"Kenapa you liat sangat bila I ajak kahwin. Dah dua tahun kita bertunang, tapi you asyik tak sedia. You nak I mintak papa you paksa kita kahwin ke?"
Aulia buat muka selamba. Dia memotong lamb chop dengan penuh hati-hati dan seterusnya kepingan lamb chop itu dimasukkan ke dalam mulut. Lagaknya sekarang bagaikan tidak terdengar satu patah pun kata-kata tunangnya, Mukhriz. Dia terus makan lagi. Langsung tidak pedulikan Mukhriz.
Mukhriz berang. Dia mengelap mulutnya dengan napkin lalu napkin tadi dicampak kasar. Melihat muka selamba Aulia darahnya menggelegak. Sudah berkali-kali dia ajak tunangnya menikah, namun alasan yang sama gadis itu berikan. Belum bersedia!
"Aulia... you dengar tak apa yang I cakap ni?" Seboleh-bolehnya Mukhriz tidak mahu naik angin. Tetapi melihat reaksi Aulia dia tidak mampu bersabar.
"Kalau you sibuk sangat nak kahwin cepat, pergilah cari perempuan lain."
Mukhriz terkejut. Tidak menjangka Aulia akan lontarkan cadangan itu. Cadangan yang sangat tidak masuk akal! Dia bukan tidak sabar untuk berkahwin. Dia hanya mahu menjadikan cinta hatinya sebagai yang halal secepat mungkin.
, anak kepada tokoh perniagaan terkenal, Tan Sri Halim Iskandar. Dia jatuh hati kepada gadis itu sejak dibangku sekolah lagi. Bersusah-payah dia memikat hati bakal mentuanya untuk memiliki Aulia.
"Aulia. You tak sayang I ke?"
Jeda.
"Lia..."
"I dah habis makan. Waktu lunch pun dah habis. I nak balik pejabat. Ada meeting." Aulia mengesat mulutnya dengan napkin. Kelihatannya dia tidak berminat untuk menjawab soalan Mukhriz tadi. Napkin diletakkan di sisi pinggan dan dia terus bangun menuju ke kaunter.
"Aulia. You tak jawab soalan I." Mukhriz mengeluarkan dompetnya namun Aulia terlebih dahulu mengeluarkan kad kreditnya. "Lia, bagi I bayar."
Aulia memberi isyarat agar juruwang menggunakan kad kreditnya. Usai menjelaskan pembayaran dia ayun langkah keluar dari restoran. Panggilan Mukhriz dia tidak hiraukan sedikit pun.
"Lia." Mukhriz menarik tangan Aulia.
Bagaikan renjatan elektrik yang sangat menyakitkan, Aulia pantas menarik tangannya. Dia tidak perasan ada seorang lelaki sedang berjalan di sebelahnya. Tangan yang dia tarik tadi tidak sengaja menampar pipi lelaki itu.
Pantas Aulia berpusing. "Maaf encik saya tak sengaja. Encik tak apa-apa ke?"
Lelaki itu menggeleng sahaja walaupun pipinya kelihatan merah berbekas. Terus sahaja lelaki itu masuk ke dalam restoran.
"You tengok apa yang you dah buat." Aulia berang. Dia lajukan langkah menuju ke kereta.
"I cuma sentuh you sikit je. Itu pun nak melenting ke?"
"Tetap, I tak suka you sentuh I suka hati." Aulia menggeledah beg tangannya mencari kunci kereta. Di saat dia mahu cepat-cepat lari dari Mukhriz, kunci dia tak jumpa pula.
"Kenapa? Haram? Dosa?"
Aulia angkat kepala.
"You tak pakai tudung. Dedah rambut tu tak dosa ke?" Mukhriz mencekak pinggang. Aulia bukanlah seorang gadis yang warak atau jenis muslimah. Tapi hendak pegang tangan pun susah. Keluar berdua lagilah jarang. Selepas dia mengadu kepada Tan Sri Halim barulah Aulia sudi keluar dengannya. Itu pun sekadar makan malam atau makan tengah hari. Menonton wayang atau membeli belah bersama, memang tidak pernah.
"I tak cakap yang I ni alim. I cuma tak suka you sentuh I. Itu aje." Aulia sudah menemui kuncinya. Dia menekan alarm keretanya. Tangan mahu membuka pintu di saat Mukhriz berdiri menghalang.
YOU ARE READING
Mr Bibik
Romance"Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik." - Firas Iman "Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje."...