SLA 7

1.6K 130 0
                                    

Ayo ! Sorry part ni saya tak edit. Penyakit malas sedang menguasai badan =3=

Btw , happy reading !  

___

 Anne menilik jamnya. Haish, mana Hana ni. Kata nak datang pukul 4. Sekarang ni dah pukul empat suku dah. Mata Anne meliar mencari bangku yang kosong. Tiba tiba matanya tertancap pada sesuatu. Oh My.. Poster Zelo ! Besarnya !! Fangirling is coming~  Anne berlari anak menuju ke sebuah kedai buku yang menampal poster Zelo. Wajahnya dilekapkan di dinding kaca kedai buku itu. Zelo ku~~ Aish. Neomu kyeopta ! Anne memasuki kedai itu. Zelo. Zelo. Zelo. Di dalam kepalanya kini hanya ada Zelo! Anne mencapai satu majalah poster. Hehe. Ada gambar Zelo. Nak belilah. Dia menuju ke kaunter. Wang bertukar tangan. Juruwang menghulurkan beg palstik yang berisi majalah poster yang dibeli oleh Anne. Anne menyambut laju. Segera dia melangkah keluar.

  Boleh lah dia baca sekejap sementara menunggu Hana. Punggungnya dilabuhkan di sebuah bangku yang berdekatan. Baru sahaja dia mahu menatap wajah 'suami' nya, iPhone berbunyi menandakan mesej masuk. " Henpon nikan. masa aku nak tatap muka suami aku sibuk berbunyi. Kacau betul!" Anne menyeluk poket seluarnya. iPhone dikeluarkan. Rupanya Hana yang menghantar mesej. 

 ' Anne, kau dekat mana? ' 

  Anne memandang sekeliling. Kelihatan sebuah kedai buku dan beberapa buah kedai pakaian. 

 ' Aku dekat dengan kedai buku. Cepatlah. ' Anne menekan butang Send. 

   Beberapa minit kemudian kelihatan Hana sedang melambai ke arahnya. Anne membalas lambaian Hana. " Maaf lambat. Jalan jam tadi." Ucap Hana. Anne mengangguk faham. " Jomlah kita pergi cari mask yang sesuai untuk majlis tu nanti!" Hana menarik tangan Anne agar mengikutnya. Anne hanya menurut. Mereka sampai di sebuah kedai aksoseri.  Mereka menuju ke rak barangan aksoseri muka. Pelbagai jenis mask yang ada disitu. Ada yang cantik  dan kelakar. Tapi paling banyak yang menyeramkan. Hana memilih topeng yang hanya separa hidung untuk mereka berdua. Katanya itu nampak lebih menarik berbanding yang menutup seluruh muka. Anne mengikut sahaja. Maklumlah , dia mana lah tau pasal mask mask ni semua. Mask Anne berwarna biru cerah dan putih. Reben biru dihujung mask dan beberapa helai burung pelepah berwarna biru, hitam dan putih mencantikkan lagi topeng Anne.Hana pula berwarna pink yang kemerah merahan bersama corak rama rama berwarna kelabu putih. Mask Anne perlu dipegang manakala Hana tidak.  Selesai membeli, mereka berlalu ke kedai kasut pula. 

 " Eh, nak beli kasut ke?" tanya Anne. Hana mengangguk. Dia membelek sepasang kasut wedges berwarna karamel. Cantik. Desis hatinya. " tak payahlah. Dekat rumah aku ada banyak kasut. Dress pun. Pinjam aku punya jelah." ucap Anne. Dia sebenarnya dah penat berjalan. Dia bukanlah jenis yang suka membeli belah. Dia lebih gemar membeli secara online. Tak penat. Hana memandangnya. " Betul? Kau bagi aku pinjam?" soal Hana. Anne mengangguk tanda setuju. " Jomlah pergi rumah aku. Kita decide nak pilih dress and kasut apa. " ajak Anne. Tangan Hana ditarik. Akhirnya Hana bersetuju dan mengikut Anne ke rumahnya. 

___

  Sesampai sahaja di rumah Anne, Hana bersalaman dengan omma Anne sebelum menuju ke bilik Anne. Anne membuka almarinya yang sederhana besar. Dia mengeluarkan kesemua jenis dress yang dia ada. Mulut Hana melopong. Dress milik Anne semuanya cantik ! Pasti mahal. Dalam diam, dia cemburu dengan Anne. 

   " Ha, pilihlah. Aku tak taulah." ujar Anne. Dia duduk di birai katil. Fuhh ! Penat beb keluarkan semua dress dia. Apasal lah omma dia belikan dia banyak sangat dress. Macamlah dia pakai.Hana mengambil sehelai gaun berwarna biru langit. 

Cantik.

   Gaun itu mempunyai tiga warna. Biru langit, biru sederhana gelap dan biru gelap.  Gaun itu tidak berlengan dan mempunyai beberapa manik berwarna perak du dada gaun itu. Gaun itu amat padan dengan Anne. Ditambah lagi mask yang baru sahaja dibeli ,  Anne pasti nampak cantik. Cuma wajahnya diperlukan sedikit mekap. Hana menghulurkan gaun itu kepada Anne. " Kau pakai ni. Yang ni nampak sesuai dengan kau. " Anne menyambut huluran Hana. Dia menuju ke cermin besarnya. Gaun itu dilekapkan di badannya. "Hmm, boleh tahan. Oke aku amik." ujar Anne. Gaun itu dicampak semula ke atas katil. 

  Dia memandang Hana. Dari atas sampai bawah. Hana ni ayu, manis lemah lembut. Hmm, rasanya gaun pinknya sesuai untuk Hana. " Cuba ni" gaun yang  berwarna pink diberikan kepada Hana. Hana menyambutnya. Gaun itu ditenung lama.  Terdapat reben besar yang sama warna di hujung gaun itu. Untuk menambahkan keceriaan, manik perak berbentuk bunga ditampal di gaun. Bawahnya diletakkan dua jenis kain. Satu kain pink yang berwarna sedikit gelap manakala yang lagi satu berwarna jernih bersama dengan corak bunga berwarna pink lembut.  Hana senyum. Ternyata gaun ini telah menambat hatinya. " Thanks Anne sebab bagi aku pinjam gaun ni. "  ucap Hana. Anne benar benar seorang kawan yang baik. Kenapalah ramai pelajar yang suka sangat membulinya ? Dia sendiri tak faham. 

  " Oke. Esok kau datang rumah aku pukul 5. Nanti kita siap siap dekat sini. " cadang Anne. Hana mengangguk dan senyum tanda setuju. Anne menepuk tangannya. Excited beb! Esok dia dan Hana akan gegarkan dewan sekolah mereka. Yeah , Rock And Roll ! 



School Love AffairWhere stories live. Discover now