Part 4

1.8K 18 0
                                    

Amelya diam membisu sudah dua hari dia tidak ke kelas mengenangkan kejadian semalam. Kenapa dia perlu bereaksi begitu? sedangkan mereka tiada apa-apa hubungan langsung dan dua hari berturut-turut juga Adam mesej dan call Amelya berkali-kali. Namun Amelya hanya menghiraukan panggilan dan mesej tersebut. Anna turut memarahinya kerana mensia-siakan peluang yang ada untuk bersama Adam tetapi Amelya turut mengendahkan kata- kata Anna.

Amelya sendiri bingung dengan tindakannya sebelum dia mencapai Oppo Reno 2 Series miliknya.Nombor yang kerap menjadi missed call didail semula. Hatinya turut rasa bersalah melayani Adam dengan sebegitu rupa.

" Hello.." Amelya menyeru perlahan, dia turut berasa serba salah bertindak sebegitu terhadap Adam sedangkan mereka tiada sebarang hubungan langsung.

" Amelya! kenapa awak tak angkat call saya? saya mesej awak, text awak, chat semua social media awak." Serbu Adam tanpa henti. Manakan tidak gadia itu langsung diam selama dua hari tanpa khabar berita. Adakah dia sudah melakukan kesalahan terhadap Amelya sehingga dipinggirkan? Hatinya baru mula tertarik dengan Amelya. Perasaan yang dia rasakan baru juga mekar untuk Amelya. Adam menarik nafas panjang dan menghebus perlahan sebelum menyambung perbualannya dia perlu kawal perasaannya sekarang ini. Dia tidak mahu terlalu mendesak.

" Amelya, saya minta maaf kalau apa yang saya cakap menyinggung perasaan awak. Tapi percayalah saya memang betul nak awak jadi pasangan saya malam tu dan saya serious." Kata Adam dengan nada yang tenang. Adam mula bimbang apabila Amelya masih diam. Adam menyeru lagi sehinggalah dia mendengar suara Amelya.

" Adam..awak tak perlu pun buat semua ni. Awak tau kan kita tak ada hubungan langsung. Jadi awak tak perlu risau. Saya rasa awak patut cari pasangan lain." Kata Amelya dengan nada lemah. Hatinya agak sakit apabila terkenangkan dia seorang sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Adam mendengus perlahan ayat terakhir Amelya membuatkan Adam berasa tercabar.

" Okay look Amelya, I have something to tell you but no over the phone. Can we meet tonight?" Pinta Adam. Amelya mengeluh perlahan.

" Adam saya tak rasa nak berjumpa dengan awak sekarang.." Belum sempat Amelya menghabiskan ayat Adam sudah memotongnya lagi.

" Kalau macam tu saya nak awak pulangkan baju saya dan semestinya saya nak awak pulangkan sendiri, sama ada saya pergi ke rumah awak atau awak yang datang jumpa saya, by hook or by crook saya nak baju saya malam ni juga, saya tak nak orang lain yang pulangkan." Kata Adam dengan tenang tetapi kedengaran sangat tegas.

" Adam awak tak boleh datang rumah saya macam tu saja.." Tangkas Amelya namun tetap dipotong Adam.

" Then be here within 20 minutes." Kata Adam lantas mematikan telefon Amelya tercengang seketika.

Amelya mencapai kunci kereta, tetapi dia tiada hala tuju. Dia tidak tahu dia mana lokasi rumah Adam. Belum sempat jarinya menekan ikon dail ada notifikasi masuk. Adam menghantar lokasi dan alamatnya kepada Amelya.

Segera Amelya membuka lokasi tersebut. Ternyata rumah mereka tidak begitu jauh seperti yang dikatakan Adam rumah mereka hanya berjarak dua puluh ke dua puluh lima minit sahaja.

Amelya menekan pedal minyak lalu membelah jalan. Sekarang baru menginjak angka 8 malam. Ya dia memang tiada masalah untuk keluar malam. Dia bukan seperti gadis lain yang hanya terperap di rumah. Dia tidak mahu Adam datang ke rumahnya dan paling penting dia tidak mahu Adam mengetahui lokasi rumahnya.

Anna pula waktu sebegini memang tidak lekat di rumah tambah pula malam minggu. Anna mesti melepak dia kelab- kelab malam pukul 3 atau 4 pagi baru kawan baiknya itu pulang sama ada dalam keadaan mabuk atau sedikit sedar. Tapi belum pernah Anna membawa pulang lelaki dan dia tidak pula tidur di mana-mana.

