...
"Ada sesiapa tahu ke mana hilangnya Azman?"
Senyap. Sunyi. Tiada siapa yang tahu di manakah Azman. Walhal ada guru-gurunya yang ingin menziarahinya di rumah. Tetapi pintu berkunci, langsir di tarik, tingkap di tutup. Jelas Azman tidak mahu diganggu. Hari ini, hari pertama ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelibat Azman tidak kelihatan. Sudah 3 bulan dia menghilangkan diri.
Cikgu Sally sudah ditukarkan tempat untuk mengajar, atas perlakuan yang beliau lakukan.
Layak ke dipanggil 'beliau' jika sikapnya seperti binatang?
Ali dan Azrin masih sama. Kedua-duanya memegang jawatan yang tinggi di sekolah. Ali sebagai ketua pelajar, manakala Azrin sebagai pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kedua-dua mereka membesar bersama, tidak hairanlah sikap negatif yang ada pada mereka berdua persis kembar berkongsi darah yang sama.
Ya, tak perlu beritahu, aku tahu mereka berdua tidak layak.
Peperiksaan dimulakan. Seperti biasa, subjek Bahasa Melayu salah satu subjek teras di sekolah. Tidak hairanlah, setiap kali ujian, kertas Bahasa Melayu akan diletakkan tempat pada hari pertama ujian sebaris dengan kertas Bahasa Inggeris.
Sekolah mereka sekolah kluster, majoriti pelajarnya bijak termasuk Azman sendiri. Tetapi, Azman punya alasan sendiri mengapa keputusan percubaannya tidak membanggakan kali ini.
Bermula daripada UPSR dan PT3, Azman telah lulus dengan cemerlang dengan masing-masing mendapat straight A's.
Tetapi, apabila masuk sahaja menengah atas, dia sudah meningkat remaja. Hormonnya semakin aktif sehingga bukti kematangan mula timbul di mukanya.
Lebih-lebih lagi persekitaran rumahnya yang agak kotor. Terlampau banyak bakteria-bakteria jahat yang hinggap di mukanya dan menguatkan alasan mengapa mukanya sedemikian rupa. Azman bukanlah anak orang berada. Dia hanya golongan marhaen sahaja.
...
"Alhamdulillah, selesai sudah paper pertama kita," syukur Ali.
"Lepas ni boleh la fokus dekat paper lain," kata Azrin.
"Ah kau takyah la nak sembang, malam ni kau mesti PUBG dulu baru study. Tu pun kalau study," Ali memerli.
...
Usai sahaja bersalaman dengan pengawas peperiksaan, pelajar dibenarkan pulang. Seperti biasa, Ali dan Azrin akan pulang bersama memandangkan rumah mereka sehaluan.
Sampai di lorong sunyi yang selalu mereka gunakan yang dapat mempercepatkan perjalanan ke rumah mereka, mereka melihat satu susuk tubuh seorang lelaki memakai hoodie berwarna hitam sambil memegang pisau. Mukanya ditutup rapi dengan topeng hitam.
Matanya tajam merenung ke arah Azrin dan Ali.
"Ali, siapa tu? Semacam je aku tengok," tanya Azrin.
"Mana aku tahu, pegang pisau pulak, aku risau ni,"
Azrin mengambil keputusan untuk berpatah balik mengikut laluan biasa, tetapi Ali melarangnya.
"Kita dah sampai sejauh ni kau nak patah balik buat apa bodoh?"
"Dia pegang pisau la sial! Pisau!"
"Tak, sekarang ni kita tak tahu siapa dia, tak tahu pun tujuan dia. Mana tahu dia baru balik dari berkebun ke. Ah, redah jelah, pergi mampus!" lagak Ali dengan berani.
Mereka berdua mengambil keputusan untuk berjalan melepasi lelaki itu. Walaupun mereka tahu, hanya mereka berdua yang ada di situ.
Dekat, semakin dekat dengan lelaki itu.
Tiba-tiba lelaki itu bersuara,
"Dendam amarah terus membuak, aku dah penat. Aku minta maaf,"
...
YOU ARE READING
INSECURE by zhrfnazfr
Mystery / ThrillerKau pernah breakout? Pernah rasa give up dengan muka sendiri? Pernah rasa dihina? Serius kau kena baca kisah ni. "Lihatlah sayang, ini bukti pengorbanan atas keadilan yang patut kita miliki," "Jangan khuatir akan realiti, bukalah mata. Kerana tiada...