RIAK tenang di hadapannya itu dipandang dengan dahi berkerut seribu. Masih tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya, tubuh disandarkan ke kerusi dan tangan dipelukkan ke tubuh. "Saya tahu Encik Emeer mesti tertanyatanya kenapa saya apply for this position." Kepala diangguk. "Yes dan I masih confuse kenapa mesti pilih Darkside Interior Design & Decoration sedangkan your position di Megah Rancak Development and Interior bukan calangcalang," balasnya. "Syarikat I ni syarikat kecil saja Cik Atira dan I tak mampu nak bayar gaji you sebanyak yang Megah Rancak bayar you walau I Bab 1DSILY.indd 1 11/3/2019 1:03:40 PMDear Sayang, I Love You2berminat untuk menggunakan khidmat you," sambungnya. Entah apa yang dicari oleh gadis itu di syarikat kecil dia agaknya. Jika pengalaman yang dicari, Megah Rancak adalah tempat yang lebih sesuai dibandingkan syarikatnya. Atira tersenyum nipis. Faham benar dia apa yang lelaki di hadapannya itu fikirkan. "Saya mencari satisfaction, Encik Emeer. Saya inginkan kebebasan dalam rekaan yang saya buat dan saya tak suka idea saya dikongkong," jawabnya tenang dan bersahaja. "Apa yang buat you fikir di sini you akan dapat kebebasan yang you perlukan?" Kening dijongket seolah-olah menduga. "Sebab di sini Encik Emeer jual idea sendiri dan tidak terikat dengan kehendak klien." Emeer simpan senyum. Hurm... Nampaknya gadis itu sudah terlebih dahulu mengkaji tentang syarikatnya sebelum datang memohon kerja di situ. "Saya juga tahu most of your design in modern contemporary sangat digemari dan menjadi pilihan masa kini. Sebab itulah saya sangat berminat untuk menjadi sebahagian dari syarikat ini," sambung Atira yakin. Emeer terdiam. Duduknya dibetulkan sedang mata masih tidak berkalih merenung riak bersahaja di hadapannya itu. DSILY.indd 2 11/3/2019 1:03:40 PMAmeera Ameer3"Well, Cik Atira, I'm actually looking for someone who has experience..." "Walaupun saya baru tiga tahun berkecimpung dalam bidang ini dan mungkin kurang pengalaman, but still you can trust me, Encik Emeer. Untuk lebih meyakinkan, mungkin Encik Emeer boleh lihat senarai projek yang pernah saya uruskan atau Encik Emeer boleh lihat beberapa contoh rekaan yang pernah saya buat sepanjang saya berkecimpung dalam bidang ini," pintasnya mematikan bicara lelaki itu. Emeer berdeham. Terkesima dia melihat keyakinan yang gadis mentah itu tunjukkan. "But... working with me is not easy," ucapnya setelah lama terdiam. Sungguh, mati katakata dia berdepan dengan gadis itu. "I'll take it as a challenge." Kening dijongket. "We are not working eight to five." Kepala diangguk. "I don't mind," tegasnya. "Company tak akan simpan you if you are not perform." Emeer mengingatkan. "Encik Emeer boleh buang saya tapi give me at least one month to prove my ability." Emeer terdiam. Hurmmm... Berani pula gadis itu tawar-menawar dengan dia. Belum bekerja DSILY.indd 3 11/3/2019 1:03:40 PMDear Sayang, I Love You4dengan dia bolehlah beri jawapan begitu. Jangan nanti dia tak buang, Atira sendiri yang cabut lari dari syarikatnya kerana tidak tahan dibuli. "Well?" soal Atira berani. Pandangan lelaki itu dibalas untuk menantikan jawapan. Sekali lagi Emeer berdeham dan duduknya ditegakkan. Tidak senang duduk dia berhadapan dengan gadis muda itu. Nampak fragile tapi tak sangka kental orangnya. Bukan itu sahaja, keyakinan gadis itu juga begitu luar biasa. "My last question." Atira mengangguk. "Why Darkside?" Kening dijongket. Tawa kecil Atira tiba-tiba memecah sunyi. Sudah dia agak Emeer pasti akan menanyakan soalan itu. "Ermmm... Sebab saya dah lama minat dengan hasil rekaan dan cara kerja Encik Emeer." Selambanya. Demi mendapatkan jawatan itu tak salah rasanya dia memuji sedikit. Fadzlan sendiri sudah mengingatkan dia bahawa bukan senang untuk diterima masuk bekerja di Darkside. Mendengar jawapan gadis itu, Emeer terkedu. Nampaknya memang benarlah Atira telah mengikuti perkembangan syarikat dan dirinya seperti yang dia sangkakan. Jadi, siapa sebenarnya gadis yang bernama Nur Atira Azra ini? Tak mungkin DSILY.indd 4 11/3/2019 1:03:40 PMAmeera Ameer5gadis yang bukan sesiapa itu secara suka-suka ambil tahu tentang dia dan Darkside. Lebih-lebih lagi operasi syarikatnya bukan melibatkan orang-orang ternama dan hanya dilakukan dalam skala yang sederhana. Memikirkan itu, hati mulai curiga tapi cepat-cepat rasa curiga itu ditepisnya. Terfikirkan sesuatu, Emeer bingkas berdiri. "Come," ucapnya sepatah dan beg sandangnya dicapai. Atira tercengang. Lelaki itu dipandang dengan mata tidak berkelip. "Bangunlah. You tunggu apa lagi?" Atira yang sedang terkaku memandangnya, ditegur. "Errr... Nak ke mana?" Walaupun masih bingung, Atira bingkas bangun. "Jumpa