
Dengan peluang yang ada, Dian melihat setiap gerak geri lelaki itu. Seksi! Dia terfikir, apa akan berlaku jika suatu hari nanti Mirza tahu tentang dirinya? Dan apa akan terjadi jika dirinya membahayakan nyawa orang lain? Masih adakah rasa cinta itu?
Sedang asyik dia mengelamun, Mirza sudah ada dihadapnya.Mengelamun benar sehingga tidak perasan akan kehadirannya. "dian, asal mengelamun ni? Cute tau tak?"
"takde lah. Awak dah habis main ke?"
Melihat yang lain mengemas barang barang mereka, yakinlah dia bahawa mereka semua sudah mahu pulang."okay lah Dian, awak balik elok elok. Jaga diri tu. Jaga mata sama. Awak, saya punya. Bye sayang." selepas berkata begitu, tanpa menunggu jawapan dari mulut Dian, terus Mirza ke arah motosikalnya untuk pulang.
KEESOKKAN harinya, Dian pergi ke sekolah seperti biasa. Masih tidak kelihatan susuk tubuh Mirza. Waktu rehat sudah tiba, tapi bayangan Zara masih tidak kelihatan. Dahulu, Zara dan Dian berada di kelas yang sama. Tetapi, selepas memasuki tinggakatan empat Zara memilih untuk masuk ke kelas sains tulin. Manakala Dian, dan seorang lagi sahabat baik mereka memasuki kelas perniagaan.
Qaisara.
Ya,sahabat baik Dian dan Zara. Bertahun lamanya mereka berteman baik, akhirnya putus. Dia masih tidak boleh melupakan apa yang terjadi. Mereka berteman rapat, sangat rapat sehinggakan dia tidak menyangka bahawa sahabat yang selama ini selalu ada dengannya, menikam dirinya.
Jika perempuan itu ada dihadapnya, pasti mati dikerjakan oleh Dian."dian?" terlihat Zara berjalan kearahnya.
"lambatnya kau keluar harini"
"cikgu Suzy lah bagi kuiz banyak sangat. Oh ya, Mirza cakap dia nak jumpa kau waktu balik." dengar sahaja nama Mirza, tahulah dia bahawa lelaki itu hadir ke sekolah hari ini.
"kau teman aku eh"
Sewaktu berjalan di koridor untuk ke kantin, banyak mata mata yang memandang dirinya. Pastinya tentang Mirza. Sudah beberapa hari timbul gosip tentang dirinya bersama Mirza. Jika gosip tersebut masuk ke dalam surat khabar, pastinya heboh satu malaysia! Pelajar pelajar disini memang suka bergosip! Tiada faedah.
Dia juga tidak sangka yang dirinya kini berteman rapat dengan Mirza. Pasti ramai yang cemburu. Dari jauh, sudah kelihatan Mirza sedang makan bersama kawan kawanya. Terus dia melihat ke arah Dian dan melambai lambaikan tangannya. Aduh! Buat malu sahaja.
YOU ARE READING
Kembalikan Cinta Itu
عاطفيةDIAN MIKAYLA, si gadis yang sederhana itu telah mencuri perhatian jejaka itu. Dia ibarat 'bunga suci' bagi lelaki itu. Kekurangan dirinya telah membuatkan dia tidak mempunyai ramai teman baik. SYED MIRZA, si jejaka yang terhangat dipasaran. Rupa par...