...
Loceng sudah dibunyikan, menandakan pembelajaran di dalam kelas dimulakan dengan rasminya. Selepas dua hari bercuti, hari Isnin neraka buat setiap pelajar mula memunculkan dirinya semula.
Waktu pembelajaran pertama, Matematik. Subjek kegemaran Azman daripada kecil sehinggalah besar. Apa yang membuatkan dia suka akan subjek ini adalah motif untuk setiap masalah yang diberi. Pelajar perlu mencari motif dan menyelasaikan masalah dengan rumus yang diberikan. Easy. Cuma kali ini, sikap gurunya membuatkan Azman menyampah untuk belajar. Mulutnya yang agak puaka dapat memanaskan hati yang sejuk, meradangkan hati yang sihat.
Cikgu Sally, guru Matematik Azman telah masuk ke dalam kelas 5 Bestari. Mukanya hari ini agak masam mencuka. Berkemungkinan minggu ini kitaran haidnya baru bermula.
Ali, ketua kelas merangkap ketua pelajar mengetuai salam seperti selalu yang dipraktikkan.
"Waalaikumussalam,"
Semua pelajar duduk seperti biasa tetapi kali ini,
"Siapa suruh kamu duduk? Semua bangun!"
Azman dah boleh jangka, sikap gila kuasanya akan membuak bila moodnya terganggu. Cikgu Sally dah begitu sinonim dengan gelaran 'guru paling garang' di sekolah. Selama lima tahun berturut-turut memegang jawatan sebagai ketua guru disiplin, sedikit sebanyak memupuk dirinya untuk kekal berkuasa, padahal sudah lama jawatannya ditarik atas sebab tertentu.
"Tapi kenapa cikgu?" Ali bertanya.
"Kamu diam, cikgu suruh bangun. Bangun jelah! Apa yang susah sangat ni!?" marah Cikgu Sally.
Daripada berwajah ayu persis wanita melayu terakhir, kini Cikgu Sally seperti ibu tiri bawang merah. Yang hanya tahu untuk meluahkan apa yang tidak patut diluah, sehingga sanggup curang dengan kasih sayang terhadap anak-anak. Kasih sayang seorang ibu memang tidak boleh dibahagi sama rata, tetapi usaha yang anak-anak mahu lihat.
Semua pelajar berdiri semula dengan rasa sangsi.
Pang!, satu tamparan hinggap ke muka Ali.
"Ke.. napa.. ni cik.. gu?" Ali menahan amarahnya.
Mana tidaknya, tiada hujan ribut. Pipinya telah merah akibat tamparan kuat Cikgu Sally.
"Saja, nak test tamparan saya. Kamu okay Ali?"
Gila! Azman pelik atas kelakuan Cikgu Sally.
"Ni kira okay cikgu tampar muka kamu, cuba cikgu tampar muka si Azman, mahu berminyak bercampur nanah!" perli Cikgu Sally.
Semua rakannya tertawa kecil. Ali masih bingung, Azman masih keliru diperlakukan begitu.
Azman menggenggam buku limanya, bibirnya digigit menahan marah.
"Kenapa saya cikgu? Kenapa mesti saya?!"
Bam! Mejanya dihentak, kerusinya ditendang kebelakang. Semua rakan-rakannya terkejut akan tindakan Azman. Air mata dendamnya mengalir semula.
"Saya tak faham? Apa hina sangat saya ini sampai cikgu nak perli saya macam ni?!"
"Ya! Memang saya hodoh. SAYA HODOH! Tapi tolong sedar cikgu, sehodoh hodoh saya, saya tak sebangsat kamu semua. Muka sahaja bersih, tetapi hati hitam seperti tahi!"
Azman sudah tidak dapat tahan, segala sakit yang dia pendam akhirnya diluahkan.
"Rilek la man, cikgu bergurau jelah!" celah Azrin.
"Kau diam rin. Kau dengan cikgu semua sama! Semua bangsat! Aku dapat markah penuh dalam math, apa yang cikgu buat? Takda! Langsung tak hargai,"
"Itu sebab muka kau yang hodoh tu man, pergilah berubat. Kami dah jijik tengok nanah kau menitik setiap kali ambil wudhu di surau," kata Azrin lagi.
"CUKUP! Aku dah penat! Aku dah pe..nat.."
Air mata Azman semakin deras membasahi pipinya yang berkudis.
Azman capai beg sandangnya, lalu keluar menuju lubang rahsia. Di mana, di situlah lubang tikus yang membawanya keluar dari sekolah tanpa disedari sesiapa. Jauh kedengaran rakan-rakannya memanggil untuk pulang, Azman tahu tindakannya ini akan menjadi satu kes besar. Dia berkemungkinan akan digantung atau dibuang sekolah.
...
![](https://img.wattpad.com/cover/213863366-288-k444049.jpg)
YOU ARE READING
INSECURE by zhrfnazfr
Mystery / ThrillerKau pernah breakout? Pernah rasa give up dengan muka sendiri? Pernah rasa dihina? Serius kau kena baca kisah ni. "Lihatlah sayang, ini bukti pengorbanan atas keadilan yang patut kita miliki," "Jangan khuatir akan realiti, bukalah mata. Kerana tiada...