"Awak? Awak okay?". Soal lelaki itu beberapa kali. Airees tersedar dari lamunannya. Terus dia mengetuk kepalanya. Boleh aku mengelamun saat macam ni.
"Tunggu sekejap ya.. saya nak ambil barang". Terus dia berlari ke arah tempat duduknya tadi. Fuh, nasib baik ada. Airees memandang sekali lagi lelaki yang berdiri tegak tidak jauh darinya. Betul ke lelaki itu buta? Terus Airees menghampiri lelaki itu.
Dia mula berjalan mengelilingi lelaki itu. Dipandang gaya pemakaian lelaki itu. Kemas dan agak style. Sesuai dengan dirinya yang tinggi dan tegak. Dengan T shirt putih dan seluar jeans hitam. Dipadankan dengan kasut putih.
Wajahnya amat menawan. Handsome. Cukup sempurna dimatanya. Matanya yang berwarna hijau itu amatlah indah. Cantik.
"Awak masih kat sana? Maaf, saya tak nampak awak. Tapi, saya bau awak punya perfume". Airees menjarakkan tubuhnya sedikit dari lelaki itu. Lelaki itu masih beriak biasa. Matanya hanya memandang ke hadapan. Ya, lelaki ini memang buta.
"Saya Airees Beatarisa.. awak?" Lelaki itu tersenyum.
"Saya.. Darwish. Darwish Aideen". Darwish masih tersenyum. Senyuman yang amat manis menyerlahkan lesung pipit di sebelah kanan lelaki itu. Tiba tiba kata Airees terpandang darah yang mengalir dari kepala Darwish.
"Awak.. kepala awak.. berdarah.. jom kita pergi klinik. Saya tolong awak. Jom". Airees terus berjalan keluar. Baru beberapa langkah dia melangkah. Dia menepuk dahinya kuat.
Lupa yang lelaki itu ditinggalkan begitu sahaja. Lelaki tu buta woi.
"Sorry sorry.. saya lupa.. awak pegang tangan saya ni. Dan ikut sahaja langkah saya. Okay?" Terus tangan Darwish dicapai dan diletakkan di atas lengan kanannya. Darwish mengangguk kecil sebelum mengikuti sahaja langkah Airees.
"Awak baik". Airees hanya terdiam apabila lelaki itu berkata kata. Tetapi dirinya tak dapat menahan daripada tersenyum. Ya. Entah kenapa dia terasa bahagia dan gembira dengan pujian itu.
"Saya tak pernah nampak awak dekat universiti ni. Baru pindah?" Soal Airees ingin tahu. Sememangnya dia langsung tidak pernah terserempak dengan lelaki ini.
"Iya.. baru hari ini saya daftar dekat sini."
"Kenapa sorang sorang? Kenapa tiada yang teman? Awak tahu bahaya tau. Dah la awak tak biasa dengan kawasan universiti ni". Darwish tersenyum sahaja.
"Ada yang teman... something happend after that". Airees terdiam. Sampai sahaja di keretanya, terus dia membuka pintu kereta.
"Masuk la.. ni kereta saya. Lepas kita pergi klinik, saya hantar awak balik eh". Darwish langsung tidak banyak bicara, hanya mengikut kata kata Airees. Sepanjang perjalanan, mereka tak banyak berbicara. Hanya bertanya tanya tentang perihal masing masing.
"Ermm... boleh saya tahu kenapa awak err buta?" Darwish tersenyum lagi. Kenapa dia asyik tersenyum je. Waktu dia kata yang kepala lelaki itu berdarah pun, dia hanya tersenyum. Dia ni tahu senyum senyum senyum je.
"Something berlaku 5 tahun lepas. Accident. And I lose my sight, parents, friends and everything. Gelap.. sunyi... tapi ini mungkin balasan yang harus saya hadap dengan apa yang saya lakukan." Darwish tersenyum sahaja. Airees terdiam.
"Sorry.. saya tak patut tanya awak benda ni." Darwish hanya menggeleng kepala dengan senyuman masih tetap terukir. Airees memandang sekilas dari ekor mata. Jelas wajahnya sedih namun kenapa? Kenapa masih terukir senyuman di bibir lelaki itu?
"You know what.. awak adalah orang pertama yang saya kenal harini. As a friend. Rugi saya tak dapat lihat wajah awak. Tapi saya dapat rasakan yang awak baik dan cantik." Perlahan sahaja kata kata Daswish namun amat jelas di telinga Airees. Airees mengukir senyuman.
YOU ARE READING
Only Your Eyes
RomanceAirees Beatarisa.. siapa tidak kenal gadis kacukan Itali itu. Sesiapa sahaja yang melihatnya, pasti perkataan yang keluar dari bibir mulut mereka adalah PERFECT. Ya, cukup sempurna. Namun, kesempurnaannya membuat dirinya terasa terganggu dek kerana...