Darwish termenung sendirian. Kata kata yang keluar dari mulutnya sebentar tadi masih lagi terngiang ngiang di dalam kepalanya. Gelap... dan sunyi. Wad rawatan VIP itu terasa sunyi. Sepertimana hatinya saat ini.
Airees Beatarisa... gadis yang baru sahaja hadir dalam hidupnya itu berjaya mengetuk hatinya yang kian lama tertutup. Gadis itu seakan akan berjaya memberi sinar dalam hidupnya. Walaupun hanya sedikit.
Namun jauh dari sudut hatinya, dia kemas memegang erat pintu hatinya kekal begitu. Dia tak layak untuk bahagia.
Dan dia tak layak untuk mencintai orang sempurna seperti Airees Beatarisa. Dirinya? Lihatlah dirinya. Tidak punya apa apa malah dirinya akan menyusahkan Airees sahaja suatu hari nanti.
"Darwish... kau termenung apa?" Darwish memandang ke arah dimana suara itu datang. Ya, kenal sangat dengan suara itu. Suara abangnya.
"Aku setuju dengan kau Daryan... untuk jalankan rawatan di London. Aku... aku dah fikir masak masak". Daryan terkejut. Terkejut dengan kata kata Darwish. Selama ini Darwish membantah habis habisan untuk ke London kerana bagi Darwish, dirinya langsung tak layak untuk menerima rawatan itu.
"Kenapa tiba tiba Wish... bukan ke kau selama ni taknak rawatan tu". Darwish tertunduk. Gelap! Itulah yang dirasa saat ini. Hitam... tiada langsung cahaya yang dapat dia lihat saat ini.
"Aku dah buat keputusan... aku nak pulih macam dulu. Aku nak hidup macam dulu. Aku kena kuat. Betul cakap kau Yan, mama papa pun takna tengok aku macam ni." Daryan tersenyum nipis.
"Aku rasa... semua ni sebab Airees kan?" Darwish terdiam.
"Aku tahu Darwish.. aku kenal kau macam mana. Dari kecil lagi kita membesar sama sama. Perangai kau semua dalam poket aku je. Baik kau mengaku. Apa yang berlaku tadi? Cuba cerita kat aku, apa yang korang bincangkan tadi." Darwish masih lagi berdiam diri. Tadi? Perbualannya...
Darwish ketawa kecil namun hanya seketika. Senyumannya mati. Yang hanya ada saat itu hanyalah riak wajah yang sayu. Daryan yang memandang wajah itu seperti dapat agak apa yang sudah berlaku.
"I'm a normal guy. I'm afraid I'll fall in love with you, Airees Beatarisa."
Kata kata yang keluar dari mulut Darwish sememangnya ayat yang tak dijangka keluar. Darwish terdiam dan begitu juga Airees. Ingin melihat wajah Airees saat ini namun... dirinya hanya dapat melihat warna hitam. Gelap.
"Airees?" Setelah lama berdiam diri, akhirnya Darwish memanggil nama gadis itu. Ingin kata gadis itu sudah keluar namun bau perfurm milik gadis itu masih menusuk di ruang rongga hidungnya.
Airees yang mendar mandir itu terhenti. Riak wajahnya? Semestinya gembira... namun dia masih memikirkan apa yang perlu dia respon kepada Darwish.
Adakah menerima Darwish... atau meminta untuk berkenalan mengenal hati budi masing masing dahulu? Saat ini dia tak dapat mengawal keterujaannya.
Airees berdehem terlebih dahulu sebelum memulakan bicaranya.
"So? Apa yang jadi masalahnya... awak boleh fall in love with me". Airees tersengeh. Darwish terdiam.
"Tak Airees... tak boleh... kita tak sama. Saya akan susahkan awak. Lagipun, awak takkan cintakan saya. Tengoklah diri saya Airees. Saya buta. Saya tak dapat tengok wajah awak tapi saya tahu awak sangat sempurna. Bukan macam diri saya". Senyuman Airees mati.
"Macam mana kalau saya cakap saya juga sukakan awak?". Darwish tersenyum tipis.
"Takkan Airees.. mustahil". Airees memegang erat tangannya. Saat ini dia tak tahu ingin mengatakan apa.
YOU ARE READING
Only Your Eyes
RomanceAirees Beatarisa.. siapa tidak kenal gadis kacukan Itali itu. Sesiapa sahaja yang melihatnya, pasti perkataan yang keluar dari bibir mulut mereka adalah PERFECT. Ya, cukup sempurna. Namun, kesempurnaannya membuat dirinya terasa terganggu dek kerana...