47. Niat

5.6K 38 0
                                    

"Saya nak jumpa awak petang ni. Bincang pasal pertunangan kita. Awak datang. Saya tunggu. Awak datang ke bilik 304."

Ringkas chat Luqman Muiz kepadanya. Dia tidak membalas. Hanya bluetick diberikan tanda sudah membacanya.

"Apa lagi dia mau ni? Dalam bilik hotel lagi tu.. Emmm.. Mungkin ni peluang aku cerita semua sama dia. Okay.. Sa akan terangkan semua. Sa tia sanggup lagi mau tipu dia. Biarlah sa tanggung semua. Salah sa juga.."

**************************************

Balik dari kerja petang itu, Aina sempat mandi di tempat kerjanya. Berdandan ringkas. Memakai kemeja petak-petak mengikut bentuk badannya. Seluar jeans LEVI'S  koyak di peha dan lutut. Berkasut CONVERSE putih. Aina kelihatan sangat cantik dan sempurna. Baju kotor dan bekalannya dia tinggalkan di lockernya. Malas membawa lagipun besok dia cuti. Hotel tempatnya bekerja hanya selang 2 bangunan dari hotel Luqman Muiz. Dia berjalan kaki ke sana.

Sampai dia di lobi, kawan-kawan yang ada di sana menjerit dan datang memeluknya. Lama tidak berjumpa. Sempat berbual sebentar sebelum dia mendapat text ringkas lagi dari Luqman Muiz.

"Saya tak suka menunggu.. Cepat.."

"Eleh.. Eksen saja kau sana.." Aina berasa jengkel.

Dia kemudiannya meminta diri dan mulai menaiki lift mencari bilik yang dimaksudkan.

304.

Ting tong

Di tekannya loceng di luar. Pintu dibuka dari dalam. Dia pun masuk dalam keadaan teragak-agak.

Hatinya berdebar melihat Luqman Muiz. Entah kenapa. Rindu. Ya! Dia rindu! Apatah lagi dengan suasana begini. Di dalam bilik hotel yang dingin. Lampu bercahaya romantik. Wangi bilik yang nyaman. Teringat aksi Luqman Muiz semasa mereka bercuti di resort milik Nazri.

"Arrgghh! Gila kau Aina!"

"Awak nak minum. kalau nak, saya pesan.."

"Errrr.. Tia payahlah.. Sudah juga sa minum tadi.."

"Siapa hantar awak ke sini?" Luqman Muiz nampaknya sudah mulai mulakan 'sesi pertama'

"Jalan kaki ja.. Bukan jauh pun dari tempat kerja sa.."

"Duduklah.."

Dalam bilik itu ada set sofa double, set meja solek, tv, katil single, kabinet lekat dan kamar mandi. Ringkas tapi nampak elegan.

Luqman Muiz di atas sofa. Aina terkulat-kulat berfikir di mana hendak dilabuhkan punggung montoknya. Akhirnya dia duduk di bucu katil bertilam tebal itu.

Suasana kembali sunyi seketika. Aina tunduk. Dia perasan Luqman Muiz sedang memandangnya.

"Aaa.. Kalau ada mau cakap, cakaplah. Sa mau balik ni. Tiada sa bagitau Sherri lagi ni. Nanti dia risau." Aina bersuara.

Luqman Muiz masih diam. Dipandangnya Aina. Dalam fikirannya terbayang 5keping gambar itu.

"Awak ada nak cakap apa-apa? Ke saya dulu?" Luqman Muiz bertanya.

"Kau dululaaa.."

"1 soalan saya, kenapa awak menjauhkan diri dari saya tiba-tiba? Saya ada salah apa dengan awak?"

Gulp! Aina menelan liur.

"Sa... Sa..  Kau tiada salah pun sama sa.. Sa yang salah.." Airmatanya mulai bergenang.

"Kenapa? Pasal awak tak sanggup tipu saya atau awak memang tak cintakan saya lagi?" Luqman Muiz bermain serkap jarang nampaknya.

Aina terpempan.

"Tipu apa?" Aina tiba-tiba gusar.

"Kalau awak berterus terang dengan saya, saya jamin saya akan maafkan awak dan putuskan pertunangan kita jika itulah yang awak minta." Perlahan suara Luqman Muiz.

Aina tekad memberitahu cerita sebenar. Luqman Muiz kelihatan tenang.

