Part 16

2K 12 1
                                    

Adam mengeluh berat sudah seminggu lebih dia cuba mencari isterinya namun hampa. Adam duduk di kerusi ruang tamu rumah keluarganya itu sambil teringat kejadian pagi itu. Dimana dia terjaga saat Amelya tiada lagi di sebelahnya. Tangannya meraba-raba disisi kepala mencari telefon.

Jam di skrin telefon ditilik dengan mata terkebil-kebil akibat cahaya yang terang menusuk ke anak mata. Matanya sedikit berair menahan pedih cahaya sebelum menilik semula waktu di skrinnya. Pukul 4 masih awal pagi.

Adam bangun dari perbaringan dia ingin mencari Amelya pintu bilik air dikuak tiada susuk. Kakinya melangkah menuruni tangga sangkanya mungkin Amelya turun ke dapur malangnya kelibat Amelya langsung tidak dilihatnya. Adam mula berasa gundah.

Kakinya laju melangkah ke bilik telefon bimbit dicapai nama 'sayang' didail. Namun sekali lagi hampa panggilan itu langsung tak dijawab berkali-kali dia mencuba sehingga operator yang bercakap dengannya.

" Amelyaaa...sayang pergi mana ni sayanggg?" Keluh Adam hatinya resah memikirkan keadaan Amelya. Tanpa menunggu lama Adam mencapai bajunya dirinya yang tidak terurus dibiarkan. Jarinya cuba mencapai kunci Audi R8 nya tetapi tiada di tempat itu.

Tanpa mengambil pusing Adam mengambil kunci BMW M6 nya. Kakinya seperti lipas kudung menuruni tangga. Enjin kereta di hidupkan lantas pancuan empat roda itu membelah jalan. Otaknya mula ligat berfikir ke mana Amelya pergi.

Satu-satu tempat ditujuinya sehingga fajar terbit mencurahi cahaya ke bumi namun isterinya itu langsung tidak ketemu. Akhirnya Adam pergi ke rumah sewa Amelya. Kunci di dalam pasu bunga tergantung diambil dan membukanya. Amelya pernah beritahu bahawa mereka mempunyai 'tempat rahsia' menyimpan kunci rumah jika berlaku kecemasan.

Adam tersenyum sedikit mengenangkan pesanan isterinya. Sekali lagi hatinya kecewa bila mendapati tiada orang dirumah itu. Kakinya melangkah mencari bilik Amelya dan bilik dari sebelah kanan itu berjaya menariknya minatnya untuk masuk ke dalam.

Ternyata naluri hatinya betul kuat menyatakan itu bilik isterinya memandangkan bau Amelya masih terlekat di ruangan bilik itu. Hati Adam berkecamuk saat terpandang kertas yang dilipat cantik terletak di atas meja solek.

" Amelyaa...apa awak buat ni sayang?" Luluh hatinya membaca isi kandungan surat itu. Amelya cuba menjauhkan diri daripadanya. Setega itukah Amelya sanggup tinggalkan dia kerana perkahwinan mereka ini?

Adam mengeluarkan telefon bimbitnya lantas nombor Amelya didail sekali lagi masih terdapat deringan cuma isterinya enggan menjawab panggilan itu. Bermakna isterinya masih di dalam Malaysia. Adam cuba mengesan Amelya menggunakan GPS yang dipasang pada Amelya semalam.

Kakinya laju menuju ke kereta sport Audi R8 lantas dipandu dengan kelajuan maksima.

" Awak tak kan pergi mana-mana tanpa saya, Amelya!" Dengus Adam pedal minyak makin ditekan laju. Number pembantu peribadinya didail.

" Eric saya nak awak cari isteri saya sampai jumpa! jejak dia I give you 5 minutes Eric to tell me where she is!" Arah Adam dengan tegas.

" As you wish, sir." Balas Eric dihujung talian. Sudah 5 tahun Eric bertugas sebagai pembantu Adam namun ini kali pertama majikannya itu bersikap sebegini. Nasib juga telinganya cekap menangkap deringan telefon seawal 4 pagi ini jika dia tidak mengangkat tadi pasti dia bakal menjadi arwah.

Majikannya itu cepat panas baran cepat juga sejuk. Tapi Adam seorang yang jarang marah-marah namun apabila sekali meletus kemarahannya seorang pun tidak akan berani bersuara. Tangan Eric dengan tangkasnya menjejaki lokasi Amelya dengan segala kebolehan IT nya dan... Gotcha!

" Sir she's already departed to England an hour ago. Do you want me to call Evan for the preparation?" Tanya Eric. Evan merupakan pilot kapal terbang peribadi Adam jika Adam mempunyai urusan ke luar negara.

Adam segera memulas sterengnya ke bahu jalan bunyi tayar dan tar bergeseran dengan kuat menanda dia berhenti mengejut. Adam terkelu seketika apabila mengetahui isterinya bukan lagi di dalam Malaysia.

"Sir! are you okay sir?! are you there?" Panggilan Eric ditalian menyedarkan Adam semula. Adam meletakkan dahinya di stereng kereta sementara sebelum mengeluh berat.

" Eric.."

"Yes sir."

" It's fine..."

" But sir she___"

" It's fine Eric! she want this...send Nick and Alaric as her bodyguard to protect her. Inform me every single days how has she been doing. Let her be for a while." Tegas Adam.

Dia harus membiarkan isterinya tenang buat seketika namun dia tidak akan biarkan isterinya begitu sahaja tanpa pemantauannya.

" As you command, sir."

Amelya memandang Airport Heathrow yang ramai dengan manusia itu kemudian dia tersenyum seketika. Ini merupakan kali ketiga dia ke luar negara. Kali pertama sewaktu Anna mengajaknya ke Itali selama seminggu untuk bercuti dan semestinya atas tajaan Anna sendiri. Kali kedua pula sewaktu mereka ke Indonesia dan itu pula dengan guna kumpulan duit poketnya. Segan Amelya jika Anna kerap belanjanya seperti itu.

Long winter coat berwarna coklat gelap disarung scarf yang berwarna kelabu dililit memandangkan sekarang cuaca di London sudah berada dipenghujung musim luruh dan musim sejuk pula bakal menyusul tidak lama lagi. Walaupun dipenghujung musim luruh dinginnya sudah terasa seperti musim sejuk. Amelya memeluk erat tubuh gempalnya.

'Kan bagus kalau ada Adam sekali...'Gumam Amelya perlahan. Amelya tersenyum lemah sendiri mengenangkan perbuatannya atas alasan yang dia sendiri rasa tidak logik dan munasabah.

 Amelya tersenyum lemah sendiri mengenangkan perbuatannya atas alasan yang dia sendiri rasa tidak logik dan munasabah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Moonlight LoveWhere stories live. Discover now