SLA 10

1.6K 125 2
                                    

  

( beberapa minggu kemudian .. )

" PARK JIMIN !!!" jerit Anne. Matanya mencerlung. Bagaikan ada api di dalamnya.

FLASHBACK

Anne berlalu ke kelasnya selepas tamat waktu Sains. Lepas ni boleh lah dia balik! Beg dibuka bagi menyimpan buku latihan dan nota. Kelihatan sebuah kotak sederhana besar di dalam begnya. Anne hairan. Siapa pula yang bagi ni? Surat yang tertampal di kotak itu dicabut.

HAPPY BIRTHDAY ANNE GRACE :D

From : Jimin yang comel ;P

" Hari jadi aku? Rasanya dah lepas.." gumam Anne sendirian. Mungkin Jimin baru tahu kut tarikh hari jadinya. Anne senyum sendirian. Baik jugak hati mamat tembam yang seorang ni. Selalunya kerja nak membuli orang je. Kotak itu dicapai dan dibuka penutupnya. Serentak itu, Anne menjerit apabila beberapa ekor serangga kecil berterbangan keluar.

" LIPAS!!"

Pelajar perempuan di dalam kelasnya bertempiaran lari keluar diikuti Anne. Anne menggetap giginya. Mamat tembam ni memang nak kena karate dengan dia. Tunggulah kau Jimin.

END OF FLASHBACK

Anne melangkah masuk ke dalam kelas BTS. Jimin sempat bersembunyi di bawah meja V. " Mana Jimin?" tanya Anne. Jin menggeleng kepala. Diikuti yang lain. " Dia ada dekat sini tak tadi?" Mereka mengangguk. " Mana dia?" soalan Anne dibalas dengan bahu yang diangkat. Anne menggenggam penumbuknya. Apa ingat ni persembahan lagu geleng-geleng angguk-angguk angkat-angkat bahu ke? Anne menuju ke meja guru. Dia menunduk. Namun hampa kerana Jimin tidak berada di situ. Kemudian beralih ke meja BTS pula. Bermula dengan Rapmon, diikuti Suga,Jin, Jhope, Jungkook dan akhir sekali V.

" Bangun sekejap." arah Anne. V menggeleng tanda tidak mahu. " Sekejap jelah." ujarnya lagi. Namun, V tetap dengan jawapannya. Anne mendengus sebelum kerusi V ditolak ke tepi. Dengan V sekali dia tolak. Jejaka itu jatuh terduduk. Anne tersengih. Siapa suruh main-main dengan dia. Anne melihat di bawah meja V. Di situ dia melihat Jimin memandangnya sambil membuat simbol 'peace' " Hehe.. Peace no war, girl.." ucap Jimin sambil tesengih. Anne ketawa sinis. Peace no war eh kau kata.. Anne terus masuk ke dalam meja V

" Meh sini kau! "

" Wargh! Ampun ! Jangan bunuh aku!!" Jimin menjerit. Yang lain hanya menjadi pemerhati. Ganas woo gadis ni. " Macam manalah kau boleh terpikat dengan minah ni?" bisik Jhope kepada Suga. Jejaka itu hanya tersenyum. Dia pun tak tahu kenapa dia suka dekat Anne. Mungkin sebab Anne lain daripada yang lain kut.

Anne berdiri semula. Rambut depannya diselak ke tepi. Puas hatinya dapat belasah Jimin. " Kau buat lagi, siap kau." Anne memberi amaran. Jejaka itu mengangguk tanda faham. Dia memegang pipinya. Kebas! Naik rabak pipinya dicubit oleh gadis itu. Makin tembamlah pipi dia nanti. Loceng berbunyi menandakan waktu pulang .

" Baik woi balik." Jhope mencapai begnya. Dia berdiri di hadapan kelas menghadap BTS dan Anne . " Baiklah murid-murid, kamu semua dah boleh balik. " Dia meniru gaya guru-guru mereka membuatkan yang lain hanya tersengih.

" Anne, jom balik dengan kitorang." ajak Rapmon tiba-tiba. Anne berfikir sejenak. Sejak Hana pindah, BTS dengan dia terus jadi rapat. Mula-mula memang lah rasa janggal sebab dia seorang je perempuan. Tapi bila dah lama-lama tu, dia tak kisah sangat dah. Tak sangka pula seronok berkawan dengan mamat-mamat ni. Yang seronoknya, BTS dah jarang buli dia ~! Oh yeah!

" Aku oke je. Lagipun aku tak ada kawan nak balik hari ni." Anne memberi persetujuan. Suga sudah senyum hingga telinga. Gila kau tak suka. Anne nak balik dengan dia tau hari ni. Jangan jeles..

" Oke. Kitorang tunggu kau dekat pintu pagar tau. Kau lambat, kitorang pergi dulu." ujar Suga. " Yelah.." balas gadis itu sebelum keluar dari kelas mereka.

" Wei, teman aku pergi shopping mall nak? Aku nak beli barang lah." ujar Jin tiba-tiba. " Lahh,, nak beli apa? " Rapmon menyoal. Dia sebenarnya malas nak pergi jalan-jalan ni. Dia kalau boleh , nak terus balik dan golek-golek atas katil. " Alah, pencuci muka aku dah habis lah. Sekejap je kita pergi. Lepastu kita balik lah." rayu Jin. Kalau dia tak beli hari ni, alamat tumbuh jerawatlah muka dia yang licin lagi putih ni. " Apa yang kitorang dapat? " V mengangkat kening. Dia pun sama seperti Rapmon, lebih gemar mengahabiskan waktunya di dalam rumah berbanding di luar rumah. "

" Belanja kitorang makan! "sampuk Jimin. Sengihan sudah tertampal di wajahnya. " Makan! Makan! Makan! " Jungkook dan lain turut menyokong cadangan Jimin. Jin hanya mendengus. Ini kalau tak setuju, memang kena pergi seorang lah nampaknya. Jimin pun satu, asyik makan je kerja. Mana tak tembam pipi tu? " Ish, yalah! " Mereka terus bersorak. Seronok lah ada orang belanja makan.

" Dah, dah! Jomlah gerak. Anne mesti dah tunggu kita tu. " bebel Suga. Dia terlebih dahulu yang keluar dari kelas. " Orang kemaruk nak bercinta memang macam tu ke? Tak sabar-sabar nak jumpa buah hati. Macam lah Anne tu lari. " cebik Jhope disambut dengan gelak ketawa rakannya.

___

Anne menuju ke tempat duduknya. Buku yang bersepah di atas meja dimasukkan ke dalam beg. Tiba-tiba sepucuk surat jatuh ke lantai sebaik sahaja Anne megeluarkan buku yang berada di dalam mejanya. Dia tersentak sebeum surat itu dikutip. Aik, sejak bila pula surat ni ada? Anne terus membelek surat yang berwarna merah jambu tersebut. Entah-entah, Jimin yang bagi. Apabila difikirkan semula, tak logik lah pulak. Dia baru je belasah Jimin tadi. Mana sempat mamat tu berlari ke kelas dia semata-mata nak bagi surat ni. Dengan fikiran yang penuh dengan persoalan, Anne membuka sampul surat tersebut. Kertas yang dilipat dua dibuka.


KAU JANGAN BERANI NAK DEKAT DENGAN BTS LAGI.

KALAU KAU DEGIL JUGA , KAU AKAN TERIMA PADAHNYA !


Anne diam. Surat itu dibacanya beberapa kali bagi memahami maksud yang tersirat. Dia memandang sekeliling. Siapa yang bagi surat ni? 


School Love AffairWhere stories live. Discover now