11. Terima

5.8K 40 4
                                    

"Mari saya bawa awak ke klinik. Sherri kata awak degil taknak pergi klinik. Nanti demam awak semakin melarat. Jom.. Jangan degil." Lelaki tampan itu berasa kasihan melihat Aina terbaring lesu atas katilnya. Hanya bersinglet putih dan seluar tidur satin putih. Luqman Muiz sedaya upaya menahan nafsunya. Beberapa kali menelan air liur.

Aina tetap diam dan memandang ke arah lain. Sherri pada masa itu sedang berada di dapur membuat minuman untuk dihidangkan kepada majikan mereka itu.

"Pasal hari tu saya betul-betul minta maaf Aina. Saya tak dapat mengawal nafsu saya. Saya harap awak maafkan saya." Luqman Muiz sangat mengharapkan kemaafan dari Aina.

Aina memusingkan badannya menghadap ke arah dinding. Dia tidak mahu melihat wajah lelaki itu. Dia sangat malu dengan kejadian tempoh hari.

Luqman Muiz duduk di samping Aina. Aina terkejut tapi dia masih membelakangi lelaki itu. Tangan Luqman Muiz menyentuh lengan Aina. Dia cuba memusingkan badan Aina supaya menghadapnya. Aina hanya turut dengan gerakan tangan lelaki tampan itu.

Mata mereka sekali lagi bertentangan.

"Awak bersiap, kita pergi klinik." Luqman Muiz melarikan pandangannya. Dia khuatir jika nafsunya tidak terkawal. Lagipun Aina dilihatnya sangat menggoda. Kulitnya yang putih bersih membuat lelaki itu berasa kagum.

Aina cuba untuk bangun. Namun sukar dirasakannya. Luqman Muiz tiada jalan lain. Terpaksa disentuhnya tubuh wanita idamannya itu. Dibantunya bangun. Dan sekali lagi mata mereka bertentangan. Kali ini lebih rapat sehingga desah nafas mereka masing-masing terasa di antara satu sama lain.

Disentuhnya dagu Aina. Diangkat sedikit. Aina menutup matanya. Bibirnya diketapnya. Luqman Muiz geram. Lantas satu ciuman mendarat di dahi Aina. "Awak terlalu sempurna bagi saya,  Aina. Izinkan saya menjaga awak sampai bila-bila."

Aina membisu.

Pelukan mereka sangat erat.

"Jom pergi klinik." Luqman Muiz sedar kalau Aina tiada memberinya sebarang jawapan. Tetapi dapat dirasakan jawapan itu dengan balasan pelukan erat wanita comel itu.

"Ermmm.. Sa mau tukar baju dulu." Aina melepaskan pelukan itu. Merah padam mukanya. Dia tunduk. Luqman Muiz melihatnya sambil senyum bahagia. Sebelum keluar dari bilik, dia sempat mencium pipi tembam Aina. Aina benar-benar merasakan sesuatu. Perasaan yang amat lama terkubur di jiwanya.

"Sa jatuh cinta kaaa ini?????"

Masa SilamWhere stories live. Discover now