Part 9

2.5K 21 0
                                    

Amelya memandang telefonnya sudah seminggu Adam tidak menghubungi atau menghantar pesanan kepadanya tiba-tiba. Pada mulanya Amelya menganggap Adam terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk berkomunikasi tapi makin berlanjutan.

Amelya mengambila tas tangan dan kunci keretanya sewaktu dia melalui ruang tamu kelihatan Anna sedang menontot filem di televisyen.

" Kau nak pergi mana Val rushing sangat nih?" Tanya Anna memusing menghadap Amelya yang kelihatan kelam kelibut itu.

" Aku nak jumpa Adam lah dah seminggu dia text atau call aku risau la pula. Selalunya setiap malam kami cakap telefon." Terang Anna sambil memakai kasut sneakers hitam miliknya.

" Ooo okay take care babe. drive safe." Pesan Anna. Amelya mengangguk sebelum bangun keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan satu tempat sahaja yang ingin ditujuinya. Rumah Adam.

Setibanya di rumah Adam, Amelya terburu-buru keluar dari kereta. Pintu pagar dibuka nasibnya baik pintu itu tidak berkunci kemudian dia terus menuju ke pintu utama rumah Adam.

Amelya mengetuk perlahan namun tiada sahutan. Dia yakin Adam dirumah kerana kereta Audi TT Adam masih terparkir elok di anjung rumahnya. Namun masih tiada sahutan.

" Adam! Adam buka pintu ni! saya tau awak ada di dalam. Adam bukalah! kalau awak tak buka saya..." Pekikan Amelya terhenti apabila wajah sunggul Adam muncul didepannya.

" Amelya..awak buat apa dekat sini?" Tanya Adam sedikit terkejut dia kelihatan lemah. Amelya terus memeluk Adam sehingga menolak Adam kebelakang masuk ke dalam rumah. Hatinya lega melihat Adam masih hidup cuma tidak bermaya.

Adam cuba mengimbangi tubuhnya yang terdorong akibat dakapan mengejut Amelya. Adam sempat menutup pintu rumah risau jika dilihat jiran-jiran nanti.

" Amelya jangan macam ni saya dah..."

" Saya tak kira! awak tau tak saya cuba contact awak banyak kali tapi tak ada balasan dekat seminggu tau! Saya risau apa-apa jadi dekat awak." Potong Amelya laju bertapa risaunya dia sekarang pada Adam.

Kali terakhir dia melihat Adam adalah pagi Isnin lepas semasa dia curi-curi mengambil gambar Adam. Namun di kemudian hari bayangan Adam langsung tidak lihatnya seperti lesap dan tidak pernah wujud.

Adam mengeluh matanya terpejam seketika seperti memikirkan sesuatu yang berat. Tubuh badan Adam juga agak tegang. Baru Amelya sedar badan Adam sedikit berhaba daripada biasa.

Adam membuka matanya memandang Amelya yang hanya separas dadanya sahaja. Comel.

Amelya nampak kerdil dalam dakapannya. Tangannya naik mengusap belakang badan Amelya. Tubuh itu terasa sedikit kurus. Namun masih kelihatan sedikit berisi.

"Adam awak ada masalah ke? kalau awak ada masalah cerita la dengan kongsi sama-sama. Saya sentiasa ada dengan awak." Ujar Amelya lembut mukanya disembamkan ke dada Adam.

Adam masih diam tidak berkutik namun tangan masih erat memeluk Amelya. Jantung Adam kedengaran lebih laju deru nafasnya juga tidak sekata. Tubuh Adam makin panas.

Amelya menarik leher Adam menunduk sedikit supaya dahi Adam separas dengan dahinya. Ternyata dahi Adam panas. Adam demam!

" Adam awak demam nih! kenapa tak bagitau saya, awak demam panas." Bebel Amelya segera menarik Adam menuju ke tingkat atas bilik tidur Adam.

Bilik Adam kelihatan sangat bersepah dan semak, baju-baju kotor terdampar di lantai, tuala ditapuk, cadar katil pula sudah hampir terkeluar semua, selimut dan bantal sudah jatuh ke karpet, bilik itu bertambah suram apabila langsir langsung dan tingkap tidak dibuka.

