1

1.1K 28 2
                                    

(Mew)

"Arrhhh..."

Dia mengerang kesakitan kepalanya yang berdenyut-denyut seperti di tusuk ratusan jarum peniti.

Dia bangun dari baringnya dan mencuba mengenalpasti dia sekarang berada di mana kerana setahu dia, dia sudah meninggal dunia beberapa saat yang lalu disebabkan oleh kemalangan jalan raya semasa kereta yang dipandunya dalam keadaan mabuk dan patah hati terbabas di penghadang jalan dan menjunam ke gaung di selekoh tajam.

Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada disini, dibilik mewah ini yang dia yakin 100% ialah bilik hotel. Namun berada disini rasanya lebih baik berbanding berada didalam kereta yang meletup di bawah gaung setelah terhempas dibatu-batu besar. Dan dengan tubuh berlumuran darah. Dia masih lagi dapat merasa betapa sakitnya ketika serpihan-serpihan kaca depan keretanya pecah dan menusuk ke wajahnya dan urat dilehernya. Tangannya patah terpukul dengan pintu dan streng kereta. Dia masih ingat dengan jelas lagi bagaimana tubuhnya terbakar dalam letupan keretanya sendiri.

Dia menggigil dengan mata yang merah. Urat-urat didahinya timbul disebabkan betapa takut dan gerunnya dia dengan apa yang berlaku kepadanya. Kalau boleh dia tidak mahu merasai kesakitan itu lagi!. Siapa kata mati itu senang saja tak sakit?!. Kalau dia ada dengar siapa yang cakap mati itu sangat senang dan tak sakit memang dia akan belasah orang itu.

Dia tidak tahu apa yang dia alami itu hanyalah sebuah mimpi atau kenyataan. Tapi yang pastinya semua itu terasa benar dan setiap peristiwa yang berlaku dan setiap masa berlalu yang dia rasai memang benar-benar berlaku dan dijalaninya.

Dia meninggal dalam kemalangan dalam usianya 33 tahun.

Dan sekarang dia hidup kembali. Bukan sebagai seorang bayi kecil. Bukan ditubuh orang lain. Dan jauh sekali di dunia lain. Kerana dia kenal tubuh dimana dia bangun ini. Ini ialah tubuhnya sendiri. Tapi dia belum pasti di waktu mana dia berada sekarang.

Dia mencuba mencari telefon bimbitnya untuk melihat apa tarikh hari ini. Dan tahun apa sekarang ini.

Namun sebelum sempat dia menjumpai telefonnya pintu bilik tempat dia berada sekarang tiba-tiba diterjah oleh seseorang. Atau lebih...?.

"Ai'Mew! Apa yang dah kamu buat?!. Kenapa kamu buat hal kat program FanMeeting kamu bersama Ai'Art kelmarin?! Tengok apa dah terjadi sekarang! Semua laman media sosial heboh dengan kamu mencium Ai'Art secara public dan luahkan perasaan suka kamu dekat dia?!. Dan malam tadi Ai'Art buat live pula kat Instagram dia yang dia menolak kamu dan harap kamu jangan paksa dia terima kamu. Dan yang dia itu straight like a pole!. Imej kamu dah rosak sekarang dengan semua fan ingatkan kamu memaksa Ai'Art untuk menjadi kekasihnya dan mengganggu privacy hidupnya!"

Lelaki lembut itu memarahi Mew yang masih pening dan tidak faham situasi apa yang berlaku sekarang. Dia hanya mampu mendengar dengan fokus apa yang dileter oleh lelaki lembut itu yang merupakan manajernya. Dan setelah dia selesai proses separuh dari maklumat yang keluar dari bebelan manajernya Quin, wajahnya berubah keruh terus.

Takkan dia kembali diwaktu dia dah luahkan perasaan dia kat Ai'Art?.

Dia tidak dapat mengawal riak wajahnya dari berubah buruk. Ada seperti marah, benci dan terluka diwajahnya.

Quin yang melihat perubahan wajah artis muda dan amat kacak itu terus memperlahankan suaranya. Kerana salah faham yang Mew tengah marah. Dan risau jika dia semakin meninggikan suaranya memarahi artisnya itu, dia pula yang dibelasah nanti!. Biarpun dia tahu Mew tak pernah angkat tangan kat sesiapa!.

Assistantnya iaitu Sharp turut gerun melihat wajah sentiasa tenang dan bibir sentiasa tersenyum Mew itu berubah bengis!. Tak ada sudah ketenangan diwajahnya melainkan marah...?!.

