Semalam, dia sudah berjanji dengan Ezwan untuk keluar makan bersama. Jika tidak memikirkan lelaki itu terus menerus mengajaknya keluar, dia juga tidak mahu. Tapi, bila diingat kembali, dia harus keluar juga bersama Ezwan kerana lelaki itu telah menyelamatkan nyawanya tempoh hari dari dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu hendak melintas jalan. Dan sekarang, dia harus membalas budi lelaki itu.
Setelah beberapa minit menunggu di sebuah kedai makan yang berdekatan dengan rumahnya, akhirnya dia nampak kelibat Ezwan. Lelaki itu tidak seperti sebelum ini. Hari ini dia berbaju melayu. Mungkin baru sahaja selesai menunaikan solat jumaat. Tersenyum dia melihat lelaki itu. Untung sesiapa yang dapat memilikinya.
"sorry Dian, jalan jem tadi" dari raut wajahnya, jelas kelihatan dia berasa serbesalah.
"takpe, saya pun baru je ha sampai" dia harus akui, lelaki itu punya ciri ciri idaman wanita diluar sana. Malahan, wanita wanita di kolej mereka juga ada yang menaruh perasaan terhadap Ezwan. Tapi bagi dirinya, cukup lah dia dan Ezwan hanya sekadar teman sahaja. Jika ditanya mengapa dia tidak memilih Ezwan, dia juga tidak tahu mengapa. Mungkin kerana masih mengharapkan Mirza. Mana mungkin dia mampu melupakan Syed Mirza begitu sahaja. Walau kini tiada langsung berita tentang lelaki itu, dia tetap berharap agar suatu hari nanti, lelaki itu akan datang semula kepadanya. Ada juga teman sekuliahnya yang menyuruh dia lebih mengenal Ezwan, tetapi dia tidak mahu. Hari silih berganti, dia juga tertanya sampai bila dia harus begini? Berharap kepada yang tidak sudi.
Selepas berbual kosong bersama Ezwan, dia meminta diri untuk pulang. Kali ini, Ezwan lebih matang, semua yang keluar dari mulutnya hanyalah soalan soalan yang berkaitan dengan pelajaran, masa depan, dan impian. Tiada lagi Ezwan yang hanya tahu mengayat.
SESAMPAINYA dirumah, dia melihat ibunya sedang termenung jauh. Sejak beberapa hari yang lalu, ibunya banyak mendiamkan diri. Dia juga tidak tahu mengapa.
"assalamualaikum ibu, Dian dah balik" dia terus berjalan ke arah ibunya.
"waalaikumussalam, anak ibu dah makan?" Puan Intan melihat anaknya, dia memikirkan bagaimana hidup dia jika gadis itu tiada disisinya dan jika suatu hari nanti dia sudah tiada di dunia ini.
"dah ibu." selepas berkata begitu, dia mengaturlan langkahnya ke arah bilik. Selepas itu terus dia ke bilik mandi.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Hujung minggu akhirnya tiba. Hari ini terasa lapang masanya kerana dia tiada kelas. Dia bercadang untuk keluar dengan Zara. Ya, gadis itu pulang untuk beberapa hari. Katanya cuti semester. Rasanya sudah berapa bulan dia tidak bertemu Zara. Kawan yang dia rapat hanyalah Zara. Bukannya dia tidak mempunyai teman lain di kolej, ada. Cuma tidaklah serapat Zara. Dan kini, mereka akhirnya sampai ke tempat yang ditetapkan.
Pusat rekreasi.
Lebih baik berada di tempat tempat begini daripada berada dipusat membeli belah. Terasa sesak berada disana.
"macam mana Zara, dekat Terengganu? Ramai kawan tak?" sejak sampai tadi, mereka hanya melihat keadaan sekeliling."okay je. Cuma mula mula masuk dulu, susah nak sesuaikan diri. Sekarang, alhamdulillah." bukannya dia tidak tahu, Zara itu pastinya ramai teman. Sudahlah cantik, datang pula dari keluarga yang senang. Bukan seperti dirinya, banyak kekurangan. Tapi Zara tetap memilih untuk berteman dengan dirinya.
