"Macam mana date babygirl siang tadi?" tanya Tan Sri Halim sebaik sahaja Aulia rebahkan punggung di sebelahnya. Mata masih di halakan ke TV.
"Daddy. Boleh tak lain kali tolong cipta alasan. Babygirl tak nak keluar dengan dia lagi. Asyik-asyik tanya fasal kahwin. Bosan." Aulia lentokkan kepala ke bahu ayahnya. Perlahan dia cuba merampas alat kawalan jauh. Namun pantas tangannya dijentik.
"Daddy tengah tengok rancangan kegemaran daddy. Jangan kacau."
"Daddy... dunia dah makin canggih. Dulu tak ada siaran ulangan. Tapi sekarang... boleh ulang banyak kali. Kat YouTube ada." Aulia menggosok kekura tangannya yang pedih. Bukan dia tidak tahu kepantangan ayahnya jika orang ganggu semasa menonton berita. Dia yang sengaja mencari fasal.
"Kenapa dengan Mukhriz?"
"Daddy... babygirl tak suka dia. Benci dia."
"Jangan benci sangat nanti jatuh cinta." Tan Sri Halim mengusik anak gadisnya. Rasa bersalah mula muncul. "Kalau tak kerana company kita terdesak nak duit hari tu, tak adalah babygirl kena menghadap lelaki macam tu. Daddy pun tak suka Mukhriz. Tak reti nak hormat orang. Berlagak. Sesuka hati dia kutuk Ken. Padahal Ken tu lagi tua dari dia."
"Habis tu daddy macam mana. Tempoh dua tahun setengah dah nak sampai. Nak tak nak babygirl kena kahwin jugak dengan Mukhriz."
Tan Sri Halim terdiam. Kepalanya memikirkan berbagai-bagai rancangan untuk memutuskan pertunangan Aulia dengan Mukhriz. Lelaki itu bukan playboy malah boleh dikatakan sangat setia dan mencintai anak gadisnya. Pernah dia mengupah seorang gadis untuk memikat Mukhriz. Tetapi gagal.
Secara kasarnya lelaki itu nampak baik tetapi Mukhriz suka berlagak dan bersikap sombong. Malah bertindak mengongkong Aulia padahal mereka setakat bertuang sahaja. Setiap malam sebelum tidur Aulia harus menelefon Mukhriz. Malah lelaki itu mengupah pengawal peribadi untuk menjaga anak gadisnya.
Pertunangan Aulia dengan Mukhriz adalah salah satu syarat dari bantuan syarikat keluarga Mukhriz. Syarikatnya hampir bankrap kerana pembekal lari. Syarikat keluarga Mukhriz membantu meminjamkan modal.
"Babygirl ada pakwe simpanan."
Aulia geleng. "Pakwe pun tak ada. Apalagi pakwe simpanan? Habis karang lelaki tu kena bunuh dek Mukhriz." Berlapis dahi gadis itu memikirkan pertanyaan daddynya. Bukan daddy tidak tahu yang dia workoholic. Kepalanya hanya fikirkan kerja sahaja. Pantang dia berjumpa lelaki mulalah telefonnya melalak.
"Pelan tangkap basah babygirl dengan pakwe tulah."
Pap! Selamba sahaja Aulia menampar bahu Tan Sri Halim. Tidak menyangka papanya akan meluncurkan idea gila itu. Tangkap basah akan buat dia dan seluruh keluarganya malu.
"Wahai Tan Sri Halim. Tak ada pelan lain yang lagi bernas ke?"
"Kalau babygirl kena tangkap basah kan... dah sah Tan Sri Mahfuz tak nak bermenantukan babygirl. Jadi dia akan paksa Mukhriz cari perempuan lain." Itu sahaja jalan yang dia boleh fikirkan. Jika kena tangkap basah Tan Sri Mahfuz juga akan malu. Dia memanglah malu. Tetapi dia sanggup demi anak tunggalnya.
Aulia tepuk dahi. Kenapalah tokoh korporat ini begitu naif. "Daddy ingat Muhriz nak setuju macam tu aje. Silap-silap dia akan paksa babygirl kahwin malam tu jugak demi tutup malu."
Tan Sri Halim menggaru kepala. "Kenapa dia obses sangat dengan babygirl?"
"I wish I know why."
YOU ARE READING
Mr Bibik
Romance"Saya Firas Iman daripada Cuci Bersih Service. Majikan saya hantar untuk bersihkan kondo cik." - Firas Iman "Aku nak perempuan tau, bukan lelaki. Tak bolehlah bayangkan lelaki jadi pembersih rumah, tahu tak? Biasa lelaki ni tukang sepah rumah aje."...