Mew menggenggam tangannya kuat sehingga boleh terlihat urat tangannya keluar dan kelihatan tegang.

"Besok buatkan pertemuan public dengan media"

Dia memberi arahan dengan wajahnya perlahan-lahan tenang. Ya. Buat apa juga dia marahkan?. Kalau semua dah berlaku. Apa nak buat lagi? Masa bukannya boleh diulang kembali. Lebih baik dia hadapi dengan berani dan jernihkan namanya sebelum imejnya semakin buruk pula dimata fan dan netizen.

Kalau dulu dia hanya akan diam dan biarkan apa yang Art lakukan padanya kerana dia menyangka dan mencuba bersangka baik yang Art melakukan itu kerana terkejut dengan dia mencium dan meluah perasaan sukanya kepada Art secara tiba- tiba tanpa diduga namun kini dia tak akan berdiam diri lagi dan membiarkan dirinya daripada dikutuk dengan keji oleh netizen dan anti Fan. Sebab dia tahu semua itu hanyalah rancangan untuk menjatuhkan dia. Dan ingin menggunakan dia untuk popular dan pada masa yang sama melenyapkan dia dari dunia hiburan.

"Kamu nak buat apa pula kali ni?!"

"Saya nak buat pengumuman secara public mengenai kejadian kelmarin"

Dia menjawab dengan tenang. Tanpa riak wajah berubah. Sehingga sukar untuk sesiap daripada membaca dan melihat apa yang tengah difikirkannya di otaknya itu. Namun yang pastinya saja aura dibilik itu terasa pelik dengan suhunya yang semakin sejuk.

Sharp cuba melihat berapa suhu AC di dalam bilik hotel mewah ini. Namun tidak jumpa di mana. Atau lupa kerana takut nak buat pergerakan apa-apa sekarang!. Dia lagi rela Quin, bosnya saja yang urus dan berbicara dengan Mew. Tengok saja wajahnya yang nampak tenang itu. Namun dia dapat rasa disebaliknya itu ialah haiwan pemangsa yang sedang menanti dengan penuh sabar dan licik untuk masuk ke dalam perangkapnya sebelum dibaham!. Meremeng bulu roma terus dia.

"Kamu tak akan buat hal lagi kan besok?"

Quin masih tidak mampu percaya yang astisnya ini tak akan buat hal lagi besok. Takut akan bertambah pula gosip dan semakin buruk pula nama Mew di dunia hiburan nanti.

Mew hanya memberi senyuman manis kepada Quin dengan matanya yang besar memandang ke arah Quin. Pandangan yang seperti menembus teris dari kepala Quin, buat Quin terus terasa janggal dan tak mampu nak banyak soal dan bising lagi.

"Baiklah. Saya akan urus sekarang. Rehat malam ini. Pastikan kamu dalam kondisi yang terbaik besok"

Dia memesan pada Mew sebelum mengambil keputusan membawa Sharp pergi keluar dari bilik hotel tempat artisnya menginap buat masa ini kerana programnya bertemu dengan para peminat.

Mew ialah artis kacak berusia 23 tahun yang sedang naik setelah membintangi dalam series bl dimana dia merupakan pasangan kedua dalam series itu dan dipasangkan pula dengan artis lelaki yang comel iaitu Art. Disebabkan mereka diganding-ganding oleh FanClub mereka dan menghadiri banyak program FanService tanpa disangka Mew jatuh hati betul-betul pula kat pasangan Cp nya. Namun sayang hanya bertepuk sebelah tangan!. Malah namanya diburukkan pula setelah meluah perasaannya secara public!? Dituduh lagi melakukan gangguan sexual kat pasangan Cpnya.

"Ya"

"Jangan lupa mandi!"

Itu pesan terakhir Quin sebelum menutup pintu bilik hotel Mew setelah menguncinya dari dalam.

Mew hanya mampu menggeleng.

Ya. Dia harus mandi sekarang. Tenangkan fikirannya. Rehatkan tubuhnya. Sebelum menjalankan plannya besok.

Segaris senyuman yang mampu memukau jutaan hati tidak kira fan, fujoshi, fudanshi, tua atau muda muncul dibibirnya yang merah. Namun sayangnya jika diperhati betul-betul senyuman itu langsung tidak sampai dimatanya.

A New Life A New StoryWhere stories live. Discover now