Part 8

2K 22 0
                                    

Bercinta, bercinta juga tapi gambar Adam harus tetap diambil untuk menambahkan koleksinya lagi pula dia tidak patut mensia-siakan peluang yang ada untuk jangka masa yang pendek sebelum Convocation Event dua bulan dari sekarang.

Setiap kali gap Amelya cuba mencari kelibat Adam dan seperti yang dijangkakan Adam baru sahaja keluar dari dewan kuliahnya. Jadual harian Adam sudah tersemat di otaknya.

Amelya segera menangkap gambar Adam yang sambil berjalan keluar bersama rakan-rakan dan snap!

Mata coklat milik Adam memandang tepat ke arah Amelya. Kamera ditangan hampir terlepas apabila Adam tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya kepada Amelya. Amelya terpaku untuk beberapa saat sebelum otak kembali berfungsi.

Ishh! Adam ni sengaja je buat jantung aku berdegup laju macam nih!

Setelah berpuas hati dengan beberapa keping gambar semasa dia mengikuti Adam sehingga ke kafe Amelya bergerak semula ke kelasnya.

Amelya ralit memerhati gambar-gambar Adam yang sememangnya kacak maut itu. Hatinya cair lagi dan bertambah jatuh cinta lagi pada Adam.

Semangat Amelya untuk kurus semakin berkobar-kobar dia harus kurus sebelum majlis graduasi Adam yang tinggal dua bulan sahaja lagi. Amelya teresenyum sendiri. sehinggalah dia terasa seperti bahunya ditampar.

" Auww?!" Amelya mengaduh sebelum dan menjeling Anna dan mengangkat sebelah keningnya seperti bertanya kenapa?

Anna kelihatan sedikit tidak terhurus dengan mata sembam, muka pucat, dan rambutnya juga tidak terurus.

"Kau kenapa Anna?! kau okay tak?!" Tanya Amelya sedikit gusar melihat kawan baiknya itu. Amelya mengngguk sebelum menggeleng semula.

" Mana satu ni okay ke tak? semalam kau pergi mana? sampai pagi aku tak nampak kelibat kau. Tak pernah kau buat perangai macam ni tak balik malam. Kau tidur mana semalam? apa jadi? cuba cerita dekat aku? aku risau kau tau tak?" Bebel Amelya dengan soalan yang bertubi-tubi.

Anna tidak menjawab sebaliknya mengambil air teh o ais milik Amelya dan dihirup sedikit. Nafas ditarik panjang sebelum dihembus keluar.

" Kau tau tak apa jadi semalam?malam tu aku lepak kelab macam biasa then some guy approached me and I don't even remember his face clearly and pagi ni bila aku bangun I was totally naked, girl gosh!" Anna mendengus kuat wajah lelaki itu hanya samar-samar dalam ingatannya. Sudahlah namanya juga dia tidak tahu.

" What?! habis prinsip tak nak lost virginity tanpa ikatan perkahwinan macam mana?!" Amelya pula yang cemas sementara Anna masih diam seperti memikirkan sesuatu.

" Girl you know what I realised two things right now, first there was no spotting blood on the sheet and second he left me with some money seems like he knew I was broke at that time to pay for my laundry this morning." Kata Anna apabila dia berfikir secara logik.

Tak mungkin dia kehilangan dara jika tiada kesan tompokkan darah langsung pada cadar dan kebetulan duit yang ditinggalkan betul-betul untuk baju yang dicuci pihak hotel.

" Itu teori kau belum tentu betul, macam mana kalau memang dia tidur dengan kau tapi darah tu tak kena cadar and maybe he did it very carefully to make the sheet not stained at all, dan pasal duit tu pula mana tau sebenarnya memang tips untuk layan dia." Bangkang Amelya dengan teori logik akalnya pula.

Ada betul juga apa yang dikatakan Amelya itu. Anna berfikir sejenak sebelum fikiran kusut kembali. Macam mana kalau dia mengandung?

" Ahh! serabutlah takkan aku nak bawak perut pula?" Dengus Anna kemudian dia mengeluh untuk dia gugurkan kandungan memang dia tidak sanggup.

" Okay macam ni apa kata lepas seminggu dua kita pergi check doktor kalau kau mengandung kita cari hospital nanti lagipun kita lagi 7 bulan nak cuti sem so when your pregnancy reach 4 or 5 months kau pakai la baju besar-besar sikit mesti orang tak perasan lagipun kau tu bukan besar mana. Sempatlah due kau nanti." Rancang Amelya untuk masa depan Anna. Dia tahu Anna tidak akan sampai hati menggugurkan kandungan itu.

" Kau jangan risau aku sentiasa dengan kau susah senang kita sama-sama tapi dengan satu syarat kau kena tolong kawan kau yang gemuk ni kurus lah." Kata Amelya sambil tertawa kecil melihat reaksi Anna yang menantikan syaratnya itu.

" Val..... thank youuu" Ucap Anna dengan perasaan terharu. Anna memeluk dan mencium pipi Amelya seketika sebelum melepaskan pelukan nanti dicop lesbian ditempat awam ini. Tapi mereka peduli apa janji tidak mengganggu orang lain.

Pada pagi sabtu itu Amelya meneruskan misinya bersama Anna untuk melakukan senaman kemudian mereka mengamal diet yang seimbang dan sihat tetapi diet untuk kurus.

Pada waktu petang pula mereka ber jogging di dalam bilik senaman mereka. Kemudian pada waktu malam mereka melakukan plank selama 30 minit.

aktiviti ini dilakukan secara berterusan tanpa henti Amelya betul tekad. Anna pula sabar benar dengan sikap Amelya yang sikit-sikit merungut dan mengeluh

Kemudian pada minggu berikutnya Amelya menemani Anna ke klinik sakit puan untuk memeriksa jika Anna hamil atau pun tidak dan ternyata ujiannya negatif Anna tidak hamil.

Fikiran Anna kembali tenang namun dia tertanya-tanya adakah spekulasinya betul bahawa lelaki itu langsung tidak menyentuhnya?

Moonlight LoveWhere stories live. Discover now