AE. III

356 75 17
                                    

Minseo :

Minseo :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

------

Juhee's POV

rasa seperti thelepaty, perasaan seperti ini datang menyapa sanubari ku semula. firasat hati aku kuat ingatkan yang lelaki melintas jalan itu adalah budak lelaki yang...

budak lelaki aku beri makanan waktu aku kecil. tapi, dia dah dewasa.

dia melintas jalan, namun. laju aku tolaknya menyebabkan..

" JUHEE !! " jeritan wooseok dari jauh.

pandangan mulai kabur, lama semakin lama menjadi gelap.

END POV

------

balutan di wajah dibuka oleh doktor, paling tepatnya一balutan di mata. mata dibuka, pandangan kabur lama semakin lama mula terang.

juhee diberitahu yang dia kehilangan deria penglihatannya selama 3 hari. untunglah, ada yang mendermakan mata kepadanya. namun, identiti penderma itu tidak didedahkan.

kelihatan seorang doktor lelaki, doktor junho duduk berhadapan juhee, " cik juhee, awak nampak saya tak? "

juhee angguk perlahan,

" jelas tak? "

mata dikelipkan beberapa kali, juhee terkejut apa yang dia lihat kini berbeza.

di sekeliling bilik wad itu penuh dengan makhluk menakutkan. sukar nak diluahkan dengan kata-kata bagaimana rupa wajah mahkluk itu semuanya.

" argh! " matanya ditutup dengan kedua-dua telapak tangan.

doktor junho panik, namun dia tahu mengawal reaksinya. " cik juhee, kenapa ? "

" saya takut... "

" cik takutkan apa? "

" saya nampak hantu tanpa kepala dekat belakang doktor. "

------

pemuda yang menyamar menjadi manusia itu, duduk melutut di hadapan dewa syurga一god of heaven. dia merayu, kerana kesalahan kali ini tidak mungkin dia akan diampunkan.

salahnya sendiri, dia ingin turun ke dunia一bumi. untuk tujuan yang tak tentu pasti, paling tepatnya remeh.

" buat 1000 kebaikan di bumi, barulah ayahanda akan angkat kamu semula ke syurga. " kata dewa syurga, ayah kepada dewa kekayaan ini.

god of wealth, han seungwoo. lelaki malang yang dihukum, dia terpaksa pasrah. selama ini, dia turun ke bumi tiada masalah.

sehinggalah dia menyebabkan seorang manusia boleh nampak dunia paranormal, termasuklah golongan mereka一dewa, malaikat, hantu, syaitan, dan semangat yang gentayangan.

gadis yang hari itu menyelamatkannya daripada dilanggar kenderaan beroda empat. kini, dia sendiri tidak tahu keberadaan gadis itu,

cuma pesan dewa syurga, cari gadis itu dan bantu dia.

------

5 MONTHS LATER

juhee berada di pejabatnya, hidupnya masih diteruskan seperti dulu. dia masih menguruskan penjualan apartment miliknya.

" cik, juhee... " hangyul menerjah masuk tanpa ketuk pintu.

lantas tongkat kecil paras pinggang di tepi meja juhee capai, hendak menyerang. sangkanya orang jahat, rupanya si hangyul

" yah! kamu tiada kah tangan nak ketuk! "

hangyul tercungap-cungap nafas, dia berlari mendekati juhee, " kita ada masalah, "

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now