Anna pernah juga mengajaknya ke tempat sebegitu namun Amelya jarang-jarang menjejakkan kaki di situ memandangkan tempat itu terlalu bising dan membingitkan. Dia perlu memberitahu Anna yang dia sedang menuju ke rumah Adam sekarang. Nombor Anna didail.

" Hello Anna, aku gi rumah Adam jap tau. Adam minta pulangkan baju dia." Kata Amelya. Muzik kuat mula berkumandang di hujung talian.

" Serious ah? kau ada apa-apa ke dengan Adam sekarang? Aku tak kira balik nanti aku nak kau cerita dengan aku kalau tak aku tak cakap dengan kau dua hari...jap jap.. okaylah Val diorang dah panggil aku, kau take care." Pesan Anna sebelum mematikan panggilan.

Amelya hanya mampu menggeleng. Dia harus fokus pada pemanduannya sekarang, dia sudah menghampiri kawasan perumahan Adam.

Amelya memakir di hadapan rumah dua tingkat Adam itu. Tanpa membuang masa beg kertas berisi kemeja Adam dicapai dari tempat duduk belakang. Rambutnya yang lurus separas pinggang itu dirapikan sedikit. Sebelum keluar dari perut kereta.

Amelya mengetuk pintu rumah Adam sebelum ada lelaki lain yang membukanya. Amelya terpinga-pinga melihat orang asing dihadapannya.

" Wow nice view, hai awak cari siapa? awak yang cantik dan seksi ni nama apa?" Tanya lelaki itu lagi dengan senyuman miang. Matanya liar memerhati susuk tubuh Amelya.

" For godsake Amelya! Kenapa tak call  dulu kalau dah sampai?!" Adam segera menyerbu mendapatkan Amelya agar jauh sedikit dengan Johan iaitu kawannya yang singgah sebentar dirumahnya. Amelya tergamam apabila Adam menarik bahunya supaya berdiri di belakang Adam.

" Adam awek kau cantiklah pehal tak bagitau aku." Kata Johan, matanya masih cuba memandang tubuh Amelya namun terhalang sepenuhnya dengan susuk tubuh Adam yang tinggi dan sasa itu.

" Johan kau balik dulu aku ada benda nak cakap dengan dia sekarang." Kata Adam dengan tegas dia tidak suka Johan memandang susuk tubuh Amelya. Amelya hanya diam membisu selepas ditengking oleh Adam tadi. Apa salahnya sehingga ditengking? sedangkan Adam yang beriya-iya mahunya datang ke sini.

" Okay, okay aku balik.." Kata Johan mula mengalah. Dia tidak berani menentang Adam, jika dia membantah patah riuk tulangnya sekadar pandangan mata yang tajam sudah cukup membuat orang berasa gentar dengan amukan yang bakal tiba. Johan berlalu pergi lantas menghidupkan enjin kereta beredar dari situ.

" Amelya..I'm sorry I got angry at you. Saya marah sebab saya risau, dan saya menyesal suruh awak datang sini malam-malam, saya tak tau kenapa saya desak awak macam tu. Saya marah juga sebab Johan tengok tubuh awak." Kata Adam dengan nada kesal dia meraup mukanya seketika sebelum menghadap Amelya kembali.

" Awak nak cakap pakaian saya tak senonoh la sekarang?!" Tiba-tiba Amelya berasa marah. Dia terasa seperti di hina apabila Adam berkata Johan memerhatikannya tadi. Adam mengerutkan dahi.

" What?!..wait..I mean no! no..I didn't say it like that. Okay look let's get in first, please don't be mad like this Amelya.." Pujuk Adam.

" No! you insulted me Adam. You asked me to come. Then I'm here but then you made me looked like this!" Bentak Amelya kakinya mula melangkah ingin berlalu pergi namun ada tangan menarik tangannya semula.

" Amelya please don't be like this babe.. awak masuk dulu boleh?, saya tak nak kecoh-kecoh dekat luar macam ni." Pujuk Adam lagi tapi kini Amelya lembut hati apabila Adam memanggilnya 'babe'.

Thanks kepada sesiapa yang membaca, mohon korang vote jugak, share la cerita ni dekat kawan2 ke atau sapa2 je, saya appreciate sgt 😄😄

Moonlight LoveWhere stories live. Discover now