Apa akan jadi kalau ali tak selamatkan alicia dalam misi:protokol gegas?
-------------------------------------
"Ali! Status!" Rizwan yang sedang berlawan dengan trez bertanyakan kepada ali melalui microphone kecil ejen.. "err Dos sedang melarikan diri dengan azurium, tetapi alicia terjatuh kedalam reactor!" Kata budak lelaki itu dalam kegelabahan..
Dia melihat kearah rakan sepasukannya yang terbaring diatas reactor itu dengan perasaan yang gelabah.. "jalankan protokol: gegas" kata ejen Rizwan..
Kedua dua ejen muda itu tersentak mendengar arahan yang diberikan oleh ejen Rizwan.. Ali mula menjadi gelabah.. fikirannya bercelaru.. dia masih teragak agak..
Alicia yang berada direactor itu dengan berat hati meredhakan dirinya untuk ditembak pancaran azurium itu.. dia menutup matanya agar dia tidak dapat melihat pancaran yang bakal mengancam nyawanya itu..
Ali diatas dengan perasaan ngeri memerhatikan Alicia.. Ali terkaku tidak tahu mahu buat apa.. dia mengusutkan rambutnya.. matanya mula mengeluarkan air mata..
"Maafkan aku, Alicia.." kata Ali dengan berat hati kemudian terus melarikan diri mengejar wanita yang telah mencuri batu azurium itu.. Fikirannya serabut.. mata ali mula mengeluarkan air mata yang banyak tetapi kakinya laju mengejar dos..
"AHHHHHHHHHHHHHHH" bunyi seorang gadis menjerit kesakitan.. keadaan sekeliling menjadi cerah akibat dari pancaran itu..
Hati Ali hancur berkecai.. Ali mengentap giginya dengan kuat.. matanya ditutup rapat.. rasa menyesal menguasai dirinya..
Ali melajukan lariannya.. "BERHENTI!" jerit ali apabila dia akhirna ternampak kelibat dos dengan Azurium yang telah dicuri..
Dos menghentikan langkahnya dan pusing kebelakang menghadap Ali.. "heh.. kau pun nak nasib yang sama ke macam kawan kau?" Tanya Dos..
Ali menggenggam kedua dua tangannya dengan kuat sekali.. dos membaling electrical stick nya kearah Ali.. Ali memutarkan yoyonya membentuk perisai untuk menghalang dirinya..
"KAU DAH MELAMPAU!" Jerit Ali membalingkan yoyo blastnya kearah dos.. Dos tidak sempat mengelak serangan menyebabkan dirinya terpelanting sedikit..
Dos mengambil sedikit masa untuk berdiri semula tetapi Ali sudah membuat serangan keatas dos.. Ali membaling yoyonya kearah dos berkali kali tanpa belas kasihan..
Didalam fikirannya terlintas bayangan Alicia yang terjatuh dalam reactor.. matanya mengalirkan air mata deras.. "AKU TAKKAN LEPASKAN KAU! KAU AKAN TANGGUNG AKIBATNYA!" Tengking Ali tidak membuang masa untuk menyerang dos..
Ali menyerangnya bertubi tubi sehingga dos tidak menyedarkan dirinya.. "ALI CUKUP!" Kedengaran suara ejen Rizwan dari belakang.. Ali tidak mengendahkannya.. Ali terus menyerang dos itu..
Rasa tidak puas hatinya masih belum reda.. Kemudian ejen Rizwan menolak Ali menyebabkannya dia tercampak kedinding.. "ark!" Ali mengerang.. Rizwan dengan laju mencari nadi dos..
Ali berdiri dan mengambil balang berisi azurium itu dan berjalan perlahan kearah Rizwan.. Rizwan memerhatikan pergerakkan Ali.. "apa kau nak buat dengan azurium tu, Ali?" Tanya Rizwan..
"ITU YANG KAU NAK SANGAT KAN! AMBIKLAH!" Jerit Ali kemudian dia membaling azurium itu kearah Rizwan dengan kasar..
Kemudian Ali lari kembali kearah Bilik itu.. Ali melompat masuk kedalam reaktor melihat tubuh alicia yang terbaring lemah.. lututnya lemah.. kemudian dia jatuh melutut disitu.. "A-alicia.. maafkan aku Alicia.." kata ali dengan suara serak.. Air matanya deras mengalir..
YOU ARE READING
Ejen Ali : What if.... ?
Fanfiction[ H I A T U S ] What if some scenes in ejen ali turn into the opposite way? Language: Malay Copyrights goes straight to Wau Animation but the plots belongs to me