"Pagi tadi Aina ada balik, matanya bengkak ni.. Sa tanya kenapa, dia diam saja.. Terus masuk bilik. Sa kasi biar saja. Jadi sa keluar laaa pigi kedai kejap beli barang.. Sampai rumah, sa panggil-panggil dia, dia tia jawab.. Sa cuba buka pintunya, tia kunci.. Dia tiada dalam bilik. Sa buka almari baju, tingu bagasi dia tiada.. Sa call pun, phone dia off tu.." Jelas Sherri panjang lebar dengan loghat Sabahannya yang pekat. Mujur Nazri faham kerana 2tahun hidup bersama Aina membuatkan dia mudah memahami setiap tutur bicara Sherri.
"Ooo.. Kau ada tau siapa lagi kawan-kawan diye yang diye rapat selain kau?" Nazri bertanya.
"Cuba kau pigi try tanya kawannya yang nama Saidah di hotel tempat dia kerja tu. Manatau Aina stay di rumahnya.."
"OK.. Thanks Sherri. Kau dari dulu selalu tolong kami kalau kami ada masalah. Thanks jugak sebab kau jaga Aina.. Aku minta maaf sebab pernah kecewakan Aina dulu. Salah aku. Aina baik." Nazri tiba-tiba berasa sebak.
"Tia palaaa tu Nazri.. Kalau sa boleh tanyalah kan, kenapa si Aina tu? Dia gaduh sama si boss kah?" Sherri mencuba nasib bertanya.
"Aina gaduh aku sekali ngan Luq.." Jawab Nazri perlahan.
"Apa????" Bulat mata Sherri.
Nazri pun bercerita tentang semua yang berlaku subuh tadi.
Sherri mendengar semuanya. Di hatinya mulai bercambah kebencian kepada majikannya, Luqman Muiz.
"Kesian Aina. Nazri, tolong cari Aina."
"Jangan-jangan diye dah balik Sabah. Eeehh.. Nak tanya.. Ayah tiri diye masih ada?"
"Tia mungkinlah dia balik Sabah.. Ooo.. Lama sudah meninggal tu. Masa arwah meninggal, Aina tiada balik Sabah pun. Mungkin Aina sangat berdendam dengan arwah. Kesian Aina. Dari kecil dia sengsara. Kami semua bermain, dia buat semua kerja rumah." Sherri menahan tangis.
"Mama dia pun tia dapat lindungi dia. Sudahlah dia anak tunggal." Sherri tidak dapat menahan airmatanya.
"Tapi tulah sa beruntung dapat kawan macam Aina ni. Dia ibarat mama, kakak, semualah bah.. Dia pigi mabuk-mabuk pun, dia tia pernah abaikan sa. Dia jaga sa.. Dia ingat pesan mama sa di kampung.. Kalau mama sa call, mama sa selalu pesan sama Aina supaya jaga sa. Betul Nazri, Aina jaga sa.. Dia baik betul bah Nazri.. Bila sa cakap dia baik, dia marah sa. Dia bilang, "kau jangan jadi macam sa, sa jahat. Kesian mama kau.. Sa pun sebenarnya menumpang sayang sama mama kau. Mama sa sendiri pun tiada pesan apa-apa sama sa.." Dia bilang macam tu Nazri sama sa.. Tulaa sa sedih betul kalau ingat.." Sherri menangis teresak-esak.
Sherri terus menyambung.
"Sorry kalau sa cakap ah Nazri.. Lepas kamu putus, Aina jadi liar. Kalau kena shift pagi, malam jangan haraplah kau nampak dia di rumah. Tula kadang-kadang sa kasi kawan dia.. Sebab dia kuat mabuk. Tapi lama-kelamaan dia jadi macam alah bisa tegal biasa ni.. Minum arak ibarat minum air mineral. Kesian Aina. Dia memang kecewa teruk Nazri. Muka dan gayanya memang nampak ceria. Tapi dalam hati dia tanggung semua kecewanya.."
Tanpa disangka, airmata lelaki Nazri tumpah jua akhirnya.
"Sa tia pernah rasa dia cintakan si boss.." Sejak hari yang kita terjumpa di restoran tu, Aina selalu termenung. Bila sa tanya kenapa, dia tia jawab.."
"Dia ada cerita masa kamu di resort tu.. Sebenarnya sa geram juga sama kau Nazri. Kau ugut dia macam-macamkan.."
"Aku minta maaf Sherri.. Masa tu aku cemburu dengan mereka. Aku pun bodoh buat Aina macam tu.. Aku masih sayangkan Aina. Aku cintakan Aina.."
Sherri terdiam. Ya. Terpancar keikhlasan Nazri.
"Kalau macam tu, kau tolong cari Aina ah Nazri.. Sa takut Aina buat perkara bodoh.."
"Ya Sherri. Aku akan cuba cari Aina."
"Dan tolong pastikan gambar-gambar tu tia tersebar aaaa.." Sherri sangat mengharapkannya.
"Ya Sherri. Aku janji untuk itu." Nazri benar-benar ingin memastikannya.
YOU ARE READING
Masa Silam
RomanceSetiap insan di muka bumi ini mempunyai kisahnya tersendiri. Baik manis, pahit.. Aina Kartikasari, seorang wanita yang sukar didekati ternyata mempunyai alasannya tersendiri. Luqman Muiz berusaha untuk mendapatkan Aina dengan bermacam cara. Cinta...