28. Rindu

7.7K 32 0
                                    

Direnungnya gambar di handphonenya. "I miss You so much sayang..."

Luqman Muiz amat merindui gadis di dalam gambar itu. Sudah sebulan lebih dia hanya memerhatikan Aina dari jauh. Itupun jarang-jarang. Melainkan semasa Aina ke kelab malam. Dia hanya mampu melihat gelagat Aina meneguk arak, menari terkinja-kinja, menyanyi. Bila Aina balik, dia akan pastikan Aina naik teksi yang sudah dibayarnya untuk keselamatan Aina. Sayangnya dia pada Aina.

"Apa salah Luq sayang...?"

*************************************

2 hari yang lalu

"Sherri, Aina kerja di mana sekarang?" Sengaja dia bertanya.

"Errrrrrr.. Aina.. Aina....." Sherri teragak-agak menjawab.

"Takpalah Sherri, cuma tolong jangan beritahu Aina yang saya ada bertanya tentang dia okay."

Sherri menganguk faham.

"Sa minta maaf boss. Sa bukan tia mau bagitau. Tapi ni Aina yang pesan jangan bagitau siapa-siapa."

"It's okay Sherri.. OK.. Pergilah teruskan kerja awak."

*************************************

"Aina, boss tanya pasal kau tadi."

"Oh.. Kenapa juga?"

"Aina, siou aaa kalau sa tanya.. Emmm.. Kalau kau ada masalah, kau ceritalah sama sa, manatau sa bulih tulung sikit-sikit. Sa perasan perangai kau lain macam masa kau baru balik bercuti tu hari. Kau gaduhka sama si boss?" Sherri nampaknya terpaksa memberanikan diri untuk mengorek rahsia.

Lama Aina terdiam.

"Aaaa.. Kalau kau tia mau cerita, biarlah. Sa tia mau paksa." Sherri mulai bimbang jika Aina terasa hati. "Sa masuk bilik dulu aaaaa.." Sherri bangun untuk meninggalkan Aina.

"Sa tidur sama Nazri." Perlahan suara Aina tapi sangat jelas di telinga Sherri.

"Apa????????!!!!!!"

**siou=maaf
**bulih tulung=boleh tolong

Masa SilamWhere stories live. Discover now