klien." Selamba Emeer dan mula buka langkah. "Maksudnya, Encik Emeer terima saya bekerja di sini?" soalnya dengan mata terkebil-kebil. Kalau sudah diterima, lelaki itu langsung tidak memberikan sebarang persetujuan. Kalau permohonannya ditolak, kenapa dia perlu mengikut lelaki itu? Haih! Bingung dia. Langkah Emeer terhenti dan dia berpaling. "Your probation period is one month starting from today. Kalau I tak puas hati dengan hasil kerja you, DSILY.indd 5 11/3/2019 1:03:40 PMDear Sayang, I Love You6you have to get out immediately! Working hours... seven thirty until you finish your work. Working days... unlimited," tegasnya. Atira simpan senyum dan mengangguk. "Accepted!" balasnya teruja. Emeer tegakkan tubuh dan gadis itu dipandang dengan dahi berkerut. Ditawarkan dengan syarat yang begitu ketat pun gadis itu masih tersenyum? Melihat reaksi Atira semakin meyakinkan dia bahawa Atira ke situ bukan secara kebetulan atau demi jawatan yang ditawarkan tetapi mungkin atas tujuan yang lain. Sooner or later, I'll find out, bisiknya dan terus buka langkah. "Encik Emeer!" laung Atira apabila lelaki itu sudah jauh meninggalkan dia di hadapan. Tidak mahu ketinggalan, dia terus berlari mengejar. Langkah Emeer terhenti dan dia berpaling. Melihat Atira yang sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya, kepala digeleng. "Apasal lembab sangat ni? Nak ikut I pun terhegeh-hegeh, jadi macam mana you nak deal dengan klien yang agresif?" bedilnya. Atira berdeham. Sungguh, terkedu dia. Belum sehari bekerja sudah disembur tanpa ampun. Patutlah Fadzlan awal-awal lagi sudah mengingatkan dia tentang sikap panas baran dan cerewet Emeer. "Ermmm... Sorry Encik Emeer tapi Encik Emeer DSILY.indd 6 11/3/2019 1:03:40 PMAmeera Ameer7jalan laju sangat." "Kalau dah tahu I jalan laju sepatutnya you pun kenalah ikut speed I. Bukan terkedek-kedek macam itik pulang petang. You ingat kita dalam shopping mall tengah window shopping?" herdiknya. Perghhh! Padu betul ayat. Memang menusuk ke dalam hati tapi Emeer ingat dia akan mengalah? No! Dia bukannya jenis gadis-gadis lembik yang akan menikus atau menangis bila diherdik begitu. Dan dia juga bukan jenis yang akan diam tanpa membalas balik. "Sorry tapi saya pakai high heels sekarang sebab itulah saya tak boleh nak ikut speed Encik Emeer." "Dah tahu kerja dalam bidang ni pakailah kasut yang sesuai. Kalau kena panjat bumbung you pakai heels ke?" marahnya pula. "Saya tak tahu pun yang saya akan mula bekerja hari ini." Selambanya. Mendengar jawapan gadis itu, keluhan kasar dilepaskan. "Boleh tak apa yang I cakap you jangan menjawab balik? Kalau macam inilah sikap you bila berdepan dengan klien, makan pasir kita!" Dia tersilap membuat keputusankah dengan memilih gadis tersebut bekerja dengan dia? No, gadis itu belum lagi diterima bekerja sepenuhnya di syarikat dia tetapi gadis itu masih dalam tempoh percubaan dan dia boleh menghalau gadis itu pada bila-bila DSILY.indd 7 11/3/2019 1:03:40 PMDear Sayang, I Love You8masa sahaja yang dia suka. "Errr... Sorry," balasnya dengan mata terkebil-kebil. Sekali lagi keluhan dilepaskan dan tubuh dipusingkan semula. "Cepat sikit. Kalau you lambat, esok tak payah datang lagi," tegasnya. Terkedu mendengar ugutan lelaki itu, cepatcepat Atira buka langkah mengekor. "Ada kereta?" Atira dipandang dengan riak beku. Penggera keretanya ditekan. Kepala diangguk. "I akan beri location tempat yang kita akan pergi. Make sure you sampai sana setengah jam dari sekarang," arahnya dan terus masuk ke dalam perut kereta. Cermin kereta diturunkan. "Nombor telefon?" Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluarnya dan dia mula menekan sesuatu. Dengan riak kalut, Atira terus menyebut nombor telefonnya. "Okey, I dah send location. Jumpa dekat sana setengah jam dari sekarang." Enjin dihidupkan dan Emeer terus beredar. Masih terpinga-pinga, notifikasi WhatsApp yang diterimanya dibuka. Melihat lokasi yang diberikan, Atira hela nafas. Dari Ampang hendak ke Petaling Jaya dalam masa setengah jam? Emeer dah DSILY.indd 8 11/3/2019 1:03:40 PMAmeera Ameer9gila atau apa? Sudahlah pada waktu-waktu sekarang jalan jammed giler! Arghhh! jeritnya dalam hati. Walau geram dibuli begitu, dia tetap menurut. Dengan tergesa-gesa dia terus berlari menuju ke keretanya. Fine Encik Emeer, fine! Sengaja nak buli saya, kan? Okey, tak apa, dengusnya dan terus memecut keretanya pergi dari situ.

YOU ARE READING
DEAR SAYANG, I LOVE YOU
Roman d'amourPertemuan pertama mereka di Darkside menimbulkan rasa curiga di hati Emeer tetapi sebaliknya pula buat Atira. Dia teruja sehingga sanggup menerima apa sahaja syarat gila Emeer supaya diterima bekerja di situ. "Working with me is not easy." - EMEER "...