07 INSECURE

109 8 1
                                    

"Apa yang kau tidak puas lagi Azman? APA LAGI?"

"Shhh! Diam sayang. Nak dengar satu cerita?" sambil mengusap kepala Aisyah.

Aisyah meronta untuk dilepaskan, namun usahanya hanya sia-sia.

"Shh diam!" Azman menampar Aisyah. Jelas kelihatan air matanya mengalir menahan sakit.

Aisyah mula sedar, dia hanya mampu untuk diam dan hanya mampu mengikut apa sahaja kehendak si iblis bertopengkan manusia ini. Tangan dan kakinya diikat ketat dan Azman di sebelahnya mengusap kepalanya.

"Macam tu la, hehe,"

"Kau bagitahu aku, kau nak apa? Apa yang kau nak daripada aku? Ap..."

"Shh shh shh, janganlah menangis macam ni sayang. Dengar eh aku cerita?"

Aisyah hanya mampu menurut kehendak Azman.

"Hm, kau tahu Ali dan Azrin dah mati? Kau nak tahu siapa yang bunuh? Hehe,"

Aisyah memandang Azman,

"Ka..u yang bu..nuh? KAU YANG BUNUH AZMAN?"

Azman tersenyum puas,

"Bukan aku, tetapi sisi gelap aku,"

"APA BEZANYA BODOH?! KENAPA KAU SANGGUP BUAT KAMI MACAM NI?"

"Hehe semuanya kerana ini,"

Azman membuka topengnya, jelas kelihatan parut dan jerawat di pipi.

"KAU INSECURE? AKU TAHU KELAS KITA TOKSIK TAPI KENAPA KAU SANGGUP BUAT MACAM NI?!"

"Kenapa aku sanggup? Haha hati aku hancur, remuk, berkecai disebabkan mulut bangsat kau semua. Aku pendam selama yang mungkin, aku cuba untuk baiki apa yang patut, tapi langsung, TIADA SIAPA YANG DATANG MENYOKONG!"

Air mata Azman gugur kembali, bercampur dendam dan amarah.

Mukanya memuntahkan pelbagai reaksi negatif, buku limanya digenggam kuat, hatinya semakin hancur.

"A..ku minta maaf, tapi kenapa kau sanggup culik aku? Aku tak pernah lukakan hati kau dengan kata-kata aku,"

"Hahaha, nice question Aisyah. Jawapannya sangat mudah, semua sebab MUKA KAU!"

"KAU GILA! KAU GILA AZMAN!! SEBAB MUKA AKU FLAWLESS, LICIN KAU SANGGUP SEKSA ORANG YANG TAK BERSALAH MACAM AKU?! KAU GILA! ANAK SYAITAN!"

"Diam BANGSAT!"

Azman menyepak muka Aisyah. Aisyah terbaring menahan kesakitan.

"Hahaha.. itu je yang kau mampu buat? Azman, aku mahu lebih lagi!"

"KAU JANGAN CABAR AKU PEREMPUAN SUNDAL!"

Azman mencekik Aisyah,

"Te..rus..kan.. bu..nuh..lah.. aku.. man"

"ARGHHHHHHH!"

"Ke..napa ber..henti? Terus..kan.."

Azman keliru, terlampau banyak perasaan yang dia pendam.

Azman kembali duduk di sisi Aisyah sambil memeluknya,

"Aisyah, aku nak kau tahu yang aku sangat sayang dekat kau,"

Aisyah tersentak dengan kata-kata Azman.

"JADI KENAPA KAU SANGGUP BUAT PERKARA TERKUTUK NI?!"

"Semuanya sebab ni, sebab hati," sambil menunjuk simbol remuk pada hatinya.

"Man, aku pun ada perasaan pada kau. Tetapi aku tak sangka kau menyimpan dendam selama ni. Maafkan aku man. Maafkan kami,"

"Hahaha..," Azman semakin keliru dan bercelaru. Perasaannya dimainkan, dia seperti terperangkap di dalam dirinya sendiri. Perasaan kasihan, cinta, dendam diuli sebati dalam jiwanya.

"Azman, lepaskan aku. Kita baiki sama-sama apa yang patut okay?" Aisyah cuba memujuk.

"Mungkin, inilah jalan yang terbaik untuk semua. Selamat tinggal Aisyah," Azman menikam dirinya sendiri.

"AZMAN JANGANNNNNN! YA ALLAHHHH.."

Air matanya gugur bercampur darah dendam Azman. Dia buntu. Dia mahu melepaskan dirinya daripada pondok neraka ini.

...

INSECURE by zhrfnazfrWhere stories live. Discover now