SLA 2

2.3K 159 2
                                    

Anne masih tidak bergerak dari tempatnya. Pelajar hanya terus berjalan seolah-olah dia tidak wujud di situ. Keadaan ini membuatkan hati Anne semakin sedih. Apalah nasib dia. Baru hari pertama sekolah dah jadi mangsa buli. Mata Anne mula berkaca menandakan bila-bila masa sahaja air matanya akan jatuh.

Tiba-tiba muncul seorang gadis mendekati Anne. Gadis itu melutut seraya mengutip buku dan beg Anne yang masih berada di atas lantai. Kemudian dia kembali berdiri dan memandang wajah Anne.

" Mari saya tolong awak." dia mengulurkan tangan. Senyuman manis menghiasi wajahnya yang gebu. Anne mencapai huluran gadis itu. " Terima kasih." gumam Anne. Sekurang-kurangnya ada juga pelajar yang baik hati dalam sekolah ni nak tolong dia. " Nah, buku dengan beg awak." ujar gadis itu. Anne mengambil buku dan begnya daripada pegangan gadis tersebut.

" Nama saya Oh Hana. Awak boleh panggil saya Hana. Selamat berkenalan. " Hana memperkenalkan dirinya. " Saya Anne. Anne Grace." . " Awak nak ke pejabat ke? " teka Hana. Cepat-cepat Anne mengangguk. " Ya. Saya pelajar baru dekat sini. Saya nak pergi hantar fail ni dekat pejabat. " Hana menepuk tangan spontan. Wajahnya dihiasi senyuman yang riang. " Biar saya tunjukkan awak jalan. " pelawa Hana. Anne dengan gembiranya bersetuju. Mereka bersama-sama berjalan ke arah pejabat.

" Oh ya, pasal tadi tu.. Awak janganlah ambil hati sangat dengan perangai budak geng BTS tu. Dorang memang macam tu. Perangai dorang memang nakal. Tapi percaya atau tidak, dorang semua tu budak kelas khas tau ! " ucap Hana. " Kelas khas..? Maksud awak... kelas yang penuh dengan pelajar-pelajar bijak dan atlet ke? " Mulut Anne ternganga. Tak mungkin! Tak mungkin mamat mamat sengal tadi budak kelas khas!

Hana mengangguk. " Kalau awak nak tahu, yang marah awak tadi tu nama dia Min Yoongi. Kitorang panggil dia Suga. Dia tu pemain bola keranjang terbaik sekolah ni." ucap Hana. " Suga? Heh, macam lagu honey~honey~ ohh suga~ suga~ " gurau Anne. Apa pelik nya nama samaran. Suga ? Daa, apa maksud Suga? Kenapa orang panggil dia Suga? Sebab dia suka gula ke ? Suga? Sugar? Huh ..

Hana tersenyum kecil sebelum menyambung. " Ketua mereka Kim Namjoon. Pelajar dengan guru sekolah ni panggil dia RapMonster. Dia adalah salah seorang pelajar yang sangat bijak dalam semua jenis mata pelajaran terutama bahasa. Dia mahir bahasa Inggeris dan Jepun. Kalau yang tembam sikit tu, nama dia Park Jimin. Jimin tu budak kelab melukis. Skill melukis dia memang.. Daebak gila. Dia selalu berkepit dengan Jeon Jungkook. Jungkook tu pula , dia aktif dalam akademik dan kokurikulum. Semua benda dia masuk. Dan yang terakhir sekali Kim Taehyung dan Jong Hoseok. Nama samaran Taehyung adalah V. Kalau Hoseok , Jhope. Dorang tu kitorang gelar sebagai troublemaker. V dengan Jhope yang paling nakal. Nasib baik lah diorang berdua tu harapan sekolah dalam segi akademik macam Rapmon. Kalau tak, mesti dah kena buang sekolah." Gadis itu berhenti seketika bagi mangambil nafas. " Sebelum saya lupa, BTS ada lagi seorang ahli. Tapi dia tengah bercuti sekarang ni. Nama dia Kim Seok Jin atau lebih selesa digelar Jin. Dia tu playboy sekolah tau. Baik awak hati-hati dengan dia."

" Banyak juga yang awak tahu pasal kumpulan BTS tu." puji Anne. Hana ni mesti penulis majalah sekolah Pyeonchi. Kalau bukan, macam mana dia dapat tahu pasal semua sejarah grup BTS ? " Ah, tak adalah. Biasa-biasa je. Lagipun bukan saya seorang je yang tahu pasal ni. Hampir satu sekolah tahu pasal sejarah grup tu. Tanyalah makcik cleaner, dorang pun tahu juga tau!" nafi Hana. Mereka tiba di hadapan pintu pejabat. " Ahh .. Kita dah sampailah. " kata Hana seraya memandang wajah gadis bertocang di sisinya. " Sampai sini jelah kita berbual ya. Jumpa lagi. " Hana mengangkat tangan. " Oh. Sebelum saya lupa. Hati hati dan jangan terserempak dengan mereka semua tau ! " Hana sempat melambai sebelum berlalu pergi meninggalkan Anne.

Anne membalas lambaian gadis tersebut sebelum mengalihkan pandangannya di muka pintu pejabat. Dengan perasaan gementar, dia memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam pejabat. Anne menuju je kaunter. Kelihatan seorang wanita sedang sibuk menaip sesuatu di komputer. " Err,, maafkan saya. " Anne cuba mengambil perhatian wanita itu. " Ah, boleh saya bantu?" wanita tersebut menoleh ke arah Anne. Dia menurunkan sedikit kaca matanya bagi melihat dengan lebih jelas.

School Love AffairWhere stories live. Discover now