Bab 16

2K 80 3
                                    

QHALID MELETAKKAN SELIPAR DI RAK KASUT. Kemudian dia masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Kunci kereta dan kunci rumah diletakkan di atas meja di tepi pintu masuk. Dia menggeliat – meluruskan segala urat sendi yang agak lenguh sepanjang hari ini. Mana tak lenguh. Hari ini saja dah dua tiga kali dia berulang alik dari pejabat ke tapak projek. Penatnya itu... tak boleh digambarkan dengan kata-kata!

Ceh, ayat.

Qhalid terus melangkah ke arah dapur. Rutin setiap kali dia balik dari kerja. Selalunya dia akan membasahkan tekak dengan air masak saja. Selepas itu, dia akan mandi dan menonton televisyen. Kalau dia lapar, walaupun kadang-kadang dia dah makan sebelum balik ke rumah, dia rajin saja turun untuk makan di kedai makan bawah apartmen ini. Kalau dia rajin sikit, dia akan memandu ke mana-mana kedai makan yang sedap. Ikut tahap kerajinan dia macam mana...

Eh, bau apa ni?

Langkah Qhalid yang baru mahu masuk ke ruang dapur, terhenti seketika. Dia memerhatikan kelibat Aisha yang sedang sibuk mengacau entah masakan apa di dalam sebuah periuk kecil di atas api. Gadis itu nampaknya tak perasan akan kehadiran Qhalid di pintu masuk dapur. Ketika Aisha berpaling untuk mengambil bekas garam di atas meja, barulah Aisha ternampak Qhalid di situ.

"Hai. Dah balik?" Spontan Aisha menyapa Qhalid.

"Err... ha." Terpinga-pinga Qhalid menjawab. "Kau masak apa?"

"Sup sayur. Alang-alang kau dah balik ni, tolong rasakan sup ni. Macam pelik je aku rasa."

Dengan fikiran yang masih blur, Qhalid melangkah juga ke arah Aisha. Di sebelah periuk kecil yang berisi sup sayur yang sedang menggelegak, ada juga ikan keli goreng berlada di dalam kuali di sebelahnya. Serta merta perut Qhalid terasa lapar. Dia menelan air liur.

"Cuba rasa. Pelik tak?" Aisha menyuakan sudu kecil kepada Qhalid.

Qhalid menyudu sedikit sup sayur dan menghirup sup itu perlahan. Lama dia diam sambil cuba mencerna rasa sup sayur itu.

"Jujur, Qhalid. Nanti kau jugak yang kena makan semua lauk ni." Aisha memberi amaran. Dia tak mahu Qhalid memberi komen hanya untuk menjaga hatinya.

"Tawar." Sepatah perkataan itu keluar dari mulut Qhalid. Memang tawar pun. Dia tak tipu.

"Okey, aku tambah garam." Aisha membuka bekas garam yang dia capai tadi. Sebenarnya, dia belum meletakkan sebarang perasa ke dalam sup sayur itu. Sengaja dia menyuruh Qhalid merasa dulu, sekadar untuk menguji kejujuran lelaki itu.

Lulus.

"Kenapa tiba-tiba masak ni?" tanya Qhalid. Dia mengisi air masak di dalam sebiji mug dan duduk di meja dapur. Dia perhatikan saja Aisha yang masih menghadap periuk kecil itu.

"Sebab hari ni birthday aku," jawab Aisha.

Hampir terkeluar air masak yang baru Qhalid teguk tadi. "Eh, serius la?"

Aisha tersengih. "Mana ada la."

"Dah tu?"

"Saja je. Since aku pun balik awal hari ni, lepas tu tak tahu nak buat apa, lepas tu tadi sebelum balik aku singgah sekejap kat kedai bawah tu, lepas tu nampak pulak ikan keli ni, lepas tu tiba-tiba rasa nak makan ikan keli goreng berlada..."

Qhalid bangun dari duduknya. Dia melangkah perlahan ke arah Aisha yang masih tak berhenti bercakap.

"... lepas tu tiba-tiba rasa nak makan sup sayur dengan nasi panas, lepas tu aku pun beli la semua bahan-bahan nak masak ni, lepas tu bila sampai rumah... opps." Aisha terkejut apabila lengannya tiba-tiba diraih oleh Qhalid. Automatik dia berdiri menghadap lelaki itu dek kerana tindakan Qhalid yang meraih lengannya tadi. Dia terpinga-pinga memandang Qhalid. "Kenapa?"

Sampai Bila? [2014]Where stories live. Discover now