SLA 1

3.7K 171 2
                                    

For my new readers ,, Aloha ! And for my old and lovely readers ,, GAHH ! I miss you guys ^^

100% dah edit :))

Btw, Happy reading ~

____

Anne berdiri di pekarangan sekolah barunya dengan senyuman lebar. Akhirnya dapat juga dia masuk sekolah elit yang paling terkenal di Seoul, Korea. Berbaloi juga dia belajar bersungguh-sungguh untuk memasuki sekolah ini. Bayangkan, nak masuk sekolah ni punya pasal dia sanggup tak pegang telefon bimbit kesayangan dia berbulan-bulan lamanya ! Hanya tuhan sahaja tahu betapa hancur berkecainya jiwa raga dia bila dapat tahu grup kpop kegemaran dia buat comeback tapi dia tak boleh pergi. Tapi, omma dia selalu cakap, ' bersusah-susahlah dahulu, bersenang senang kemudian.' Tak sia-sia dia dengar cakap omma dia. Nampak? Dia dah berjaya capai impian dia. Mesti omma dengan appa dia bangga .

Dengan semangat yang membara di dalam diri, Anne melangkah masuk ke dalam sekolah tersebut. Senyuman Anne semakin lebar apabila keadaan di dalam sekolah itu menghiasi pandangannya. " Besarlah siaa sekolah aku.." gumam Anne. Ini yang makin bangga ni dapat masuk sekolah besar macam ni. Sempat lagi dia meneliti wajah pelajar-pelajar lelaki yang melintasinya.

Woaahh.. Handsomenya ! Tengoklah wajah dorang semua , hidung mancung, rambut kemas , baju segak. Uihh , lengan mesti berketul-ketul ni. Fikir Anne apabila matanya meneliti lengan baju salah seorang pelajar lelaki yang sedikit ketat. Apa? Sorry oke. Kalau korang jadi dia pun korang mesti tengok juga. Paling sikit pun, jeling.Ini kalau dia dapat jadikan salah seorang teman lelaki dia kan best. Dialah manusia paling bahagia dekat alam tu .

Sedang leka Anne menikmati pandangan yang begitu indah , dia dikejutkan dengan satu jeritan yang datang dari mana pun dia tak dapat teka. " Weh , dorang dah datang weh ! Lari cepat !! " jeritan itu disambut dengan beberapa bisikan lain. Serentak itu, laluan koridor terus menjadi sesak gara-gara pelajar-pelajar yang sibuk berlari memasuki kelas masing-masing. Disebabkan Anne masih baru disitu, dia tak tahu nak buat apa. Kalau dia nak ikut lari juga, dia nak lari ke mana? Dia mana tahu kelas dia lagi. Tandas? Tandas dekat mana? Harap je sekolah besar, papan tanda nak ke tandas pun tak ada.

Akhirnya, Anne ditolak dengan begitu ganas oleh seorang pelajar lelaki menyebabkan dia jatuh terduduk di atas lantai.

" Aduhh.." dia mengaduh. Rasa macam retak tulang punggung dia ni. Anne menggosok perlahan punggungnya namun sakitnya masih tidak reda. Anne menggagahkan juga dirinya untuk bangun mengutip buku-bukunya yang bertaburan. Di dalam hati, dia menyumpah lelaki yang menolaknya sebentar tadi.

" Woi, tak nampak orang nak lalu ke? " sergah satu suara membuatkan Anne mendongak. Kelihatan enam orang pelajar lelaki berdiri betul-betul dihadapannya. Bila masa pulak dorang semua ni mucul? Fikir Anne. Memang tak dapat dinafikan, enam jejaka dihadapannya begitu kacak sekali. Tapi sayang, tak ada seorang pun yang tengah senyum. Semua muka bengis. Masam mencuka ! Macam orang tak tahu nak senyum je gayanya. " Sorry .." ujar Anne seraya berusaha keras untuk berlalu ke tepi. Dia menggetap gigi bagi menahan sakit punggungnya.

" Macam orang tua je. Lembap betul! " ujar salah seorang daripada mereka. Beg Anne ditendang ke tepi kerana menghalang laluan. Tanpa meminta maaf, mereka berenam berlalu pergi. Wajah Anne mula bertukar warna akibat terlalu marah. Dahlah ejek dia orang tua. Lepastu pergi sepak beg dia pula tu ! Ingat beg dia ni apa? Sampah? Ini kalau dalam komik, mesti semua orang boleh nampak api yang keluar dari badan Anne.

" Siapa yang korang panggil orang tua hah ?! Aku bangun lambat sebab badan aku sakit. Dahlah sepak beg aku. Ingat beg aku tu apa? Sampah?! Korang tu yang sampah masyarakat !! " jerit Anne sekuat hati. Dadanya turun naik akibat kemarahan yang meluap-luap. Enam jejaka itu berhenti berjalan. Anne senyum kemenangan . Rambut tocangnya yang sedikit serabai akibat pergelutan sebentar tadi dibetulkan.

Bagaikan dirancang, mereka berenam berpusing menghadap gadis berambut tocang itu. Ini kalau masuk pertandingan kawad, mesti menang. Pandangan tajam dihadiahkan kepada Anne. Gadis itu meneguk air liur, kesat. Mereka mendekati Anne menyebabkan dia berundur ke belakang. Setapak, dua tapak, tiga tapak, empa- DUK !

Sedar-sedar je Anne dah terduduk dekat atas lantai balik. Punggungnya yang sakit makin bertambah sakit dibuatnya. Muka Anne berkerut menahan sakit dan malu. Sakit sebab dia jatuh dua kali hari ni. Malu sebab dia jatuh depan enam pelajar lelaki dia baru bebelkan. Aduhh, malunya dia..!

Kedengaran suara orang ketawa. Sah-sahlah mamat berenam tu. Bisik hati Anne. Dia tidak berani untuk mengangkat muka. Malu lah wei.

" Tak sedar diri betul. Dahlah jatuh dekat tempat rata, ada hati nak ejek kitorang sampah masyarakat. " ujar jejaka berambut perang sebelum kembali ketawa.

" Sekurang-kurangnya aku tahu nak minta maaf bila buat salah." kata-kata Anne membuatkan mereka berenam berhenti ketawa. Salah seorang daripada mereka mencangkung. Dagu Anne diangkat.

" Eh, perempuan. Kau dengar ni baik-baik. Tak bermakna kau perempuan kitorang tak boleh belasah kau tau. So, mulut tu jaga elok-elok sikit oke? " Wajah Anne ditepuk kasar. " Geng, gerak !" arah lelaki berambut putih. Mereka menghadiahkan pelbagai raut wajah yang menggerunkan kepada Anne sebelum berlalu pergi.

______


School Love AffairWhere stories live. Discover now