10(mewgulf)(kene&neen)

290 9 5
                                    

"What the fu......!!"

"Shhhsss.."

Mew memberi isyarat diam kepada Quin yang datang melawatnya malam itu. Ini ialah ke-4 hari workshop dijalankan.

Jadi Quin ingin datang melawat setelah kembali dari luar bandar untuk memastikan artisnya dalam keadaan selesa dan sihat. Dan juga mahu memastikan Mew tiada masalah dengan sesiapa disini dengan kumbang-kumbang yang ada niat nak merayap ke ladangnya.

Kerana memang itu situasi yang akan Mew hadapi setiap kali berada di site terutama seperti sekarang di mana dia harus tinggal di kediaman yang disediakan oleh pihak pengurus untuk kemudahan semua actornya dan untuk memudahkan workshop berjalan dengan lancar.

Namun dia langsung tidak menyangka ketika dia masuk sudah ada orang selain Mew di bilik ini!.

Malah tidur di atas katil Mew dengan hanya memakai baju dalam?!.

Dia juga nampak dengan jelas ada tompok-tompok merah di dada lelaki itu kerana sebahagian tubuhnya terdedah. Dia juga hanya memakai seluar pendek paras lutut yang menampakkan kakinya yang putih mulus...! Adakah itu ialah kaki milik seorang lelaki?! Ah!!. Kenapa kaki aku tak macam itu?!. I am so cemburu!.

Wait! Wait! Itu bukan yang penting sekarang. Yang penting sekarang ialah siapa dan kenapa lelaki itu ada di dalam bilik Mew dan kenapa dia boleh ada di atas katil Mew!. Dan bagaimana Mew yang tidak suka sesiapa baring di atas katilnya boleh benarkan lelaki itu tidur dikatilnya?! Jangan...jangan....

"Its not like what you think"

Sebelum sempat dia membuat spekulasi di otaknya Mew sudah bersuara memberhentikan otaknya dari berfikir yang bukan-bukan.

"Its not like what i think, you said?! So kenapa budak lelaki tu ada kat sini malam-malam dan share satu katil dengan kamu?! Kamu jangan buat hal Khun Mew!"

Dia bersuara tegas namun dengan suara yang diperlahankan.

Mew mengarah Quin duduk disofa dan dia pula duduk di hujung katil tempat Gulf sedang tidur dengan nyenyak.

Yups.. bukan niat dia nak timbulkan gosip. Namun sejak dari beberapa hari ini setiap kali dia jatuh diperangkap Gulf yang mahu berlatih dengannya untuk mengasah teknik kissingnya dibilik dia pada waktu malam, Gulf akan berakhir tertidur disini.....dalam keadaan mereka sedang praktis....seperti biasa.😑

Sampai dia kadang terfikir. Boring sangatkah teknik dia bercium?...kenapa sampai boleh lelaki muda itu tertidur dalam keadaan mereka tengah dalam 'aksi'?. Boleh dikatakan dia mulai berasa ragu dengan skill kissingnya sekarang dan dalam masa yang sama dalam diam turut mengasah lagi skill kissingnya setiap malam Gulf ke sini. Namun tetap saja berakhir dengan lelaki muda itu tertidur?!!!!.

Huh...mengeluh terus Mew.

"Kamu percaya tak percaya. Saya tetap cakap apa yang kamu nampak tak seperti yang kamu fikirkan. Kami cuma praktis saja"

"Dengan bercium? Dan dengan kissingmark kat tubuh macam tu? Are you sure there will be anyone who saw that mark will believe what you said tonight if they saw you two?"

Mew diam terus. Okey. Salah dia juga tidak mengawal dirinya dari meninggalkan tanda merah ditubuh Gulf. Mujur mereka sudah berjanji hari itu untuk boleh meninggalkan red spot cuma jangan dikawasan yang boleh orang lain nampak. Kalau tidak memang dah keluar skandal tentang dia kat laman media sosial lagi.

"Kami cuma praktis"

Hanya itu yang keluar dibibir Mew.

Quin memandang Mew dengan wajah tak percaya.

A New Life A New StoryWhere stories live. Discover now