Part 18

1.9K 20 2
                                    

Adam mengeluh lemah. Rupanya agak sedikit tidak terurus namun hatinya sudah lega apabila mendapat berita tentang isterinya setiap hari daripada Evan dan Alaric.

3 minggu yang lalu isterinya menghantar mesej ringkas yang menyatakan dia ingin bersendiri untuk seketika dan memerlukan ruang untuk menerima semua ini. Ya lah sayang... I'll give you time as much as you want but I'm not patient enough. Adam bermonolog sendiri sambil tersenyum senget.

Seperti biasa malam itu Adam akan pulang ke rumah mama mertuanya untuk tidur di katil yang berbau Amelya.
Adam memasuki rumah lalu duduk di meja makan memandangkan dia gemar pulang lewat kerana kerja yang banyak di pejabat. Tiba-tiba kelibat Puan Katrina menuruni tangga mengejutkan lamunan Adam.

" Adam...dah la tu jangan macam ni. Mama sedih tengok Adam setiap hari datang rumah mama sebab rindukan Amelya dengan keadaan Adam tak terurus macam ni." Puan Katrina mengeluh berat sambil menarik kerusi hujung meja bersebelahan dengan menantunya itu.

" Nak buat macam mana ma...barang Amelya bau dia ja yang masih terlekat dalam bilik dia. Buat Adam terubat sikit rindu dekat Amelya. Maaf Adam menyusahkan mama sediakan makan minum Adam. Adam cuma rasa dekat dengan Amelya bila Adam datang rumah mama." Suara Adam kedengaran lirih sekali di telinga Puan Katrina.

" Mama rasa dah tiba masanya Adam bawa balik isteri Adam. Tempat isteri disisi suami. Amelya tu keras kepala kalau Adam ikutkan kehendak dia tu sampai bila-bila pun Amelya tak akan balik. Adam pergilah sana pujuk dia balik sini. Mama yakin hati Amelya tu keras-keras kerak nasi saja." Nasihat Puan Katrina sambil tersenyum lembut.

" Mama ni memang baik sporting pula. Mama muda lagi tak akan tak ada orang minat kot?" Usik Adam sambik tersenyum nakal. Puan Katrina menampar bahu menantunya.

" Ishh budak bertuah ni!"
" Sebenarnya ada..." Sambung Puan Katrina sambil tersenyum malu sambil memandang Adam tersipu-sipu.

" Mama did you mean...." Hampir terbeliak mata Adam jika apa yang difikirnya itu betul.

" Why not? your papa has been single for so long, hasn't he?" Puan Katrina memandang Adam dengan penuh harapan.

" Oh god! how great! nice mama! Adam terima mama 200% dalam family Adam. Adam dah anggap mama macam mama Adam. Adam sokong ma." Kata Adam kembali semangat apabila mama mertuanya tangkap cintan dengan papanya. Memandangkan papa pun dah lama hidup sendiri dia perlukan seseorang yang boleh menjaga dia.

Setelah selesai makan malam dirumah mama mertuanya Adam kembali ke rumahnya. Dia harus fikir bagaimana untuk memujuk Amelya pulang ke pangkuannya. Dia perlukan Amelya dia tidak boleh hidup tanpa Amelya.






Movie Birdbox yang berada di Netflix menjadi pilihan mereka untuk ditonton tengah hari tu. Sedang Anna melentokan kepalanya di bahu Aryaan tiba-tiba bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah Aryaan kedengaran. Anna mengangkat kepala memandang Aryaan hairan.

" Aryaan, awak...kita ada tetamu ke hari ni?" Tanya Anna terkebil-kebil memandang Aryaan. Aryaan memandang Anna. Terasa Anna kelihatan comel pula pada pandangannya. Hidung Anna dicuit sedikit sebelum bibirnya mencium bibir dan pipi Anna geram. Anna menolak sedikit Aryaan mencari udara setelah puas mukanya dicium oleh Aryaan.

"Itulah buat comel lagi.." bebel Aryaan sendirian. Anna memandang Aryaan geram ingat dia tidak dengar suara garau Aryaan itu.

Ting Tong!

" Haa cepat bangun bersiap diorang dah datang." Arah Aryaan.

" Bersiap? nk buat apa lagipun apa saya pakai ni tak cukup sopan ke? siapa diorang? " Tanya Anna tidak puas hati. Dari tadi lagi dia tertanya-tanya tapi satu pun Aryaan tak jawab. Lagipun dress paras lutut dia ni tak cukup sopan lagi ke?

Moonlight LoveWhere stories live. Discover now