Dari jauh, terlihat susuk tubuh seorang lelaki.
Ezwan.
Lelaki itu bersama teman temannya. Pasti datang untuk berjoging.
"tengok apa Dian?" kusyuk benar Zara melihat sahabatnya itu melihat sesuatu. Dia juga turut melihat ke arah tersebut. Terlihat beberapa orang lelaki sedang berbual bual di satu sudut. "kau kenal ke Dian?""tu lah Ezwan" dia menunjukkan seorang lelaki yang memakai jersi bewarna merah dan berseluar track sedang ketawa. Kadang, dia melihat orang disekelilingnya bagaikan tiada masalah. Tiada raut sedih diwajah mereka mahupun garis garis kedutan diwajah. Dia juga ingin menjadi seperti yang lain, bergembira tanpa memikirkan masalah yang datang.
Dari kecil, ibunya sudah berpesan, dia haruslah bersabar dengan ujian yang mendatang. Kerana, setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Seperti hujan yang membasahi bumi, pasti ada pelanginya yang tiba. Setelah berbual bual bersama teman temannya, kelihatan Ezwan melangkah ke arah keretanya. Mungkin mahu pulang. Barangkali dia tidak perasan akan kehadiran Dian di satu sudut . Lagi pula, Dian berada agak jauh sedikit dari Ezwan."so macam mana?" terhenti lamunannya seketika. Sekarang, mereka hanya berjalan jalan disitu tanpa arah tuju.
"apa kau cakap tadi? Tak jelas.""kau tak nak rapat dengan Ezwan tu?" soal Zara. Sambil itu dia menikmati ais krim berperisa coklat yang baru dibelinya sebentar tadi.
"kan dah rapat" dia membalas."maksud aku, kau taknak bercinta dengan dia? Mana tau dia jodoh kau?" dia juga mahu melihat sahabatnya itu gembira. Tidak sanggup dia melihat Dian merana hanya disebabkan Mirza. Sekarang, berita apa pun tiada tentang lelaki itu. Entah hidup, entah mati. Sakit hatinya! Tidak bolehkah lelaki itu berpegang pada janji? Dahulu, dia yang berjanji untuk selalu membahagiakan Dian.
"taknak lah. Kita kan muda lagi. Kalau ada jodoh aku dengan dia, nanti kawin jugak. Kalau takda, aku jelah pergi kenduri dia" sempat juga dia berseloroh."hmm, ye lah tu"
Selepas berbual bual, akhirnya Dian meminta diri untuk pulang. Sebenarnya, dari siang tadi dia merasa tidak sedap hati. Hatinya terasa gelisah. Bagai ada sesuatu yang ingin terjadi. Hujan juga agak begitu lebat. Jadi dia harus memandu kereta dengan berhati hati. Hanya kereta itu sahaja yang ayahnya tinggal. Dan motosikal milik abangnya. Kadang dia menunggang motosikal milik abangnya itu ke kolej. Kadangkala, dia memandu kereta milik ayahnya itu.
Sesampainya dia dirumah, disaat dia ingin memasukkan kunci ke lubang pintu, terasa seperti pintu tidak berkunci. Saat dia melangkah masuk, keadaan rumah juga agak kelam. Mungkin kerana keadaan diluar sana yang hujan dan menyebabkan sedikit kelam didalam rumah. Lampu juga tidak dibuka. Rumahnya terasa kosong!
Dia terlihat sekujur tubuh di balik sofa. Semakin hampir, semakin dia panasaran. Ya allah, ujian apa yang engkau sedang berikan padaku?
Apabila tiba betul betul dihadapan tubuh itu, kelihatan muka yang sudah tidak bergerak."ibuuuuu!!!!!!"
YOU ARE READING
Kembalikan Cinta Itu
RomanceDIAN MIKAYLA, si gadis yang sederhana itu telah mencuri perhatian jejaka itu. Dia ibarat 'bunga suci' bagi lelaki itu. Kekurangan dirinya telah membuatkan dia tidak mempunyai ramai teman baik. SYED MIRZA, si jejaka yang terhangat dipasaran. Rupa par...