BAB 4

2K 27 3
                                    

"Habuk satu inci. Anak dara pemalas." Firas melarikan jarinya di atas rak TV. Jelas kelihatan habuk yang sudah tebal. Mungkin kali terakhir rumah itu dibersihkan adalah dua minggu lepas semasa dia datang ke situ. Janjinya kepada Aulia untuk datang dua hari kemudian, tetapi gadis itu terpaksa ke Sabah pula.

"Dah dua minggu saya tak balik rumah. Sebab tu habuk tebal." Aulia menunjukkan bagasinya yang terletak di tepi sofa dengan isyarat mata. Rasanya Firas tahu dia tiada di rumah. Kenapa mesti membebel. Jika tidak kerana Makcik Rahmah bercuti memang dia tidak akan benarkan Firas datang. Masih terasa tebal mukanya melihat pakaian dalam yang tergantung di bilik laundry minggu lepas.

"Nak saya cucikan baju."

"Tak payah. Saya hantar laundry." Terasa bahang di mukanya.

"Saya basuhkan."

"Kalau semua rajin. Boleh bankrap tauke dobi. Ini kunci. Dan ni duit untuk beli barang basah. Saya nak pergi spa sekejap. Balik nanti saya nak makan. Macam biasa jangan kemas bilik saya." Aulia menyerahkan kunci dan duit.

"Cik Aulia nak makan apa?" Suka sangat beri arahan tergantung. Suruh masak tapi tidak beritahu hendak masak apa.

"Siakap asam pedas. Awak masak ajelah apa-apa. Saya balik dalam pukul dua rasanya." Aulia kerling jam di tangan. Sudah pukul 11 pagi.

"Baik cik." Firas menghantar Aulia dengan pandangan matanya. Tidak seperti dua minggu lepas dia di suruh tunggu di luar sementara Aulia menukar baju. Kali ini Aulia mengizinkan dia masuk.

"Bilik dia ada harta karun ke. Atau tongkang pecah." Perlahan Firas ayun langkah menuju ke bilik utama. Tombol dipulas. Sebaik pintu terbuka mulutnya menganga. "Ini bukan tongkang pecah. Ini negeri dilanggar geroda. Bilik atau kawasan pelupusan sampah ni."



Perlahan Aulia melangkah masuk ke dalam rumahnya sendiri. Kedengaran suara lelaki bercakap dalam bahasa Hindi. Dia letakkan kasutnya di rak sebelum ayun langkah ke ruang tamu. Dia sengaja balik awal untuk melihat Firas bekerja.

Firas sedang duduk di hadapan TV. Melipat kain sambil menonton filem Hindustan. Terlihat Shah Rukh Khan sedang beraksi di kaca TV. Selamba sahaja lelaki itu menonton tv tanpa kebenaran dia. Aulia alihkan mata melihat tangan Firas. Dia sudah pesan jangan basuh kain. Kenapa mesti lelaki itu melipat kain. Lipat kain? Lelaki itu sedang melipat... seluar dalamnya.

"Firas. Apa awak buat tu?" Aulia terus menerpa dan merampas seluar dalamnya dari tangan lelaki itu.

"Lipat kain. Makcik Rahmah cakap kena cuci kain dan lipat sekali. Dah banyak saya lipat. Cik tau tak dia akan membebel marahkan saya kalau saya tak cuci dan kemas bilik cik." Minggu lepas dia ikut arahan Aulia. Tapi minggu ini dia langgar arahan kerana Makcik Rahmah membebel. Katanya Aulia sanggup beli baju baru dari membasuh kain kotor.

Aulia buntangkan mata. "Awak cuci semua baju kotor dalam beg saya ke?"

"Ya. Dengan kain yang dalam bakul kat bilik tu. Baju yang perlu dry-clean saya hantar kat dobi bawah."

Sekali lagi Aulia buntangkan mata. Bakul dalam bilik hanya ada pakaian dalam dia sahaja. Terus dia berlari menuju ke biliknya. Sebaik membuka pintu, nafasnya menjadi sesak. Biliknya sudah berkemas. Cadar juga sudah berganti. Mahu sahaja dia menjerit di situ namun cepat-cepat dia tarik nafas dan hembus. Dua tiga kali dia buat perkara yang sama hingga dia rasa tenang. Dia kembali semula ke ruang tamu.

