AIREES BEATARISA, sebaris nama yang indah. Sebut sahaja nama Airees Beatarisa, siapa saja yang tidak kenal dengan gadis kacukan itali ini. Matanya yang berwarna hazel, rambutnya yang berwarna coklat hazel.
Buat lelaki, dia adalah gadis idaman. Gadis yang menjadi pujaan. Gadis yang cukup perfect. Namun, tidak bagi gadis itu.
"Airees Beatarisa, sudikah awak menjadi girlfriend saya? Saya janji akan setia dan akan menjaga awak hingga ke hujung nyawa saya". Lelaki yang agak elok rupa parasnya itu sudah melutut di hadapan Airees Beatarisa dengan memegang sejambak bunga mawar merah.
Airees Beatarisa memandang sekilas dengan senyuman terpaksa. Dia tidak suka dengan situasi ini. Dipandang sekeliling. Kini dia dah jadi tontonan orang ramai. Oh my god, drama free. Tiba tiba matanya terpandang beberapa orang pensyarahnya yang turut memandang ke arahnya. What?
"Sorry... I love someone else". Terus sahaja mengatakan ayat itu, terus Airees Beatarisa berlari keluar daripada universiti itu. Hatinya panas. Hari ini, sudah tiga orang melamarnya untuk menjadi girlfriend. Hei ingat dia datang universiti ni nak cari boyfriend ke apa?
Dah semestinya tak. Airees Beatarisa terus berjalan ke arah bangku kosong itu. Terus dilabuhkan punggungnya duduk di atas bangku itu. Keluhan dilepaskan. Kadang kadang dia penat dengan hidupnya. Nak cakap dia je cantik dekat universiti tu, dia rasa ramai je lagi yang lagi cantik.
Bukan nak belagak okay tapi, kenapa lelaki kat sini asyik melamar aku jadi girlfriend dorang je. Dah tiada perempuan lain ke dalam dunia ni? Ya, memang diakui, dia agak famous di media sosial. Tapi, itu tak menjadi sebab untuk mereka bertindak seperti itu. Dah tiada kerja lain ke mereka nak buat?
"Hai Airees, termenung jauh nampak?" Airees Beatarisa memandang ke arah gadis yang menyapanya itu. Humaira Afrina. Hah, itu kawan baiknya. Airees hanya tersenyum hambar. Humaira tertawa kecil melihat reaksi Airees. Tahu sangat apa yang sudah terjadi tadi. Satu universiti kecoh dengan hal itu. Mana tak nya, seorang gadis dilamar menjadi girlfriend sebanyak tiga kali. Gempak gila berita ni.
"Airees, come on... don't be like this. Smile and just react like nothing happend". Airees melepaskan keluhan berat.
"Again Maira.. again.. aku dah penat la dengan benda ni. Kau tahu tak, sampai satu tahap, aku rasa nak je buat pembedahan plastik ubah muka aku ni". Humaira tertawa kecil.
"Airees Beatarisa, hot, sexy, smart, beautiful, gorgeous... siapa je taknak weh. Kau prefect. Kau tahu tak kau tu macam bidadari sesat tahu tak. Kau patut bersyukur dengan apa yang kau ada dan ingat, ramai gadis kat luar sana nak jadi macam kau. Kenapa kau perlu ubah kesempurnaan kau semata mata benda ni je. Come on bebe, pasti ada cara lain nak hentikan semua ni". Humaira sudah tersengeh memikirkan idea yang terlintas di fikirannya saat ini.
Okay, Airees mula naik seram dengan senyuman yang terlakar pada wajah Humaira itu. Kenal sangat dengan Humaira, pasti ada idea mengarut yang ada dalam otaknya saat ini.
"Kau tak payah eh nak sengeh sengeh macam tu... kalau idea kau tu idea mengarut, jangan nak keluarkan sebab aku takkan setuju ikut dengan idea kau tu".
"Tak... ni idea paling bernas aku. Aku yakin benda ni dapat selesaikan masalah yang kau ada sekarang ni. Dan kau, takkan lalui benda macam ni lagi lepas ni". Airees mengangkat keningnya sebelah. Berkerut kerut wajahnya.
"Okay.. tell me".
"Kau kena cari boyfriend". Mata Airees membulat.
"Whattt???"
"Yeah... itu je cara kau nak lari dari semua benda ini. Bila orang dah tahu kau dah ada boyfriend, dorang takkan kacau kau lagi." Airees terdiam. Humaira mengeluarkan satu kertas. Tangannya lincah menulis dia atas kertas itu.
YOU ARE READING
Only Your Eyes
RomanceAirees Beatarisa.. siapa tidak kenal gadis kacukan Itali itu. Sesiapa sahaja yang melihatnya, pasti perkataan yang keluar dari bibir mulut mereka adalah PERFECT. Ya, cukup sempurna. Namun, kesempurnaannya membuat dirinya terasa terganggu dek kerana...