What if Alicia are not allowed to be an agent?

1.1K 46 2
                                    

Apa jadi kalau Alicia tidak dibenarkan jadi ejen and dia terus menjadi pengacau bertopeng?

Requested by: DumbBoi091
----------------------------------

"Err.. general.. Apa tugas saya?" Alicia bertanya.. "Alicia? Apa maksud kamu?" General bertanya kembali..

"Mungkin Alicia boleh ikut mereka untuk mendapatkan pengalaman menjalankan misi.." kata Jenny.. "Misi? Diakan kecil lagi. Mana boleh pergi misi!" Bantah general..

"Kecil? Tapikan saya sebaya dengan Ali?" Alicia cuba mempertahankan diri.. "err saya tua sikit.. 3 bulan.." sampuk Ali.. Alicia memandang Ali tidak puas hati..

"Alicia.. kamu tak boleh pergi" kata general.. "Kenapa? Kan saya jauh lebih layak dari Ali? Dia cuma dapat pergi sebab ada IRIS.. " Alicia mula meninggikan suaranya.. muka general discreen sudah merah menahan marah..

"Tapi saya sudah berlatih seumur hidup saya, Papa!" "CUKUP!" Tengking General.. suaranya bergema membuatkan semua disitu terkejut.. "papa?" Tanya Ali sendirian.. Alicia terkedu..

Kelihatan general menarik nafasnya mengawal amarah.. "baik, general.." kata Alicia dengan berat hati lalu dia menundukkan mukanya mengelak bertembung mata dengan ayahnya..

"Sudah ada budak mentah yang menyebok dalam misi kita.. dengan pengacau bertopeng lagi.." kata general memerli..

Kemudian Jenny meneruskan dengan menerangkan motif misi itu..

-skip-

"Angkat barang dalam.. tinggal lori ni.." arah komeng.. "kenapa? Lawa kot van ni.." balas konconya.. "ishh.. nanti diorang boleh kesanlah kita nanti.." kata komeng..

"Betul tu!" Kedengaran seseorang membalas penyataan komeng.. komeng memandang kearah suara itu dan menggenggam penumbuknya..

"Ish.. diorang bertiga ni lagi!" Kata Komeng.. "Tiga?" Tanya Ali yang kekeliruan.. Bakar dan Ali memandang keseseorang disebelahnya.. Terkejut besar mereka apabila melihat seseorang yang memakai suit hitam berserta topeng..

"Eh, pengacau bertopeng!" Marah Bakar.. Kemudian seseorang itupun menanggalkan topengnya dan menunjukkan dirinya..

"Alicia?!" Terkejut Bakar.. "Kau ni.. kan bapak kau dah cakap tak boleh ikut.." kata Ali.. "Alicia, kalau general tahu, mesti dia mengamuk.." sambung Bakar..

"Biar dia tahu.. tanpa IRIS pon.. saya lebih layak dari Ali" kata sambil memberikan helmetnya kepada Ali kasar kemudian dia terus melompat kebawah untuk berlawan diikuti dengan Bakar yang cuba menghalangnya..

Ali yang terkejut terus mencampakkan helmet itu dan mengikuti mereka..

Semasa mereka berlawan, Ali mengelak dari tumbukan musuh kemudian imej di IRIS menunjukkan sesuatu datang dari arah belakang.. dengan segera Ali menunduk..

"Oi! Jaga sikit!" Marah Ali.. "siapa suruh halang aku?" Kata Alicia selamba..

Setelah berlawan beberapa musuh.. Ali dan Alicia mula bergaduh yang membuatkan Komeng mengambil kesempatan untuk menyerang mereka..

Komeng menggunakan drone itu untuk menyerang Ali dan Alicia yang masih sedang bergaduh.. Bakar yang perasan hal itu segera berlari kearah mereka..

"Ali! Alicia!" Jerit Bakar.. Mereka terdengar jeritan Bakar segera menoleh.. Imej di IRIS Ali menunjukkan drone yang semakin dekat itu kemudian cahaya yang menyilaukan menghalang pandang dia..

Selepas keadaan kembali normal.. terlihat badan Alicia yang menjadi mangsa tembakan.. Ali dan Bakar terkejut kerana tidak sempat menyelamatkan dia..

Alicia jatuh lemah kemudian pengsan.. Ali segera terduduk disebelah Alicia dan menggoncangkan badannya beberap kali.. "Alicia.." Panggil Ali..

"Bro sekalian! Jom blah!" Kata Komeng sejurus itu melarikan diri..

"Alicia.. Alicia.. Alicia!! Bangun.. " Panggil Ali beberapa kali.. Bakar yang melihat juga turut terkejut..

"Alicia.. maafkan aku Alicia.." Kata Ali yang rasa bersalah.. kemudian dia terus menggendong Alicia dibelakangnya, ala ala gaya 'piggyback'.. kemudian memintak pakciknya, Bakar untuk mengambil helmet Alicia..  (Idea credit to af12344 )

Lepas Bakar mengambil helmet itu.. mereka pun bergegas balik ke base MATA..

-skip-

"Dia dah stabil general.." kata Jenny.. "Kelalaian kamu bertiga telah menyebabkan misi ini gagal!" Marah general.. kemudian dia memandang kearah Alicia yang terbaring diatas katil yang disediakan..

"Misi yang kamu tidak dibenarkan pergi.." sambung general.. Alicia palingkan mukanya kearah lain..

"Alicia, anggaplah ini misi pertama, dan misi terakhir kamu.." kata general.. Alicia terkejut kemudian dia terus turun dari katil itu.. rasa sakit yang masih ada ditahannya..

"Tapi,Papa-" "General! Kamu telah diberikan arahan, Alicia.. tapi sebab kamu degil.. Sekarang kamu sudah cedera!" Marah general.. Alicia menundukkan mukanya.. Ali yang mula rasa bersalah cuba untuk menyampuk..

"General, sebenarnya-" "Kamu pula digantung! Saya tak perlukan ejen yang tidak mengikut arahan!" Kata general Rama

"Kalau kamu semua mengikut arahan, Saya mungkin akan berikan peluang pada Alicia.. tetapi kini.. keputusan saya muktamad.. Alicia.. kamu takkan menyertai mana mana misi lagi! PERGI BALIK KESEKOLAH!" Kata General.. justeru itu.. screen juga terpadam..

Alicia duduk diatas katilnya kemudian matanya mula menitiskan air mata.. Ali yang memang dari tadi rasa bersalah, terus mengambil helmet Alicia dan berjalan mendekatinya..

"Maaf.. aku bersalah.. tapi kalau kau dah tak benarkan menjalani misi lagi.. mungkin pengacau bertopeng masih boleh menolong aku lepas ni.." Kata Ali sambil memandang muka Alicia..

Alicia berpalingkan mukanya.. "kau pergila balik sekolah! Cakap kat puan Munah aku balik sebab sakit.." Kata Alicia.. Ali menundukkan kepalanya kemudian dia meletakkan helmet Alicia disebelahnya.. kemudian terus berlalu pergi..

Alicia memandang kearah helmetnya lama..

-------------------------------------
And.. Masked menace in action! Yay! Uhuk.. ok.. guys.. request sekarang ni memang ditutup sebab ada banyak lagi request yang belum buat.. harap sangat korang paham keadaan author yang masih ada buku lain nak update dan nak kene seimbangkan masa untuk study.. lagi lagi waktu quarantine ni.. harap korang paham.. peace no war!

Ejen Ali : What if.... ?Where stories live. Discover now