"Kau tu dah lah hodoh, bodoh lagi. Mana layak nak berkawan dengan aku!"
"Azman, bila kamu nak jadi pandai ni?"
"Kadang-kadang aku malas nak balik kampung sebab ni la, nak hadap muka sepupu yang berjerawat ni. Jijik!"
...
Terlihat sayu satu susuk tubuh lelaki berumur belasan remaja, duduk meratapi di meja belajarnya.
Mengembara jauh ke dalam cermin soleknya, melihat mukanya yang semakin teruk dengan jerawat yang bernanah.
"Aku penat. Aku penat dengan semua ni!"
Satu tumbukan kuat memecahkan cermin soleknya, buku limanya berdarah. Terlihat jelas jari jemarinya terhiris dek serpihan cermin yang ditumbuknya, akhirnya meninggalkan luka yang dalam, sama seperti di dalam hatinya.
Air mata hati akhirnya gugur kembali hari ini. Bercampur dengan darah dendam kesumat di hati. Azman tahu, dia sudah tidak mampu untuk bertahan lagi.
"Kenapa? Kenapa mesti aku?! Aku penat!"
Lalu Azman mengoyakkan kertas keputusannya, yang jelas dia gagal untuk ujian kali ini. Dia akhirnya buntu. Fikirannya terganggu, diganggu oleh anasir jahat sekeliling. Membuatkan dirinya seperti orang gila yang tidak bersuci bertahun lamanya. Rambutnya yang kusut masai, mukanya yang hodoh. Tiada siapa yang dapat mampu bertahan jika diberi ujian seberat ini. Walhal redha, jauh sekali terlintas di hati.
Perasaannya berbolak balik, Azman sudah tidak mampu lagi untuk menanggung pedihnya perlian dan cacian orang sekeliling. Baginya, melarikan diri daripada orang ramai lebih baik. Dia tidak mahu kerana mukanya, orang lain sanggup mengetepikan soal empati dan simpati, padahal kedua-dua unsur itu membentuk erti sebenar kemanusiaan.
"Aku hodoh, ter..lampau ho..doh,"
Tanpa berfikir panjang, Azman mencapai pisau cukurnya, dan bermulalah ujian pengabdian diri. Yang amat-amat sakit.
Dimana mukanya ditoreh dengan perlahan-lahan. Darah daripada mukanya mengalir deras, bercampur bersama nanah jerawatnya. Dia menjerit kesakitan lalu tersenyum, kerana puas atas apa yang dia lakukan.
...

ANDA SEDANG MEMBACA
INSECURE by zhrfnazfr
Mystery / ThrillerKau pernah breakout? Pernah rasa give up dengan muka sendiri? Pernah rasa dihina? Serius kau kena baca kisah ni. "Lihatlah sayang, ini bukti pengorbanan atas keadilan yang patut kita miliki," "Jangan khuatir akan realiti, bukalah mata. Kerana tiada...