14(mewgulf)

501 14 10
                                    

Selama 2 minggu mereka semua berada di workshop untuk menyesuaikan diri dengan watak dan peranan masing-masing.

Malah lidah mereka semua juga sudah ringan memanggil kawan mereka yang lain dengan nama watak mereka.

Mereka semua juga sudah menjalinkan hubungan rapat dimana mereka boleh duduk dengan membuat bulatan dilantai dan membaca skrip masing-masing dan berbincang dengan actor yang akan mempunyai scene bersama mereka.

Mereka semua benar-benar bekerja keras untuk melakukan terbaik dalam series ini. Bagi mereka biarpun mungkin series ini tidak berapa mendapat tarikan namun asalkan mereka dah buat yang sebaik mungkin!.

Meskipun banyak newbie dalam barisan actor bagi TharnType itu dimana terkumpulnya banyak actor lelaki kacak-kacak untuk membintangi drama bl ini. Namun sikap mereka sepanjang 2 minggu workshop ini dah seperti profesional.

Dalam drama bl Thai memang jarang melihat cast perempuan. Adapun mereka selalunya akan muncul seketika. Lagipun novel TharnType kan bergenre BL buat apa juga mahu selitkan watak perempuan sepanjang espisode?.

"Besok akan bermula program promosi"

Beritahu staf yang diberi tugas memberitahu mereka.

"Dimana?"

"Kita akan melakukan roadshow kat beberapa tempat dan melakukan fanservice. Beberapa perkembangan yang berlaku di studio sepanjang berada diworkshop juga akan mula di upload dalam twitter dan laman sosial yang lain. Link akan diberikan kepada semua untuk dikongsi dalam timeline masing-masing. Video-video pendek kamu semua sudah diedit jadi jangan lupa tengok dan share"

"Skrip soalan yang akan ditanya dalam setiap interview akan disediakan. Kamu semua cuma perlu ingat soalan dan ingat jawapan masing-masing. Mungkin ada soalan yang akan ditanya secara spontan oleh para interview terutama pada Khun Tharn dan Khun Type, jadi harus sediakan diri jika berlaku kemungkinan ini"

"Awww na~ madam ai'Type. Selesanya duduk"

Usik Lhong ketika menyedari tempat Gulf duduk iaitu diatas paha Mew sedang memegang skrip soalan yang baru diedarkan tadi.

Gulf memberi senyuman lebarnya pada Lhong dengan mengangkat keningnya.

"Saya tengah bantu P'Tharn exercise"

Jawabnya tanpa berkelip mata. Hanya menayangkan giginya yang cantik sebagai balasan usikan mereka.

Mew pula ketawa kecil mendengar jawapan Gulf dan hanya menggerakkan tangannya memegang bahu Gulf sebelum memandang skripnya balik.

Sejak sudah biasa skinship dua actor itu selalu saja berkepit malah dimana jua mereka berada pasti bersama. Sehingga kan mereka merasa dimana-mana saja mereka dihidangkan 'Dog Shit'!.

Tidak mahu dihidangkan dengan PDA lagi Lhong cepat-cepat ke arah yang lain yang sudah lama melarikan diri kerana takut buta mata🤣.

"P' masa kat sana nanti perlukah beri fanservice?"

Gulf menyoal. Kerana baginya Mew ialah rujukannya yang paling utama dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini.

"Ya. Kalau kita nak promosikan series ini kita perlu berikan fanservice kat fan. Kalau boleh kita mesti buat cp macam pasangan cp dalam drama series yang lain"

"Perlukah kita melakukan intimate skinship?"

"Maksud N'Type?"

"Maksud saya kita melakukan skinship intimate yang selalu kita praktis iaitu kissing?"

Mew. "Uhuk!!!..."

Dia tersedak terus dengan liurnya sendiri. Mujur dia bukan tengah minum air sekarang kalau tidak pasti dah tersembur ke arah Gulf yang tengah duduk dipahanya sambil melihat skripnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 22, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

A New Life A New StoryWhere stories live. Discover now