[Minjie P.O.V.]
Dah cukup seminggu.
Hari ni dah cukup seminggu Joshua hilangkan diri.
Atau lebih tepatnya,dia dah tinggalkan aku.
Dan dah seminggu aku hidup macam zombie.Makan tak lalu,tidur pun tak berapa lena.Berat aku pun dah susut. Muka pun sentiasa sedih.
Tapi aku tak sedih sangat sebab dalam tempoh seminggu ni elok je aku bergurau dengan Wonu,omma,appa dan Dahyun.Tapi aku pun tak gembira sangat sebab dalam tempoh seminggu ni jugak aku selalu menitiskan air ata bila teringatkan dia.
Teringatkan Joshua.
Tapi aku kena terima,mungkin ni namanya takdir kan?
Wajah prof Xiumin yang sedang elok bercakap kat depan aku tatap.Cuba untuk menumpukan perhatian.
"Tentang assignment yang saya suruh siapkan minggu lepas,bolehlah mula hantar esok.Dan pada sesiapa yang gagal hantar...
Prof Xiumin memandang tajam muka kami macam nak telan.
"Prof bagi upah"dia smirk di hujung ayat membuatkan aku terasa sedikit seram.
"Uit,pehal prof kau tu?"Dahyun mencuit aku.
"Manalah aku tahu.Pegilah tanya dia"aku berbisik.Sedap je Dahyun ni cakap prof aku.Apa kau tak belajar dengan dia ke Hyun oi?
Setelah hari menjelang petang,aku mula berura ura untuk pulang sebelum diatahan oleh Dahyun.
"Min,kau dah nak balik ke?"
Aku mengangguk kecil.
"Aku nak keluar dengan Nayeon unnie. Kau nak ikut tak?"
"Erm aku bukan taknak tapi tak bolehlah Hyun.Assignment yang prof mintak tu ada aku nak edit sikit.Sambil tu bolehla aku semak manatau ada typo ke apa kan.Kau takpelah dah siap"aku menolak lembut.Memang niat aku balik ni aku terus nak menghadap laptop.Kalau tangguh,takut pulak tak sempat siap.
"Oh gwenchana.Nanti aku inform kat Nayeon unnie.Sebab dia ada tanya kalau kau nak ikut"Dahyun terangguk angguk kecil.
"Aku balk dulu eh?"aku mula masuk ke tempat duduk pemandu.
"Okey,annyeong Min!"Dahyun melambaikan tangan ke arah aku yang dah mula memandu keluar.
"Balik nanti,mandi pastu hadap laptop pastu tido!"aku tersenyum sedikit.
Sampai sahaja di rumah,aku keluar dari kereta dan menguncinya.Pintu utama rumah dibuka sebelum aku masuk dan berjalan menuju ke dapur.Peti sejuk aku tuju sebab memang dah dahaga sangat nak teguk air.Cawan yang dah siap berbasuh aku letak atas rak dan terpandang satu objek.
Periuk.
Aku capai periuk tu sebelum aku tatap.
"Bukan periuk ni yang aku masak ramen haritu?"bontot periuk itu aku tengok dan terdapat kesan hitam.Aku tergelak.
Kenapa hitam?Alah haritukan aku bukak api besar sangat pastu tinggal je periuk omma atas dapur sebab nak tengok jam.Bila aku tengok balik periuk ni dah ada air-
YOU ARE READING
[ C ] mr hantu ⦂ 𝙟𝙤𝙨𝙝𝙪𝙖 𝙝𝙤𝙣𝙜
Fanfic❝ Saya ada permintaan untuk awak, permintaan terakhir ❞ + kiyowo cover by Pinterest + joshua hong fan fiction + svtbbuing's storyline 2O2O start : 31O52O end : 16O72O