Bab 3

48 5 0
                                    

"Airees Beatarisaaaaa".

Okay sudah bergegar dewan ni dengan suara minah lampir yang bernama Humaira Afrina. Tahu sangat apa yang ingin dibicarakan gadis itu.

"Kau jangan buat malu aku boleh tak? Kau tahu suara kau tu dah macam orang yang tercekik katak? Slow slow dah la. Tak pasal pasal jadi artis sekejap". Humaira mencebik. Terus tempat kosong di sebelah Airees diambil lalu duduk. Matanya tepat memandang ke arah Airees

"Siapa lelaki dalam gambar tu? Kau jangan nak main main Airees. Takkan secepat tu kau dapat boyfriend. Baik kau bagitahu aku betul betul siapa lelaki tu. ke kau upah orang untuk jadi boyfriend kau?". Bermacam macam soalan yang keluar dari mulut Humaira.

Eee minah ni... ada aku lempang satgi... tanya tu tak boleh ke satu satu. Ni berdas das dia tanya aku.

"Yaaa memang aku baru kenal dia semalam. Dia pelajar baru kat sini dan for your information, dia tu ambil course yang sama dengan kita. Nanti mesti dia datang". Mata Humaira membulat.

"What? Seriously Airees? Who? Dari gambar kau hantar tu, aku tak nampak jelas muka dia. Kenapa kau post gambar dia berpaling ke arah lain?".

"Kau gila ke nak post yang betul betul muka dia? Lagipun kitaorang kawan je dulu. Bukan ada apa apa pun."

Selepas sahaja mendengar kata kata Airees, Humaira ketawa. Bukan ketawa biasa biasa, ketawa yang macam mak lampir tu. Airees berkerut seribu. Dah kenapa kawan dia tu. Dah kena rasuk ke apa? Please la ini bukan kisah horror or triller okay.. nak ada orang psycho bagai.

"Tak ada apa apa kepala hotak kau... Cuba kau ingat balik caption kau tulis semalam? Ingat balik... dan aku rasa kau patut tengok comment comment dekat post kau tu". Airees bertambah berkerut. Okay, semalam memang dia ada fikirkan caption apa yang sesuai.

Jadi... dia hanya tulis...

Date with my new friend...

Dan ditambah dengan emoji ;P

Apa masalah?

"Kau letak emoji love la bongok".

Mata Airees membulat. What???

Terus Airees mencari kembali telefon miliknya. Mana? Mana? Gila.. ini memang tempah maut.

"Kau gila ke Airees.. baru semalam kenal kau dah letak love bagai... kalau dia sama je macam lelaki lain macam mana? Kalau dia nampak ni... gilaa.. kau gilaa Airees". Airees sudah memandang sedih ke arah gambar itu. Ya memang betul. Dia tersilap tekan emoji love ini.

Melihat comment, ada bermacam macam comment. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Kebanyakan perempuan memuji dan mengucap tahniah. Cuma ada jela haters yang mengatakan melagak la apa la.. menunjuk.. okay itu biasa bagi manusia mengatakan hal sebegitu.

Dan bagi golongan lelaki... menanyakan siapa la.. ada juga yang merungut dan ada juga yang bercarut carut. Pelbagai jenis comment ada. Airees mengurut kepalanya yang agak pening.

"Weh Rees... kelas kita ada orang buta weh". Laju sahaja kepala Airees berpaling ke arah yang dituju Humaira. Ya, Darwish Aideen. Kini, Darwish menjadi perhatian dia dalam kelas itu.

"Oh my god, handsome... tapi sayangnya buta".

"Gila... dia buta ke?".

"Pelajar baru ke weh".

"Eee menyusahkan je orang buta ada dalam kelas kita".

Airees menahan sabar apabila mendengar kata kata orang sekelilingnya. Terus dia bangun lalu berlari kecil ke arah Darwish. Lengan kanan Darwish dipaut.

Only Your EyesWhere stories live. Discover now