05 INSECURE

111 10 1
                                    

Ahad, 29 Disember 2019, Malaysia digemparkan suatu kejadian jenayah di lorong Taman Permata di mana dua pelajar tingkatan 5 SMK Impian telah dijumpai mati dibunuh. Terdapat kesan 15 tikaman di bahagian muka mangsa. Mangsa disyaki dibunuh sewaktu pulang daripada sekolah. Ibu bapa mangsa telah memberikan keterangan,

"Azrin budak yang baik, semalam sikapnya elok sahaja tetapi mengapa boleh jadi begini," - Puan Laila, ibu Azrin.

"Saya masih ingat lagi kata-kata dia kepada saya, Ali sayang ibu, doakan Ali ya?" - Puan Asmida, ibu Ali.

Siapa yang sanggup melakukan pembunuhan ini? Dan apakah motif suspek? Kami aka..

...

Azman tutup televisyennya.

"Azrin baik? BAIK?!"

Bang! Azman melemparkan alat kawalan televisyennya ke dinding. Hancur berderai.

"Dua sudah habis, sekarang tinggal seorang," sambil tersenyum puas.

Azman munculkan dirinya semula pada hari kedua peperiksaan. Seperti biasa, dia akan dijadikan perhatian. Sehingga pelajar yang tak dikenali pun menegurnya.

"Man, kau pergi mana lama menghilang? Kau tahu tak Ali dan Azrin kena bunuh semalam?"

"Innalillah, em aku duduk rumah. Tenangkan fikiran. Kau tahu kan sejak kes Cikgu Sally bulan lepas, aku stres! Aku buntu,"

"Sudahlah man, sampai bila kau nak berdendam dengan cikgu? Dia dah pindah dah pun, dah dapat pun balasan,"

"Ya, aku tahu tapi manusia sebangsat dia berbaloi untuk aku berdendam! Takda hati perut!"

Semua mata-mata jahat memerhatikan kami. Azman terus mengikut emosi.

...

"Aisyah, bangun sayang,"

"Em.. k..au. Apa kau buat dekat aku?!"

"Aku tak buat apa-apa pun cuma aku insecure dengan kulit muka kau hehe,"

"SUDAHLAH AZMAN SUDAH! Sampai bila kau nak macam ni?!"

"Em mungkin, sampai aku puas? Hehe"

...

"Mana Azman? Dia datang kan hari ni?"

"Entah, dah balik agaknya. Dia malas la tu. Yelah setiap kali datang sekolah habis kena ejek, kesian dia weh,"

"Em betul jugak, aku pun kesian. Dah la dulu aku pernah suka dia,"

"What tha..? Are you serious Aisyah? HAHAHAHAH tf why do?"

"I donno. Mungkin sebab dia pandai and sangat pendiam. Tah la aku nampak sikap macam tu comel em,"

Aisyah, kawan sekelas Azman. Sudah lama dia pendam perasaan dekat Azman. Walaupun dia tahu, Azman tidaklah 'sempurna' seperti orang lain.

Tetapi uniknya seorang lelaki memilih untuk diam ini sangat pelik. Walaupun persekitarannya sungguh toksik. Anti sosial, tiada telefon pintar membuat Aisyah mahu mengenali Azman dengan lebih dalam lagi.

"Mungkin ada sesuatu yang Azman pendam," bisik hati Aisyah

...

INSECURE by zhrfnazfrWhere stories live. Discover now