12 (Kane&Neen)

149 9 0
                                    

Pak!

"Uhuk!!!"

Ini dah beribu kali dia sedang makan dan belakangnya ditepuk oleh seseorang. Seseorang yang amat dia kenal dan memang mahu makan penumbuknya!.

"Shiaaa!!! Ai'Thean!"

Jeritnya bengang. Merah dan berair matanya terus kerana tersedak dengan daging dimulutnya.

Pang!

Ben seperti biasa memukul kepala Thean sebelum duduk dibangku berdepan Neen. Masih kekal dengan mukanya yang tenang. Namun Neen tahu dia masih marah.

Thean mengusap kepalanya. Sebagai anak tiri dalam family ini, dia harus pasrah pada Ben yang pilih kasih, sebab sebagai mak tiri lebih berpihak kepada Neen, anak kandungnya!.😏

"Kau makan seorang lagi?"

Neen menjeling dia.

"Kau rugi je moon di fakulti kau. Tapi meja kau sunyi betul. Dah macam rumah hantu dah"

Komen Thean langsung tidak peduli dengan renungan tajam Neen. Mulut dia memang tak pandai diam dan agak berpuaka sedikit.

"Okeylah tu. Dari dia lepak dengan orang yang bukan-bukan"

Komen Ben pula. Membantah pada Thean.

"Yeahlah tu. Paranoid betul. Tak semua orang perangai cam hantu tau"

"Aku bukan risau kat orang yang berperangai hantu. Aku cuma risau kalau diorang pula yang terjangkit dengan perangai dia ni!"

Bukan main pedas lagi sindiran Ben ya.

Neen terus tunduk tidak mahu mengangkat kepala dari makanannya.

Dia sunyi?! Biarlah! Bukan aku larang pun sesiapa datang kat tempat aku....😒😒

"Ya jugakan. Muka Neen ni bukan boleh percaya"

"Muka handsome tak boleh dipercayai sangat"

Neen mengangkat kepalanya dan memandang mereka berdua dengan muka geram.

"Kamu berdua nak saya letak cermin kah kat sini?! Sedar sikit dengan muka sendiri tu!"

Bengang betul dia. Orang yang datang dari keluarga yang sama dengan dia ada hati nak komen wajah dia?! Please! Cam nak hampuk je seseorang sekarang!.

Ben dan Thean hanya mampu tersengih. Mereka berdua lupa yang mereka juga kacak😏.

"Korang datang sini tak makankah?"

Neen menyoal. Sebab selalu dua ekor ni datang mengganggu dia waktu makan. Tapi langsung tak order apa-apa makanan. Jauh kot fakulti medical dan engineering. Rajin betul berulang-alik melawat dia. Atau lebih tepatnya mengganggu ketenangan dia ketika makan!.

"Kami dah makan dah. Datang sini nak ganggu kau je"

Jawab Thean jujur tanpa berselindung akan niat mereka ke sini setiap kali Neen makan.

Kan!!! Memang betul apa yang dia fikir selama ini!! Raung Neen dalam hati.

"Kitaorang dengar kau sertai acara dalam sukan U tu?"

Soal Ben.

"Benda tu pun korang boleh tahu?. Popular sangatkah aku?"

Neen terus terkejut. Dia tak sedar akan betapa popularnya dia di U ini. Sebab dia mana pernah peduli akan keadaan sekelilingnya. Ke mana saja dengan muka tegang. Ke mana saja dengan muka serius. Apalah taknya tiada siapa yang berani nak menyapa dia. Muka garang sangat. Macam nak bertumbuk 24 jam dengan sesiapa yang mengganggu dia!.

A New Life A New StoryWhere stories live. Discover now