Airees mundar mandir di hadapan pintu wad kecemasan. Hatinya gelisah. Ya, risau akan keadaan Darwish. Mana taknya, melihat Darwish yang berdarah dan lebam lebam pengsan tidak sedarkan diri.
Siapa? Siapa yang lakukan semua ini?
Daryan memandang ke arah Airees yang masih tidak henti henti mundar mandir di hadapan wad kecemasan itu. Persoalannya sekarang ini, kenapa gadis itu lebih risau daripadanya? Siapa abang Darwish sekarang ni.
Riak wajah Airees jelas kelihatan yang dirinya risau. Daryan mengukirkan senyuman dalam diam.
"Ehem ehem". Deheman Daryan membuatkan Airees berhenti seketika. Melihat Daryan yang tersenyum itu membuatkan Airees membahang malu. Kini, baru kau sedar yang kau tu beria je lebih. Abang dia tak risau macam kau pun. Yang kau melebih kenapa.
Okay, sekarang dia termalu sendiri.
"Dah lama kenal Darwish?" Soalan Daryan membuatkan Airees terdiam seketika. Tempat duduk di sebelah Daryan diambilnya.
"Tak.. baru je kenal semalam. Darwish kena buli waktu lepas daftar semalam. Saya yang tolong hantarkan dia balik." Kata Airees.
"Patut la... tiba tiba Darwish call saya semalam kata yang dia keluar dengan kawan. Airees tahu? Darwish... sejak daripada accident lima tahun lepas tu berlaku, dia tak pernah ada kawan. Bagi dia, orang yang dekat dengan dia hanya atas simpati dan belas kesian. Bukannya ikhlas berkawan dengan dia". Airees tekun mendengar.
Patut lah... patutlah Darwish berubah tadi. Darwish ingat yang dia hanya berkawan dengannya atas dasar simpati dan belas kasihan sahaja.
"Erm.. can i know what happened five years ago?" Soal Airees. Tiba tiba hatinya membuak buak ingin tahu tentang Darwish. Daryan tersenyum tipis.
"That day, Darwish's birthday. Waktu tu mama dan papa kami belikan kereta untuk Darwish sebagai hadiah. Darwish happy dan waktu tu, mereka buat keputusan untuk jalan jalan dengan kereta baru. I was in London at the time. Waktu mereka jalan jalan, mereka accident dan we lost our parents. Since then, Darwish has blamed himself for the death of Mom and Dad. Darwish lost his sight and bagi dia, itu balasannya." Airees terdiam. Kaku. Begitu berat ujian Darwish.
"I have never blamed Darwish for what happened. Semua ini takdir Allah. Tapi, Darwish. Hidup dia dihantui semua ini. Dia cakap yang dia tak layak bahagia. Bagi saya, seorang abang... saya nak sangat Rees tengok dia bahagia macam dulu. Darwish banyak berubah". Air mata Daryan menitis jua.
Airees hanya diam tak terkata. Sekarang, dia sudah sedar. Dia sedar yang dia sebenarnya... cintakan lelaki bernama Darwish. Saat kali pertama dia melihat mata lelaki itu lagi, dia sudah jatuh cinta. Ya, kini dia yakin dengan perasaannya. Dia tidak kisah siapapun lelaki bernama Darwish ini.
Kink, dia percaya yang cinta pandang pertama itu tak mustahil.
"Saya akan bahagiakan dia.." Daryan terus memandang ke arah Airees.
"Saya... saya cintakan dia. I love him and I want to make him happy. I don't care who he is or what he lacks. I still want to make him happy." Daryan memandang anak mata hazel milik Airees. Tidak menyangka yang gadis seperti Airees cintakan adiknya yang... serba kekurangan.
"Airees... adik saya buta. You're still going to love him?" Airees mengangguk.
"I don't know why but, since the first time I met him, I've been in love with him. Malu pulak saya bila luah semua benda ni dekat awak."
"Jangan risau Airees. Ermm... saya bersyukur sangat ada orang yang boleh terima Darwish seadanya. Jangan risau. Saya takkan bagitahu dia." Daryan mengenyitkan sebelah matanya kepada Airees . Airees tersengeh malu.
YOU ARE READING
Only Your Eyes
RomanceAirees Beatarisa.. siapa tidak kenal gadis kacukan Itali itu. Sesiapa sahaja yang melihatnya, pasti perkataan yang keluar dari bibir mulut mereka adalah PERFECT. Ya, cukup sempurna. Namun, kesempurnaannya membuat dirinya terasa terganggu dek kerana...