AE. IV

322 77 17
                                    

" kita ada masalah, " ujar hangyul.

" apa ! masalah apa ? "

" apartment yang kita nak jual tu.. Encik Kim sihun tak jadi nak belinya."

kemarin, encik Kim sihun dan isterinya一 pasangan baru berkahwin ingin membeli apartment itu. hari ini, tinggal tunggu mereka datang ke pejabat juhee untuk sign contract pembelian rumah.

" mereka cakap... semalam mereka lawatnya, di apartment tu ada.. " hangyul dekatkan diri pada juhee.

juhee undur ke belakang, pelik betul pembantunya ini.

" cik juhee sinilah dulu. saya bisik, " ujar hangyul perlahan. juhee pun maju dekat hangyul, dan bisik dia.

------

juhee ditemani hangyul ke apartment yang mereka nak jual itu di Gangnam. encik sihun dan isterinya turut ikut, tetapi mereka tunggu di luar.

takut dengan keadaan semalam mereka melawat di apartment, ada gangguan. menurut pasangan itu, gangguan itu adalah berpunca daripada makhluk halus, paling tepatnya Gwishin (Hantu).

" cik juhee, jangan jauh-jauh dari saya. " hujung skarf juhee hangyul pegang.

" haih hangyul janganlah tarik, saya tercekik nanti. " juhee tarik balik skarf yang melilit lehernya itu.

hangyul berjalan di belakang juhee,
betul-betullah hangyul menghayati prinsip Ladies First.

------

juhee berjalan ke arah bilik gelap dalam apartment itu, setahu dia. selama dia mengurus penjualan apartmentnya, tiada bilik seperti itu. mungkin sahaja, penghuni sebelumnya menjadikan bilik itu sebagai stor.

" cik juhee, saya tunggu di sini ya. " hangyul berdiri didepan pintu, niatnya tak mahu masuk.

lagi-lagi mendengar cerita sihun yang ada banyak bunyi-bunyi pelik sewaktu mereka melawat apartment ini semalam.

" lelaki apalah kamu ni hangyul. " sindir juhee

hangyul melawan, " nanti saya mati, saya belum kahwin lagi tau! " bibir dijuihkan, boleh buat penyangkut baju alahai.

" awak, ingat saya dah kawin! " jawab juhee.

hangyul masih setia depan pintu, tak berganjak masuk.

" awak buka. " arah juhee, menyuruh pembantunya iu membukakan dia pintu bilik stor tersebut.

hangyul tetap tak berganjak, " tak mahu cik juhee. nanti setan tombol pintu melekat dekat tangan saya, " hangyul undur semula ke belakang.

dia tahu juhee mahu cepuk kepalanya, tapi nasib baik. tiada benda yang boleh diguna untuk mengerjakan pembantunya itu. hanya ada kunci ditangan juhee.

bibir diketap, hangyul tunggu juhee depan pintu. kunci dicucuk kemudiam diputar arah lawan jam, juhee memulas tombol dan cuba memberanikan diri untuk masuk.

------

juhee berjalan masuk ke dalam bilik stor itu, gelap. tapi, ada sedikit cahaya samar-samar dari jendela kecil atas loteng. bilik itu lumayan sunyi.

ada bunyi benda jatuh, juhee pandang belakangnya. tongkat kecil ditangannya diangkat tinggi, siapa tahu itu tikus. namun, tiada pula..

" tolong.... to..long saya... " suara semakin mendekati juhee apabila dia semakin masuk menelusuri setiap sudut bilik stor itu.

juhee terkejut, apa yang dia lihat didepannya adalah seorang makhluk. lelaki, jelas dari pemakaiannya dan suaranya yang meminta bantuan.

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now