"Awak siapa?" Aulia memerhatikan lelaki yang berdiri di luar pintu gril kondonya. Boleh tahan kacak. Senyuman manis bagai gula Melaka. Rupa pun sejuk mata memandang. Allah hantarkan lelaki ini sebagai jodoh dia ke? Dari atas ke bawah dia perhatikan lelaki itu. Macam pernah tengok pakaian seragam yang dipakai lelaki itu. Matanya kembali naik ke atas. Senyuman gula kabung lelaki itu buat hatinya cair. Automatik bibirnya membalas senyuman lelaki itu. Siap dengan sengih.
"Ehemm!"
Aulia kembali ke alam realiti. Dia kembali serius. "Awak siapa?"
"Ni rumah Cik kan. . Ini kad saya kalau cik tak percaya." Firas tunjukkan tag nama yang tergantung di leher lalu serahkan kepada Aulia.
Aulia membaca nama dan membandingkan gambar yang tertera dengan lelaki itu. Sama serupa. Dia kerutkan dahi. Tidak pernah dia tahu ada lelaki yang bekerja sebagai pembantu rumah di syarikat itu. Dia serahkan kembali tag nama tadi.
"Sekejap ya." Aulia menutup pintu dan terus kembali ke ruang tamu. Dia mencapai telefon yang terletak di atas meja.
"Assalamualaikum. Jangan marah aku." Kedengaran suara dari sebelah sana.
"Hah... Apa yang patut aku marah?" Aulia tinggikan suara. Nampaknya Siti sudah bersedia untuk menghadap marahnya. "Mana makcik yang biasa tu. Aku nak kau hantar dia. Ambik balik Mr Bibik kau ni."
"Weh. Tolong aku. Jangan halau dia. Aku tak cukup staf ni. Sekali ni aje. Lain kali aku hantar perempuan. Dia pandai masak tau. Kau suruh dia masak. Aku tak caj."
"Siti Nurhaliza. ." Dia tidak akan termakan dengan tawaran sahabatnya. Apa pun terjadi lelaki diharamkan masuk ke dalam rumahnya.
"Serius aku tak ada staf lain nak hantar. Makcik Rahmah balik kampung. Minggu depan dia balik. Kalau kau nak Makcik Rahmah jugak, minggu depan..."
"What?" Aulia sekali lagi meninggi suara. "Apa gila minggu depan. Rumah aku dah dua minggu tak ada orang. Kalau tunggu minggu depan..."
"Okay. Aku tak kenakan caj yang ni. Free aje. Dia akan bersihkan rumah kau hari ni dengan lusa. Lusa pun free juga. Next week aku hantar Makcik Rahmah macam biasa."
Aulia diam. Tawaran yang sangat menarik. Dua hari khidmat membersihkan rumah percuma. Khidmat menggosok baju dan ada tukang masak sekali. Bagus juga. Memang dia malas hendak keluar hari ini. Aulia tersengih sendiri. Siti Nurhaliza memang pandai ambil hati dia.
"Okay. Aku maafkan kau kali ni. Aku izinkan dia kerja."
"Okay. Thank babe."
Talian ditamatkan. Aulia mengambil kunci sebelum kembali mendapatkan Firas. Dia membuka pintu gril. Dia keluar dan berdiri di hadapan lelaki itu.
"Siti cakap awak pandai masak. Awak pandai masak apa?" tanya Aulia sambil matanya menjelajah tubuh Firas. Nampak tegap. Dada lebar.
"Ermm... Masakan kampung je saya pandai. Puan Siti suruh saya masak ke?" Firas berfikir seketika. Siti kata kalau masak dia akan di bayar ekstra.
"Ya Siti kata awak kena masak. Saya nak pergi spa. Saya nak awak masak untuk saya. Kemas rumah macam biasa. Awak tunggu sini saya nak tukar baju."
Firas angguk. Dia memerhatikan Aulia masuk ke dalam rumah. Agak lama dia menunggu barulah Aulia keluar.
"Awak boleh masuk sekarang. Oh ya... jangan kemas bilik tidur saya." Aulia memberi arahan. Usai itu dia berpusing untuk berlalu.
"Kenapa tak payah kemas bilik. Puan Siti cakap bilik Cik Aulia saya kena kemas elok-elok. Cik Aulia ni cerewet."
YOU ARE READING
Mr Bibik
Romance"Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik." - Firas Iman "Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje."...