AE. I

474 85 31
                                    

------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

------

kang juhee, si budak malang yang kini sebatang kara. dahulunya, dia tinggal bersama ibunya kemudian neneknya. kedua-duanya mati.

anak itu dipercayai disumpah oleh dewa syurga. bagi ibunya, kerana ulah anaknya yang menolong anak syaitan pada malam itu.

abu tempat semadian neneknya itu direnung bersama tangisan air mata yang semakin kekeringan. kini, dia bersendiri. baru berumur 10 tahun, dia ditinggal sendiri.

di bilik upacara pengebumian itu, pintu dikatup. masuklah seorang wanita separa umur bersama suami dan anak perempuannya. sebaya dengan juhee.

" yeobo, ini dia anak tu. " kata isterinya.

" nak tak nak, kita mesti pelihara dia." balas suaminya pula.

isterinya, puan Kang Saerom terpaksa akur. anak buah kepada suaminya ini harus dibela oleh mereka kerana budak ini hanya tinggal ada mereka sahaja.

anak perempuan mereka, Kang Minseo memeluk erat kaki ayahnya. dia tahu, pesan ibunya yang sepupunya itu bawa malangㅡ paling tepatnya, sial.

" juhee, kamu ikut samcheon ya? tinggal dengan samcheon. " lelaki tua itu melutut samakan ketinggian dengan juhee.

" jangan risau, ada minseo jugak yang kawan kamu. " juhee tersenyum, zaman kanak-kanaknya selama ini bukanlah ceria. tiada siapa yang mahu berkawan dengannya.

kerana, dia anak wanita penghibur di kelab malam. anak kepada lelaki yang berkali-kali masuk keluar penjara.

tapi, sangkaan mereka salah. ibunya hanya bartenderㅡ penghidang minuman. dan ayahnya, peguam yang disabotaj atas kes pecah amanah.

keluarga itu pun membawa juhee pulang bersama mereka.

------

lepas pulang dari middle highschool, juhee ditinggal oleh minseo yang pulang dahulu.

di bawah rumah sewa mereka, ada satu kereta range rover hitam menuju ke lorong rumah itu.

namun, laju juhee naik tangga dan masuk ke dalam rumah. niatnya ingin memberitahu imeonya mana lah tahu itu adalah tuan rumah yang menagih sewa bulanan rumah.

" imeo, tu di bawah ada kereta hitam. " katanya sambil buka kasut.

imeo saerom menarik kasar lengan anak itu. di bawa masuk ke stor rumah, " kamu duduk diam di sini. "

juhee terpaksalah akur, jika dia melawan pasti imeo saerom akan pukulnya. sepanjang dua tahun tinggal bersama keluarga paciknya ini, dia diperlakukan kasar.

dengan alasan, anak ini bawa sial. sampaikan kedai makan samcheon jungho makin tak laku. tinggal tunggu disita sahaja oleh tuan mandur.

------

juhee tekap telinga di dinding, tetamu di rumah itu kedengaran suara perempuan dan lelaki. hanya dua orang sahaja.

" apa pun, saerom awak bincanglah dengan jungho. soal kami nak jadikan juhee angkat kami, " suara wanita itu.

" ah ha, jangan risaulah jinkyung. mesti suami saya benarkan punya, kan juhee? kamu mahu kan? tinggal dengan aunty jinkyung? "

" nae, imeo.. " itu suara minseo.

sakit hati, juhee rasa nak nangis. apakah mereka rancang sesuatu?

" esok kami akan uruskan hal ini di mahkamah, mungkin.. minggu depan juhee akan tinggal dengan kami. " suaminya pula bersuara.

" gamsahamnida, uncle. " sekali lagi, sahutan suara oleh minseo.

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now