BAB 1

193 2 0
                                    

PAGI itu aku ke tempat kerja seperti biasa. Hari Isnin, biasalah mood tidak berapa nak baik. Maklumlah, semalam cuti hujung minggu dan sudah tentu mood cuti masih terbawa-bawa hingga ke tempat kerja. Sampai sahaja di pejabat, satu per satu wajah teman seangkatan menerpa ruang mata. Mereka juga sama seperti aku. Kurang bersemangat dan reaksi wajah jelas terlihat seperti limau Mandarin tersepit di dalam kotak yang padat. Kerut sana sini. "Morning Saf," tegur Lisa dengan senyuman manis. "Morning Lisa. How are you today?" Aku juga membalas pertanyaannya dengan senyuman. "Fine. Dah breakfast?" "Belum." "Nak I tapaukan untuk you?" bab1latest pasangan yd.indd 1 11/3/2019 3:36:22 PMPasangan yang ditakdirkan2Aku menggeleng. "Tak apalah, Lisa. Buat susah you je. Kejap lagi I pergi breakfast," sahutku bersama senyuman manis. "Betul ni you tak mahu I tapaukan?" "Ya, betul. Jangan risau okey." "Okeylah kalau macam tu. Don't skip breakfast. Nanti gastrik you datang pulak. Fuh, I tak sanggup tau tengok you berkerut-kerut tahan sakit." "Alahai Lisa, caringnya you ni. Untung lelaki yang jadi suami you nanti." "Isy, ke situ pulak. Calon pun belum ada lagi, macam manalah I nak bersuami." Lisa tergelak. "Orang sebaik you, insya-Allah cepat je disambar orang." "Ehem." Dehaman seseorang menyentak perbualan. Lisa yang melihat, segera memberi isyarat mata untuk berlalu dengan kadar segera. Kurang tiga saat, susuk tubuh itu sudah lenyap dari pandangan mata. Aku pula segera menoleh arah datangnya suara itu. Alamak, Puan Hasmah! Macam mana boleh tak perasankan figura itu? Aduh, masak aku dibuatnya. "Dah habis berborak?" "Err..." "Dah habis ke belum?" "Ddd... dah, puan! Dah, baru je habis." Gugup aku dibuatnya. "Saya nak jumpa awak sekejap. Ada hal penting." "Hal penting?" ulangku persis menyoal diri sendiri.latest pasangan yd.indd 2 11/3/2019 3:36:23 PMAULIA IMAN3"Ya, hal penting! Cepat masuk ofis saya." "Okey, baik puan," sahutku sambil menghantar kepergian Puan Hasmah bersama pandangan mata. Sejurus itu, beg tangan kuletak di atas meja. Dengan rasa debaran yang tidak menyenangkan, aku gapai kertas dan pen sebelum masuk ke kamar tuan punya syarikat yang sedikit bengis orangnya.

PASANGAN YANG DITAKDIRKANWhere stories live. Discover now