Amelya membaringkan Adam di sofa panjang di dalam bilik itu terlebih dahulu sebelum mencapai bantal yang terdampar di karpet untuk melapit kepala Adam.

" Adam cadar-cadar dan tuala awak di mana? saya nak tukar ni." Tanya Amelya yang sudah berkira-kira untuk mengeledah seluruh bilik itu

" Ada dalam almari hujung sekali bahagian kanan rak pertama." Ujar Adam dengan nada yang lemah. Amelya segera bangun menuju ke almari sementara Adam sudah terbaring lemah di atas sofa.

Amelya segera menukar cadar dan sarung-sarung bantal di atas katil itu. Setelah semuanya sudah kemas Amelya mendekati Adam lalu dipapah lelaki itu supaya berbaring di katil.

Penghawa dingin dibuka lantas Amelya bertindak lincah untuk mengutip baju-baja kotor yang berselerak di lantai dan mencampakkannya ke dalam bakul baju kotor untuk dibasuh. Kerja membersihkan bilik itu dimulakan dengan segera.

Setelah bilik Adam kelihatan kemas dan bersih Amelya mendekati Adam kelihatan Adam sangat berpeluh dan bajunya sudah basah dan lembab.

Amelya membuka almari besar Adam yang seterusnya untuk mengambil baju tidur yang baru. Kemudian dia meletakkannya sementara di katil bersaiz king itu.

Kakinya melangkah turun melihat barang basah di dalam peti sejuk Adam, dia ingin memasakkan sesuatu untuk Adam. Amelya mengeluarkan lobak, halia, ayam, ikan bilis, kiub pati ayam, lada dan santan. Nasibnya baik semua bahan yang diperlukan betul-betul cukup untuk memasak bubur lambuk buat Adam.

Amelya mencapai besen kecil lalu diisi air sejuk dan ais ketul. Amelya menaiki tangga lantas segera menuju ke bilik yang sedang Adam rehat. Amelya membasahkan tuala didalam besen yang berisi air sejuk itu. Kemudian diletakkan dgn perlahan ke atas dahi Adam. Adam sedikit berkerut apabila reseptor di dahinya mengesan sesuatu yang sejuk. Namun kemudian mukanya mula menunjukkan riak tenang seperti selesa dengan suhu kain lembab di dahinya itu.

Apabila Amelya ingin bangun menuju ke dapur tiba-tiba ada tangan merentap tangannya hingga Amelya tidak dapat mengimbangkan badan dan jatuh betul-betul didada Adam.

Amelya cuba bangun namun makin erat Adam memeluk pinggangnya. Amelya memandang mata Adam yang masih terpejam itu. Muka Amelya mula membahang apabila dia menyedari wajah Adam begitu dekat dengan wajahnya sehingga hembusan nafas Adam terasa di mukanya.

" Tolong jangan tinggal Adam..jangan ambil Mia dari Adam.." Rayu Adam seperti orang mengigau dalam tidur. Amelya memandang muka Adam yang semakin berkerut itu seperti sedang menahan keperitan yang mendalam.

" Ya Adam ya jangan risau saya tak kan tinggalkan awak." Kata Amelya sambil mengucup dahi dan pipi Adam. Riak itu kembali tenang namun mulutnya masih terkumat-kamitkan sesuatu.

Amelya memeluk Adam dengan lebih erat kini dia meletakkan Adam di dadanya biar Adam rasa lebih selesa dan selamat dalam dakapannya. Tiba-tiba Amelya terasa seperti ada tangan melingkar di bahagian belakang badannya.

Cak!

Cangkuk bra nya dibuka. Badan Amelya seperti terjaga jantungnya berdegup laju deru nafasnya juga sudah tidak teratur. Butang bajunga dibuka. Adam menyembab mukanya di dada Amelya mata Amelya terbelalak.

Oh no!



Sorry saya x sempat update lately nih, sangat busy ye teman teman...

Moonlight LoveWhere stories live. Discover now