AE. VIII

261 67 16
                                    

" cik juhee! " hangyul masuk ke dalam pejabat juhee, bosnya disitu sedang melukis dalam sketchbooknya.

" mana cik juhee pergi kemarin? tiga hari cik juhee tak datang tau. "

" diam hangyul, diam. saya melukis ni. "

hangyul pun akur, baru sahaja nak berbaik dengan bossnya ini sebab ada niat dia sebenarnya. nak pinjam duit buat bawa jalan kekasihnya hehe一 Eun Jungsoo.

hangyul tengok lukisan juhee, sememangnya bosnya ini berbakat dalam seni lukisan. tapi, juhee hanya melukis watak komik一 macam dalam webtoon begitu.

" siapa yang cik juhee lukis tu? watak baru dalam webtoon cik juhee ke? " soal hangyul, juhee bekerja juga sebagai cartoonist dalam laman sosial menghasilkan webtoon series.

" lelaki yang saya jumpa kemarin "

hangyul sengih, akhirnya bosnya ini ada teman lelaki. " cik juhee dah ada teman lelaki rupanya. haih gembiranya saya jadi pembantu, boleh lah tumpang bahagia di ekor cik ya? "

juhee pandang tajam lelaki ini, pasti ada udang di sebalik mee kenapa hangyul minta puji macam ni. faham benar juhee dengannya, " apa yang awak nak? bagitau? "

" hehe saya nak pinjam duitlah cik juhee."

" buat? "

" keluar dengan jungsoo. "

" ah, kamu ni. " beg dibuka, satu kad kredit diberi, " ambil ni, jangan habiskan semua ya! "

" aye aye captain kang! " maka si hangyul berlari keluar pejabat juhee. bosnya itu geleng kepala sahajalah.

tak lama kemudian, juhee merenggangkan otot sendi nya. berdiri menatap suasana di luar pejabat yang dilitupi salji.

malas dia hendak keluar kerana lupa membawa bersama sarung tangan dan skarf. pasti di luar sangat sejuk cuaca nya.

pintu dikuak dan masuk seorang lelaki.

" hangyul yah! kamu memang tiada tangan nak ket一 " membebel juhee sambil putarkan badannya lihat ke arah pintu dibelakangnya.

itu, si dewa malaun yang datang.

" kemarin, saya lupa nak bagitau nama saya."

------

" oh, " satu kata sahaja juhee dapat luahkan.

lelaki itu maju, dan diambilnya pen yang juhee kepit ditepi telinganya. lantas, pergelangan juhee ditariknya. kemudian menulis sesuatu atas tapak tangan kasar gadis itu.

kasar sebab selalu bekerja.

승우

" seungwoo?.. " ujat juhee perlahan, tapi dapat didengar oleh si dewa.

" hm, "

" awak dewa kan? "

" dewa kekayaan. "

" awak mahu bantu saya kan? "

" hm, "

" bantu saya cari pemilik dahulu, mata ni. "

seungwoo keluar dan diikuti juhee dibelakangnya. entah kenapa, juhee rasakan perasaan telepati tentang budak kecil itu semakin- ah namun, dia diamkan saja.

------

menaiki kereta juhee, tapi seungwoo yang pandunya kerana jalan masuk ke kampung terperencil itu bengkang-bengkok. banyak lopak hasil hentaman kenderaan berat atas jalan raya sehingga jalan itu rosak.

juhee tak biasa bawa kereta dengan keadaan macam itu, maka seungwoo tawarkan diri untuk bawanya. juhee tak banyak alasan jugak.

takkan nak bawa juhee ghaib bersamanya, nanti ada manusia lain yang nampak. pasti akan menjerit histeria.

" seungwoo, apa sebab awak dibuang ke bumi? "

" saya derhaka dengan dewa syurga."

" apa yang awak dah buat? "

" saya selalu curi-curi turun ke bumi tanpa kebenaran."

" untuk apa? "

" untuk makan potato chips. " sambil memandu seungwoo makan satu paket snek potato chips yang dibeli juhee semasa singgah di kedai serbaneka tadi.

" awak suka sangatkah makan potato chips? "

" suka, itu buatkan saya sentiasa ingat pada dia. "

dia.. dia siapa pula?
dewa malaun ini betul-betul misteri.

➳❥ tbc

Angel Eyes. ✔Where stories live. Discover now