"Sa pernah ada hubungan dengan Nazri.."

Ayat pengakuan pertama Aina sudah membuatkan Luqman Muiz panas hati. Ditahannya. Dia membiarkan Aina meneruskan.

"Kami bercinta selama 2tahun..." Lama Aina terdiam.

"Maksudnya korang pernah terlanjur? So dialah lelaki tu?" Kali ini Luqman Muiz sudah mulai tidak dapat mengawal perasaannya.

"Errmmm.. Ya.." Aina mengaku.

"Sa minta maaf sebab tipu kau.. Tulah sa bilang sa bukan perempuan baik-baik." Aina menangis.

"Sa tau kau tia dapat terima sa lagi. Sebab tu sa minta kita putus. Supaya keluarga kau tia malu. Sa ni teruk bah!" Tangisannya semakin kuat.

Luqman Muiz hanya memerhatikan Aina. Tidak dipujuknya. Dia masih mahu bertanya. Untuk kepastian walaupun aksi dalam gambar-gambar itu seperti sudah menceritakan kepadanya.

"Nazri tu buaya darat.. Serupa macam saya. Tapi dia jenis buaya ganas." Kedengaran seperti bangga dia berbicara.

Kali ini giliran Aina mendengar.

"Saya masih ingat 5tahun yang lalu, Nazri mengandungkan teman wanitanya yang masih bersekolah. Kesian.. Sampai tak sempat budak tu nak ambik SPM.. Nazri taknak bertanggungjawab. Budak tu bunuh diri dengan makan pil tidur secara berlebihan. Tapi biasalah.. Orang kaya dengan orang kaya. Cerita tu macam tu sajalah. Tutup kes sebab takut malu."

Aina terperanjat. Dia memang tidak pernah menyelidiki siapa Nazri dulu semasa bercinta. Nazri menabur segala kemewahan kepadanya dulu. Mujur saja dia tidak pernah mengandung. Tapi Aina meninggalkan Nazri sebab dia sendiri menyaksikan aksi seks Nazri bersama seorang perempuan di dalam bilik mereka. Di atas katil mereka. Gara-gara dia ketinggalan flight untuk balikdia pun balik ke kondominium tanpa menghubungi Nazri. Dan ternyata itu amat memeranjatkan. Mereka bertengkar dan Aina mengambil keputusan meninggalkannya.

"Issshhhh!!! Kenapa mesti sa ingat ni semua?!"

"Diye tak pernah ceritakan kat awak?" Soalan Luqman. Muiz membuatkan lamunan Aina terhenti.

Aina menggelengkan kepalanya.

"Best ke ngan Nazri?" Soalan cepumas dari Luqman Muiz.

Aina bungkam.

"Apasal diam? Best?" Lelaki itu tidak putus bertanya.

Aina mengangkat punggungnya hendak meninggalkan Luqman Muiz. Dia tidak sanggup lagi menjawab segala soalannya.

Luqman Muiz bingkas bangun dari sofa dan terus menarik tangan Aina. Pantas gerakannya. Dipeluknya erat Aina. Sumpah. Dia amat merindui hangat tubuh badan Aina. Gambar-gambar itu juga membuatnya bernafsu. Sesak nafas Aina bila wajahnya tersembam di dada bidang Luqman Muiz. Tidak dilepaskannya Aina. Aina meronta-ronta minta dilepaskan.

"Luq rindukan sayang.." Bisik Luqman Muiz.

"Uummpphhhhh.. Luq.. Jangan macam ni.." Pelukan lelaki itu sangat kuat.

Dilepaskannya pelukan. Dipegangnya kedua lengan Aina. Aina tunduk.

"Sayang, Luq nak sayang tau yang Luq cintakan sayang.." Disentuhnya dagu Aina. Diangkatnya sedikit. Diciumnya bibir munggil Aina. Aina membuka mulutnya dan membiarkan lidah Luqman Muiz menari-nari di dalam mulutnya. Dia segera membalasnya. Dan ternyata ciuman mulut yang hangat itu sangat membuaikan.

Desahan Aina membuatkan Luqman Muiz tambah bernafsu. Tubuh bogel Aina dan aksi seksnya bersama Nazri di dalam gambar itu sedang bermain-main di benak fikirannya.

"Luq nakkan sayang..." Ucap Luqman Muiz sebaik sahaja ciuman mereka terlerai.

Masa SilamWhere stories live. Discover now