"Dah tak payah lipat lagi. Awak pergi buat kerja lain."

"Itu yang last. Dah habis dah saya lipat. Tak baik tinggal kerja separuh siap." Firas bangun lalu merampas seluar dalam yang ada di tangan Aulia lalu melipatnya dan letakkan dengan yang lain.

"Dah habis kerja saya. Lepas simpan ni saya boleh balik. Oh ya. Siakap asam pedas dah masak. Jemput makan." Firas bangun dan membawa kain yang dilipatnya masuk ke bilik wardrobe.

Aulia seperti orang bodoh memerhatikan sahaja Firas membuat kerja. Kalau malu itu boleh diukur tebalnya sah sudah setebal dinding malunya saat ini. Malu dua minggu lepas tidak hilang lagi ditambah dengan malu hari ini.

"Tugas saya dah siap. Saya nak balik. Ini kunci dan baki duit." Firas letakkan kunci dan duit ke atas meja. Dia perlu membersihkan sebuah lagi rumah sebelum tamat kerjanya.

"Kalau cik puas hati next time boleh panggil saya lagi."

"No tak ada next time. Saya tak nak pekerja degil macam awak. Saya nak Makcik Rahmah datang sini. Saya tak nak Mr Bibik bersihkan rumah saya." Selamba sahaja Aulia berkata. Memang dia tak akan benarkan Siti hantar Firas lagi. Lebih rela dia angkut bibik dari rumah papa dari benarkan Mr Bibik ni masuk ke rumahnya.

"Kalau perempuan boleh jadi mekanik, kenapa lelaki tak boleh jadi orang gaji. Lagipun gaji lumayan apa. Kalah CEO. Lelaki pun boleh kemas lebih bersih dari perempuan. Boleh masak lagi." Firas membebel. Marah kerana Aulia tidak hargai usaha dia. Penat dia kemas bilik Aulia. Jangan kata terima kasih, kena cap degil pula.

"Saya tak nak dengar awak membebel. Tolong balik sekarang." Aulia membuka pintu.

Firas hendak keluar tetapi terpandang dua orang lelaki di luar pintu gril.

"Baby girl. Siapa ni?"

Aulia terkejut. Serta-merta mukanya pucat lesi setelah melihat pemilik suara itu. Dia memandang Firas yang juga kelihatan terkejut. Bagaimana Mukhriz boleh masuk ke kawasan rumahnya. Bukankah dia sudah memberi arahan jelas kepada pengawal jangan izinkan lelaki itu masuk.

"Kan Mukhriz dah cakap kat uncle Aulia ada simpan anak ikan kat rumah dia ni."

"Hei Mukhriz. Cakap elok-elok sikit. You nak kena penyepak ke?" Aulia naik angin. Tuduhan Mukhriz langsung tidak berasas.

"Patutlah kau asyik tak nak kahwin. You ada lelaki simpanan rupanya."

"Daddy jangan percaya cakap Mukhriz ni. Dia tipu. Firas ni pekerja Siti. Dia datang nak bersihkan rumah aje." Bersungguh Aulia menerangkan. Nampak riak muka ayahnya yang terkejut dan kecewa.

"Daddy dah izinkan babygirl duduk sendiri... Daddy tak sangka..."

"Daddy... Firas ni staf Siti. Bukan lelaki simpanan macam Mukhriz ni cakap. Baby girl tak buat salah apa pun. Kalau tak percaya daddy tanya dia." Aulia menunjuk ke arah Firas.

Serta-merta Firas angguk.

"Papa nak baby girl kahwin secepat mungkin. Papa tak nak aib ni terbongkar."

Mukhriz tersengih-sengih. Akhirnya dia akan menikah dengan gadis pujaannya. Tidak sia-sia dia hantar orang mengintip tunangnya sendiri. Mujur Tan Sri Halim mahu percaya cerita rekaannya.

"Uncle, I sedia nak kahwin dengan Aulia bila-bila masa aje. Dalam minggu ni pun boleh." Tanpa segan silu Mukhriz menawarkan diri.

"Thank you Mukhriz. Tapi uncle nak Aulia kahwin dengan dia." Tan Sri Halim menunjuk ke arah Firas yang sejak tadi diam.

"Saya?" Firas tunjuk diri sendiri. Bala apakah ini.

Mr BibikWhere stories live. Discover now