"Saya kena kahwin dengan dia." Firas tunjuk Aulia. Memang betul-betul bala ni. Dia cuba duduk dengan tenang. Tadi mereka berbicara di depan pintu masuk. Sekarang mereka berada di ruang tamu. Malah dia sedang duduk di sofa sambil matanya memerhatikan lelaki bergelar Tan Sri itu. Di sebelah Tan Sri Halim adalah lelaki yang kononnya tunang perempuan itu.
Matanya memandang ke arah Aulia sedang menangis dengan ditenangkan oleh seorang wanita berusia juga. Tiba-tiba sahaja wanita separuh umur itu muncul bersama seorang lagi lelaki. Dia langsung tidak kenal siapa mereka semua. Dan sekarang mereka semua memaksa dia berkahwin dengan 'Cik Aulia'. Kecuali lelaki yang menuduhnya sebagai anak ikan tadi.
"Saya sanggup kahwin dengan Aulia uncle. Tak payah kahwinkan dia dengan lelaki tak tentu pasal ni. Entah orang miskin mana yang Aulia kutip ni." Mukhriz tidak akan membiarkan Aulia jatuh ke tangan orang lain. Sudah lama dia bertunang dengan gadis itu. Alih-alih dia kena berputih mata.
"Mukhriz. Terima kasih atas niat baik kamu. Tapi uncle rasa lebih baik Mukhriz cari perempuan yang lebih baik." Ucap Tan Sri Halim. Seterusnya mata beralih ke arah Firas. "Dan kamu kena bertanggungjawab atas apa kamu buat. Berdua-duaan dengan anak saya dalam kondo ni."
"Daddy... Kami berduaan tak sampai lima minit. Apa kami boleh buat dalam masa lima minit tu." Aulia tidak sangka papanya sekejam itu.
"Betul tu tuan. Lima minit tak sempat buat apa pun. Nak mukadimah pun tak sempat." Firas menyampuk.
Aulia menjeling Firas tajam.
"Itu yang saya nampak. Yang saya tak nampak!" Tan Sri Halim bersuara keras.
"Panggil dia Tan Sri bukan tuan. Kau tau ke dia ni siapa."
"Tak aku tak tau." Firas membalas kata-kata Mukhriz. Pertama kali dia berjumpa tokoh itu. Pastilah dia tidak kenal.
"Dia ni Tan Sri Halim Iskandar. Pemilik Kumpulan Halim Reka. Syarikat pembinaan terkenal."
"Maaf tak kenal." Firas tidak berselindung.
"Kurang ajar. Biar saya tumbuk dia uncle. Tak hormat orang langsung."
"Sudah." Tan Sri Halim menahan Mukhriz dari bangun. Dia tidak mahu timbul kekecohan yang lebih besar lagi.
"Daddy. Please... baby girl tak nak kahwin dengan dia." Aulia mengesat air matanya.
"Betul uncle. Jangan nikahkan Aulia dengan orang gaji ni. Biar Aulia kahwin dengan saya." Mukhriz tidak jemu-jemu menawarkan diri.
"No! Aulia tetap kena kahwin dengan budak ni. Mukhriz jangan masuk campur. Uncle kena ajar Aulia ni. Takkan dia dah buat maksiat dengan orang lain tapi orang lain kena tanggung."
"Berapa kali baby girl nak cakap, dia staf Siti. Kalau daddy tak percaya. Daddy boleh panggil Siti."
"Baby girl boleh mintak pembantu lain kan. Kenapa mesti izinkan dia masuk."
Aulia terdiam. Kelihatan ayahnya sudah bulatkan tekad tidak akan menerima sebarang alasan yang dia berikan.
"Kalau baby girl tak mau kahwin. Daddy lucutkan jawatan baby girl. Dan jangan harap bantuan daddy lagi. Pergi cari kerja sendiri."
"Daddy jahat. Mama... daddy tak sayang baby girl." Aulia menangis di riba mamanya.
"Takpe you... kalau daddy you tak nak tolong kahwin dengan I. I boleh senangkan you. Please uncle biar saya yang kahwin dengan Aulia."
Tan Sri Halim tidak menjawab. Sebaliknya dia menjawab telefon yang sedang bising minta diangkat.
"Assalamualaikum Mahfuz."
YOU ARE READING
Mr Bibik
Romance"Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik." - Firas Iman "Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje."...