Hidup seakan-akan musnah..Perasaan becampur baur..Hanya mati jalan penyelesaianya.. Zetty cuba membunuh diri...Kini Zetty sudah tersilap langkah..Kerana perbuatan sendiri telah memakan dirinya. Lebih baik mati daripada terus dikecam dan dipersalahkan. Zetty mengelar tanganya sendiri bertubi-tubi di kiri dan kanan mengenangkan perbuatanya. Dia tidak berniat untuk menganiaya orang lain. Menangis siang dan malam mengenangkan kesalahanya. Dia hanya meluahkan perasaanya dengan menulis kata-kata sindiran di dalam posting FBnya. Zetty tidak menyangka ada mata-mata yang tidak berpuas hati denganya lalu setiap postingnya yang berupa sindiran diviralkan sehingga sampai kepada kawan di tempat dia bekerja. Zetty tidak behubung dalam FB dengan rakan sekerja di tempat barunya yang disangkanya kawan sekerja tidak tahu apa yang selalu diluahkanya dalam posting FBnya. Lalu Zetty dikecam teruk oleh kawan sekerjanya. Namun, mereka tidak tahu niat sebenar Zetty hanyalah ingin melepaskan perasaanya yang selalu berkata-kata bahawa orang sekelilingnya tidak menyukainya. Zetty paranoid dengan orang sekeliling. Itulah yan sentiasa dalam fikiranya. Orang tidak menyukainya dan selalu berkata buruk tentang dirinya. Dia bukanya seorang yan suka berkawan dan bergaul mesra dengan orang lain tetapi kepercayaanya terhadap orang lain membuatkan dia was-was untuk rapat dengan orang luar bahkan dengan adik beradiknya sendiri dia tidak percaya kecuali ibunya. Zetty berkelakuan seperti itu bukan dengan sengaja tapi pengalamanya yang lalu selalu ditindas, ditipu dan difitnah oleh orang yan dia percaya membuatkan dia paranoid terhadap orang lain.
Dengan mata yang bengkak kerana menangis tidak henti-henti, tidak tidur dan pisau yang masih dipegang Zetty meminta suaminya untuk membawa dia ke hospital. Dia tahu kesilapanya itu bukan niatnya dengan senaja tetapi dia menulis setiap postingnya kerana mengikut sahaja perasaan yang sentiasa berkata-kata dalam hatinya. Zetty merasa memang dirinya tidak normal. Bukan sifatnya suka berkata buruk tentang orang lain ataupun menyakiti hati orang lain. Zetty mula tertekan denan kecaman yang diterimanya. Ya....sifat Zetty semakin bercelaru...dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan atas kesalahanya itu. Cuma kata maaf yang tidak henti diucapkan.
Usai mandi, Zetty hanya mengenakan seluar track dan t-shirt serta bertudung serba ringkas. Suaminya menyiapkan anak tunggal mereka untuk dibawa sekali ke hospital kerana tidak ada yang menjaganya dirumah. Setibanya di hospital, Zetty menambil nombor giliran dan menanti untuk dipanggil. Dalam fikiranya menyusun kata-kata apa yang hendak diterangkan kepada doktor mengenai permasalahanya. Sebenarnya, Zetty memang mengetahui dirinya mungkin dalam kemurungan menyebabkan dia selalu bertindak diluar norma kebaikkanya. Ujian kesihatan mental yang penah dibuatnya tempoh hari menyakinkan dirinya sememangnya tidak sihat. Segala tekanan, masalah, kecaman yang diterima serta kejadian cuba membuang bayi lima tahun lalu diceritakan kepada doktor. Penah juga Zetty mendengar bisikan-bisikan hatinya seperti ada orang bercakap buruk ditelinganya. Doktor tersebut memahami butir bicara Zetty dan apa yang sedang berlaku terhadap dirinya yang memerlukan bantuan. Doktor mengambil keputusan supaya Zetty dimasukan ke wad untuk dipantau supaya tiada lagi kejadian cubaan membunuh diri.
YOU ARE READING
Mental Disoder
Non-FictionMental disoder ataupun ganggguan mental lebih senang difahamkan mengunakan bahasa kasar adalah GILA adalah penyakit yang merubah proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang. Tidak seoraang pun mahu dikaitkan dengan penyakit gila ini. Banya...