5

367 15 0
                                    

Ketika dia melihat apa yang perlu dimiliki oleh para peserta ujibakat bagi watak Tharn, Mew tersengih sendiri. Sebab semuanya dimiliki olehnya.

Pandai bermain Drum. Biarpun basic asal ada skill. Tapi Mew memang minat main drum sejak kecil jadi tahap bakat dia dalam bermain drum memang boleh dianggap high level juga.

Pandai menyanyi. Mew memang pandai menyanyi. Dan suaranya rasanya boleh juga untuk dibuat lagu. Dan tidak teruk sampai hujan nak turun sebab nak menangis meratapi suaranya.

Tinggi. Mew tinggi lampai.

Dia meletakkan semua skrip itu di meja. Dia bangun dan melakukan senaman ringan untuk meregangkan tulangnya kerana dari tadi duduk saja menghadap skrip di atas sofa. Setelah selesai dia menuju pula ke dapur apartmentnya. Hanya dia yang tinggal di Apartment mewah itu.

Dia membasahkan tekaknya dengan air putih sebelum keluar ke beranda apartmentnya.

Senyuman tenang terukir dibibirnya.

"A new life. A new story. Time for me to changed the direction of my life"

Bisiknya. Matanya yang besar memandang jauh entah ke mana sambil sekali-sekala meneguk air putih dibotol mineral ditangannya.

****

Hari ujibakat.

(Gulf)

Gulf merancang ingin membawa seorang teman saja untuk menemaninya ujibakat distudio tempat ujibakat dilaksanakan namun ketika kawannya sampai di depan rumahnya terus keluar 6 orang dari kereta!.

Terdiam tak mampu keluarkan sepatah kata terus dia. Tapi dia tidak ambil peduli selepas itu kerana dia terfikir sebagai seorang pendatang baru dalam dunia hiburan dan ingin mencuba nasib menjadi seorang artis. Dan harus bertanding pula dengan ramai orang termasuk artis berpengalaman. Lebih baik dia membawa teman-temannya banyak sikit. Sebab selalunya dalam novel dan drama yang dia tonton selama ini akan berlakunya penindasan dan pembulian pada peserta yang tak terkenal dan pendatang baru sepertinya. Memandangkan ada kawannya menawar diri mahu menjadi bodyguardnya hari ini, baik biarkan saja mereka ikut. (Otaknya terpengaruh dengan novel dan drama)

Dan disitulah Gulf dengan ditemani oleh 6 orang kawannya yang berbeza saiz badan iaitu ada yang kurus dan sado menuju ke studio untuk ujibakat.

Dia duduk dikerusi setelah mendapat no.gilirannya ujibakat. Dia dan kawannya duduk diam sebab semuanya pun tidak berpengalaman. Jadi dalam hati mereka terfikir lebih baik mereka semua diam jangan buat bising. Takut mengganggu peserta lain pula. Apalagi mereka bertujuh turut ada ternampak para artis yang pernah membintangi series bl sebelum ini!.

Wajah Gulf juga tegang saja tanpa senyuman buat orang takut untuk menyapanya. Dan orang itu termasuk Mew yang duduk beberapa selang dari kerusi tempat Gulf dan temannya yang berlagak bodyguard.

Mew kenal lelaki muda berwajah tegang seperti mahu pergi berperang itu. Kerana lelaki itulah dikehidupan lalunya yang memegang watak utama dalam TharnType the Series ini, iaitu Type. Dan dia ada terasa tertarik sedikit pada lelaki muda itu.

Dia ingin menyapa namun tidak berani. Jadi diapun diamkan diri saja dan sibukkan perhatiannya memandang skrin telefon.

Watak pertama yang akan diujibakat dulu ialah watak Type. Jadi dia ada masa mahu buat benda lain.

Gulf pula pada masa yang sama turut menyedari akan kehadiran Mew, idolnya dizaman awal universitinya. Dia merasa gerun terus kerana tidak pernah menyangka akan bertemu dengan P'Mew dalam dunia nyata!.

'Aku duduk dekat dengan artis veteran!!!.

Tengok kat luar tu banyaknya peminat P'Mew!. Kalau saya ke sini bukan kerana nak ujibakat saya pasti dah melompat ke arah P'Mew dan minta tandatangannya! Bergambar dengannya!!!

A New Life A New StoryWhere stories live. Discover now