SLA 8

1.7K 137 2
                                    

   Anne memandang Hana. Senyuman diberikan. " Dah sedia?" soalnya. Hana membalas senyuman Anne sebelum menaikkan ibu jarinya. " Jangan lupa pakai mask kau." pesan Hana yang sedari tadi membetulkan gaunnya. Hana dan Anne kini di hadapan sekolah mereka. Rambutnya yang panjang diikat menjadi bun manakala Hana melepaskan rambutnya seperti biasa.

  Anne menarik nafas beberapa kali bagi menenangkan dirinya. Tarik. Hembus. Tarik. Hembus. Oke, let's do this! Dengan perasaan yang teruja, mereka melangkah masuk ke dalam sekolah dan menuju ke dewan.

  Jin memandang ke arah Jimin, Jhope dan V. Mereka memilih tempat duduk yang berada di hujung dewan supaya tidak diganggu oleh orang lain. Sebenarnya, kalau diikutkan hati diorang memang tak nak datang pun. Lagi bagus golek-golek dekat atas katil daripada datang sini. Tapi disebabkan ada makanan percuma, takkanlah diorang nak sia-siakan peuang keemasan ni? Orang dah bagi kita makanan percuma, ambillah! Tak payah malu-malu. Betul tak? Orang kata; rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 

" Woi, korang ni dah berapa lama tak makan? " suara Rapmon mengejutkan Jin daripada lamunannya. Serentak itu dia memandang Jimin , Jhope dan V. Memang patut Rapmon tanya soalan tu. Yang lain semua dah siap makan. Tinggal mamat bertiga je ni. Sekali tengok, macam dah berdekad tak makan.

  V, dah tambah dua kali. Jimin? Masuk ni dah tiga kali dia tambah spageti. Jhope? Hm, jangan tanyalah. Langsung tak angkat muka. Asyik sangat tenung spageti dia tu. Entah apa yang menarik, dia pun tak tahu.

" Korang ni, mak aku cakap masa makan tak elok bercakap." kata Jimin. " Bila dah cakap ni, mulalah aku nak marah. Bila dah marah, bak sini mangkuk spageti tu. Aku nak tambah lagi. " Jungkook menghulurkan mangkuk kaca bersaiz besar yang berisi spageti kepada Jimin. Mulutnya melopong melihat Jimin dengan selambanya menghabiskan semangkuk spageti seolah-olah itu adalah perkara yang kecil baginya.

  Suga tidak larat untuk menggeleng kepala. Teruk betul perangai mamat tembam ni. Jhope dan V sama-sama mengangkat muka dan memandang Jimin. Mata mereka tidak berkelip melihat kawan mereka yang seorang itu. " Apa?" soal Jimin. Spegeti dikunyah perahan sebelum dimasukkan lagi ke dalam mulutnya. Yum yum..

  " Kau ni dah macam biawak lapar dah aku tengok." ujar Jhope. Air diteguk perlahan. Pergh, kenyang beb. V dan lain hanya mengangguk kepala. Jimin mencebik. Aku diorang samakan dengan biawak lapar? Boleh ke biawak lapar makan guna garpu? Lagi satu, muka dia yang handsome ala-ala artis Hollywood diorang cakap macam biawak lapar? Muka aku ada macam biawak ke? Sungguh tak bertamadun punya member.

" Apahal korang ni? Aku makan korang susah hati, aku tak makan pun korang susah hati. Eh, confuse lah, confuse!"  marah Jimin. Cawan kertas yang berisi jus oren dihabiskan dengan sekali teguk sahaja. Puas betul hati dia dapat makan. Kenyang! Boleh buncit perut dia ni.  " Tak adalah nak marah. Tapi, tahap kau makan ni dah mengalahkan dinasour kau tahu?" bebel Jin. Suga tidak larat untuk menggelengkan kepalanya lagi.  Air Jhope yang tinggal separuh dihabiskan. Tiba-tiba kedengaran riuh rendah di tangga dewan.

" Cantiknya! "

" Eh, siapa dorang berdua tu?"

Suga dan ahli BTS yang lain memandang ke arah punca tarikan semua mata di dalam dewan itu. Air di dalam mulut Suga tersembur sebaik sahaja dia dan yang lain dapat menangkap punca tarikan pelajar yang lain. Kelihatan dua orang gadis menuruni tangga bersama. Mereka menjadi misteri kerana memakai topeng. 

Siapa dua orang gadis tu? Desisnya.

  Suga memandang ke arah mereka tidak berkelip. Kedua-dua gadis itu benar-benar menarik perhatian. Namun, gadis yang bergaun biru telah mendapat perhatian Suga sepenuhnya. Dia tidak pernah melihat gadis cantik seperti itu walaupun wajah gadis bergaun biru itu dilindungi dengan topeng. Mereka berdua menuju ke tempat makanan di mana betul-betul di sebelah BTS. Ahli BTS termasuk Suga membetulkan pakaian mereka. Gadis bergaun merah jambu membisikkan sesuatu sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis bergaun biru keseorangan.  Suga menyengih. Inilah peluang dia!

School Love AffairWhere stories live. Discover now