please vote and leave comment :) thankyou ♡
------
" tolong saya.. "
kini, juhee berdiri di depan lelaki kelihatannya sangat tersiksa keadaannya sekarang. siapa lelaki ini? dia mangsa penculikan kah apa. habislah juhee nanti disoal siasat oleh polis.
juhee mendekati lelaki itu, daripada cahaya matahari melalui loteng dia dapat melihat jelas wajah lelaki ini. penuh dengan keringat menahan segala sakit.
" awak siapa? "
" selamatkan saya dulu. " katanya dengan nada tersekat-sekat. cuba menuturkan kata walaupun keadaannya macam itu.
kerana kasihan, juhee menolongnya, tangan lelaki itu terikat dibelakang pada tiang separa tinggi namun cukup besar.
selesai sahaja buka ikatan itu, lelaki itu menahan lengan juhee. " tolong bakar bunga ros itu. "
lelaki itu tunjuk atas meja kecil di sudut bilik, ada satu kuntum bunga ros dalam pasu kecil ditutup dengan balang kaca lutsinar. di tepi bunga itu, ada pelita yang semakin malap. mungkin, mahu kehabisan minyak.
juhee ke sana, dan dibuka bunga ros itu. ditarik keluar dari tanah dan dibakar kuntum bunga ros merah itu.
automatik, satu lintasan angin kuat menyerpa bilik stor itu. menerbangkan tabir yang menutupi laluan pintu belakang. rupanya, ada pintu di belakang bilik ini.
sangat kreatif penghuni terdahulu apartment ini, boleh buat bilik rahsia macam dalam filem parasite tu. alah yang menang oscar tu, takkan tak tau?
juhee lihat jelas lelaki itu, lukisan seperti tattoo pada kedua lengannya kini mula beransur padam. lelaki itu berdiri, apa yang juhee lihat betul-betul menakutkannya.
lelaki. itu. ada. ekor
" awak... " tergagap juhee menuturkan kata.
lelaki itu maju dan juhee hanya mampu terkaku. jadi, betullah yang matanya ini bukan sahaja boleh nampak hantu. malah, makhluk lain jugak.
" saya putera gumiho.. nama saya, cho seungyoun."
matanya terbutang luas, benar apa sangkaan juhee. tangan lelaki itu dihulur untuk bersalaman dengannya. juhee yang keliru terus menyambut tangan lelaki gumiho depannya ini
" terima kasih kerana awak dah bebaskan saya. "
" mm--- mak..maksud.. nya? "
" saya di kurung oleh roh jahat di sini, sudah 500 tahun. " juhee pelik, kenapa dia tidak pernah sedar akan hal ini.
------
" saya perlu pergi juhee一 "
kata gumiho seungyoun dipintas oleh juhee, " dari mana awak tahu nama saya? "
" sebab awak masa depan saya. " lelaki gumiho itu tersenyum lebar, cukup menggiurkan hati wanita lain, tetapi bukan juhee. wanita ini malah ketakutan.
benarlah, selama dia dapat mata baru dari penderma yang tidak diketahuinya itu, semua benda pelik dia dapat lihat. mungkin, pemilik mata dahulunya itu ada sixth sense.
" datanglah ke alam saya nanti, sebagai balasan saya berterima kasih pada awak. "
" pergi ke jalan Gwangju, ada restoran seafood. jumpa kucing hitam yang duduk belakang restoran itu. dan minta kucing itu bawa awak ke Gumiholand. "
lepas itu, lelaki gumiho itu memberikan gelang choker warna hitam di lehernya. ukirannya cantik, " tunjuk ini kepada kucing hitam itu, dia akan bawa awak jumpa saya. " kemudian dia pergi. lenyap begitu saja.
------
" cik juhee.. "
" oh cik juhee... "
" cik juhee janganlah macam ni. "
" kalau cik dah gila nanti siapa nak bayar gaji saya. "
hangyul terdiam, dari tadi juhee hanya senyap tak berkata apa-apa padanya. apa mungkin, juhee marahkan hangyul kerana membiarkannya pergi sendiri masuk bilik stor tadi.
Sihun dan isterinya dah pulang ke rumah lama mereka untuk berkemas dan berpindah ke apartment tadi kerana kata juhee apartment itu dah selamat untuk didiami. tiada apa yang perlu ditakutkan lagi.
" hangyul, cubit saya. " arah juhee. hangyul sedikit terkejut namun dia akur. dicubitnya lengan juhee.
" jadi betul lah, saya tak bermimpi..."
" cik juhee kata apa? " soal hangyul. lepas keluar dari bilik stor itu juhee jadi pelik. apa mungkin kerasukan ya? di fikiran hangyul.
" saya.. tadi saya jumpa gumiho, " lepas menuturkan itu. hangyul hendak berlari keluar pejabat juhee. benar sangkaannya.
" SAYA NAK LETAK JAWATAN " hangyul lari keluar sambil menjerit kuat.
namun, juhee sempat tarik kolar bajunya. " kenapa dengan awak ni ? jujurlah bagitau saya apa yang awak fikirkan sekarang tentang saya? "
" betullah sangkaan saya selama ini, cik juhee ni nenek kebayan. ada tongkat, selalu cakap sendiri dalam pejabat. tak banyak kawan, lepastu.. mesti tadi dalam bilik stor tu cik juhee kena rasuk roh gumiho kan? "
kolar hangyul di lepasnya kasar, " kalau saya nenek kebayan. dah lama saya sumpah awak jadi mesin atm. boleh kaya saya. "
➳❥ tbc
YOU ARE READING
Angel Eyes. ✔
Fanfiction❛❛Manusia ke-1000 yang aku tolong.❜❜ START ⋮ 22/O2/2O2O END ⋮ 1O/O4/2O2O ORIGINALLY ON WATTPAD © -jellycream, 2O2O